Tiada Kemaafan Untukmu Ex Boyfriend
Pukul 11 malam, tengah aku baring entah macam ada orang whatsapp aku. Macam kenal...Rupa-rupanya Amy. Haih...tak bersudah lagi ke nak ganggu hidup aku? :( Amy tanya khabar, aku macam biasalah jawap acuh tak acuh saja. Aku tanya dia tak jemu ke cari aku lagi? Katanya tak jemu pun lepas tu tanya aku balik yang aku ni dah jemu ke? Memang aku jemu sesangat, meluat aku. Entah apa yang ada kat aku ni sampai dia nak cari aku bagai. Kata Amy, dia hanya mesej tanya khabar saja dan tanya aku tak suka ke dia mesej ni? Marah betul aku kat dia dan dia mengaku yang dia banyak buat salah dengan aku tapi itu semua dulu. Dia mengaku memang salah dia. Aku memang marahkan dia pun sejujurnya. Marah aku takkan pernah padam. Tapi kalau aku marah macam mana sekalipun dia masih cari aku juga. Kata Amy lagi, sehingga sekarang aku tak dapat nak maafkan dia? Memang pun! Ingat senang ke nak lupa. Kau lelaki senanglah dapat pengganti. Aku ni yang sakit, kau buat aku macam sampah ingat aku boleh lupa semua tu! Amy cakap dia dah pun lalui apa yang dia dah buat kat aku dan dia tau macam mana perasaan aku. Mengaku salah sendiri, dah kena batang hidung sendiri baru dia tau macam mana orang yang kita sayang buat kat kita macam tu. Dia pun dah dapat balasannya. Benda dah jadi...dah lepas buat apa kau nak cerita penyesalan kau tu! Itu baru Allah nak tunjuk atas dunia, belum akhirat lagi. Aku cakap kat Amy yang Aku memang tak dengar semua ni diungkit balik. Masing-masing dah bahagia, ada kehidupan sendiri. Dia pun dah ada anak bini, aku saja yang single tapi masih mampu hidup bahagia. Apa lagi yang tak cukup?! Benda ni dah bertahun dah pun. Dah jadi tapi perkara tulah takkan buat aku lupa sampai bila-bila. Kata Amy, dia mengharapkan kemaafan dari aku...Dia siap merayu sangat dengan aku...Aku pun tak tau nak cakap macam mana, sekali aku tak suka atau bencikan seseorang memang susah aku nak maafkan. Hati aku keras nak terima kemaafan dari dia. Aku suruh dia berhenti merayu-rayu, dah tak ada apa lagi. Dia cari aku 100x sekalipun jawapan masih sama. Lepas tu, Amy minta maaf buat kali terakhir terpulang pada aku, hak aku. Dia ucap terima kasih banyak sebab pernah muncul dalam hidup dia. Huh... cakap saja yang terakhir tengoklah 5 atau 10 tahun akan datang muncul balik, bukan aku tak tau dia tu. Amy cakap, dari berkawan...hingga bercinta dan dek kerana kebodohannya inilah balasan yang dia dapat yang menanti seribu kemaafan dari aku. Lepas ni katanya takkan cari lagi dah, dia berjanji. Dia minta maaf sekali lagi sebab dah mengganggu kehidupan aku. 'Amy muncul balik dari kehidupan bai dah cukup menyakitkan. Anggap sahaja kita tak pernah kenal selama ni. Bai betul-betul terasa buang masa dan bodoh bercinta dengan Amy dulu. Penyesalan bai ni adalah penyesalan seumur hidup...Cukuplah dengan apa yang terjadi.'
Ulasan