First Day In Tesco
Ingat nak bangun pukul 7 pagi, aku tengok ibu pun tak pergi kerja lagi jadi aku sambung tidur balik
...sempat bermimpi aku dah start kerja kat Tesco, sampai terbawa-bawa dalam mimpi apa kes?? Pukul 7.35 pagi, baru bangun terus aku basuh baju dan check motor. Pukul 8 pagi, mandi dan bersiap pukul 8.35 pagi, ayah datang nak ikut aku sekali pergi Tesco. Kat Tesco, kena tunggu kat kantin kakitangan pula, segan pun ada jadi aku pun buat-buat ramah berbual dengan sorang budak yang sama dengan aku juga lapor hari ni. Dalam pukul 10 pagi kakak kakitangan datang bawa borang masa interview dulu dan suruh kami isi borang lagi. Aku ingat sedikit orang yang lapor diri, sekali nah! adalah lebih kurang 20 orang. Tapi ada separuh kena datang kerja esok. 7 orang untuk hari ni, masa isi borang pen pula aku tak bawa. Pinjam pen budak mana entah 1 department dengan aku juga. Kena isi I/C mak ayahlah, kena buat KWSPla. Akaun bank BSN tak terima. Yang diterima CIMB, Bank Islam, Maybank. Kelam kabut aku contact ayah, dahla tu pula aku seorang tak ada member. Rupa-rupanya fotostat I/C pun nak juga 4 keping, canteeekk! aku bawa gambar saiz passport 3 keping sahaja. Nasib baik kakak tu bagi masa rehat pergi buat mana yang sempat. Selesai tu kes Tumbprint pula, aku dah gubra sebab hari tu mereka bagi aku jadi cashier ni dah lain pula jadi Club Card dan pass nak masuk. Dan aku pun tanya kakak tu balik macam mana jadi memang aku club card. Rupa-rupanya passport tu untuk sementara sahaja dan selesai juga akhirnya. Aku pun main bantai tegur siapa-siapa, kerap aku tegur budak india kavitha namanya. Dia pun nampak macam seorang sebelum ni dia datang dengan kakak dan kawan jiran dia. Maklumlah tak ada kawan terus cari kawan untuk ajak berbual. Bila dah masuk dalam Tesco fuh! dah siap dalam 80%la aku agak. Pekerja-pekerja Tesco majoriti budak-budak lagi 24 ke bawah ada juga sebaya aku dan 25 ke atas tapi tak ramaila boleh dikira dengan jari. Kalau yang muda dari aku tapi dah kawin pun ada juga anak sampai seorang dua. Lepas tu ada budak bahagian cashier bawa kami yang freshie ni kat budak-budak cashier dan sesi suai kenal. Masa aku suai kenal, aku nak orang panggil nama samaran Bai, tapi ada orang dah guna nama BHAIYA (lelaki) pula. Diorang nak panggil aku Zura sahaja. Jauh beza bai dengan bhaiya tu, yang aku bengang gila ada 'senior' cashier mulut macam shit nak panggil aku Ning Baizura pula
. Kelam kabut betol!, yang lagi buat aku bengang tu boleh pulak masa aku nak bercakap sibuk mereka menyampuk ada sahaja suara berbunyi pantang aku!
yang lelaki rilek sahaja diam tak kecoh pun. Lepas tu kami tak tau nak buat apa tak ada kerja asyik berjalan sahaja dahla sejuk pula tu nak bawa jaket aku masuk dalam tak boleh. Bosan gila tau balik rumah tidur lagi best
. Aku tengok team leader, Qayyum umur 24 tapi muka dia serius sahaja kalau cakap. Masa dia lawak pun muka serius sahaja. Masa makan tengahari, ramai budak-budak saing aku nak balik sebab ada urusan nak kena diselesaikan. Boleh balik tapi kena cari boss la minta tandatangan nak keluar. Tengok jam 1.30 petang masuk 2.15 petang sempat ke ni nak cari boss lagi minta tandatangan. Tension gila aku, blur tak tau nak buat apa aku tak jadi isi borang keluar mak cik yang jaga barang-barang peribadi kakitangan tu boleh perli-perli aku pula. Benci betul! Lepas tu 3, 4 kali telefon ayah tak jawap pula. Aku nak minta tolong fotostat kan I/C sahaja. Selesai, pukul 4 petang kena ambil uniform Tesco. Tak jadi sebab dekat human resouces macam ada mesyuarat dan orang tu kata ambil esok sahaja pukul 10 pagi. Aku pun dah start mengantuk bila bosan abisla mengantuklah jawapnya. Kira okla aku kerja masuk pukul 9 pagi balik pukul 6 petang, kalau kena shift mungkin aku masuk petang balik malam. Lepas tu dengar dari 'manager' ada buat celebration apa entah untuk staf-staf tesco pukul 6 petang nanti. Tapi yang kami budak freshie kalau nak balik boleh balik, ingat nak balik tunggu lama gila pula tu pukul 7 malam baru mula majlis tu
. Bayangkan dahla berkumpul 1 tempat, dengan sesak lagi, macam-macam aktiviti kena buat. Masa nak makan tu jangan cakaplah, berebut-rebut, bersesak-sesak aku cukup tak suka bila bersesak-sesak rimas dan tak bernafas aku ni pun aku dah sakit kepala dah
. Aku pun tak tau nak makan dengan siapa duduklah dengan puak india tapi jauh sikitlah. Balik dalam pukul 8.45 malam, aku tengok ramai dah blah aku pun blahlah. Tak sanggup nak tunggu lama-lama. Tak sangka pula ayah ada tunggu dan lepas tu ajak aku makan lagi kat luar. Tengahari tadi aku tak makan, tak ada geng pula tu tak sempat tunggu ayah lagi. Masa majlis pun aku makan sikit juga, ingat nak ambil sedikit donat coklat yang kebetulan kegemaran aku nasib baik ada lagi yang semua dah habis dalam sekelip mata. Sampai rumah aku terus online sampai pukul 12 tengah malam. Lepas ni memang jarang onlinelah jawapnya dah aku kerja. Esok pula aku tak tau apa cerita, risau jugak ni.
Ulasan