Panggilan TESCO Manjung
Pukul 4.30 petang, ada panggilan dari seseorang. Rupa-rupanya kakitangan dari Tesco panggil aku kerja esok tapi sebelum tu kena datang lapor diri dulu. Datang pukul 9 PAGI!! ESOK!!
Ah! sudah, apa lagi kelam kabut aku. Minit-minit akhir baru nak bagitahu pula tu suruh pakai baju putih, seluar dan kasut hitam pula tu. Mulenya aku ingat tak pergi esok pandai-pandailah bagi alasan, tak naklah kerja Tesco mesti susah. Dah ayah pula kebetulan ada dalam bilik aku tengah solat tanya pulak. Nak tak nak terpaksa berterus terang, pukul 5 petang juga keluar beli pakaian dan kasut uniform. Masa nak pegi beli kasut kat kedai ada pula budak dalam lingkungan 5, 6 tahun melalak-lalak terkinja-kinja menangis. Dahla dengan sesak pula tu dalam kedai, naik rimas aku dengan budak menangis lagi
nak sahaja aku bedok budak tu
. Mengalahkan budak umur 2, 3 tahun menangis. Lepas tu aku ajak ayah makan sebab aku dah lapar dari pagi tadi aku tak makan apa pun. Pukul 8.30 malam, aku jahit seluar kerja sebab labuh. Pukul 10 malam, aku gosok baju pula. Hari esoknya aku dah berdebar-debar...
Ulasan