Le Tour De Langkawi 2011

Pukul 9 pagi, aku bangun dan mandi. Aku rasa tak selesa pula sebab aku piriod, habis cadar aku terkena kesan 'bocor'. Kemudian ayah ajak sarapan kat luar. Macam biasa kat pasar tani Sitiawan. Sementara tu, ayah suruh aku tunggu kejap sebab nak belikan nasi lemak untuk idin dan sementara tu juga aku pusing-pusingla 1 taman dulu panaskan enjin dan pergi kedai uncle Ganesh beli air milo dan chewing gum wrigley's Grass Lemon flavour. Dan masa dalam perjalanan nak ke Sitiawan aku tengok banyak motor polis berkeliaran, buat roadblock ke?? Kena hati-hati ni karang tak pasal-pasal kena saman pulak. Lepas sarapan, ayah ajak pergi 'funfair' kat depan The Store. 'Funfair' apa pula ni??. Tak perasan pun?? Sampai sana aku pergi dengan Iwan jalan-jalan kat 'funfair' tengok macam pasar tani nak tutup sahaja. Siap ada pentas konsert lagi, tak kan pasar tani pula. Ayah pergi kedai motor nak ambil gran motor Idin. lepas tu pergi kat 'funfair' buat kali ke 2, rupa-rupanya bukan 'funfair' daa. Le Tour De Langkawi 2011 maa. Ayoo patutla ada stage concert. Masa nak ke Sitiawan aku perasan juga ada cycles ramai kat traffic light dan polis. Aku rasa mesti malam semalam start ni, pagi-pagi baru bertolak. Ini pun aku tengok macam dah nak balik sahaja. Khemah-khemah dan pentas pun dah buka. Lepas tu pegi The Store jalan-jalan, beli wax motor. Pukul 12.30 tengahari, baru balik. Tu pun tak sabar-sabar nak balik sebab nak tengok cerita hindustan, Veer...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)