Fitnah Itu Dosa

Tadi aku chat dengan budak johor. Yang aku bengang gila. Adalah mamat ni fitnah aku, dia kata aku pondan. Id Yahoo Messenger aku aqua_bye86@yahoo.com. Slang kat aqua sahaja dah kecoh, ramai dah salah faham aku punya Id. Aku bukannya pondan aku perempuan melayu islam tulen. Aqua tu maksudnya aquarius ya bagi sesiapa yang sengal sangat tak tau tu. Bye tu Siti Nurbaizura nama aku dan 86 tu tahun aku lahir. Tapi mamat sengal ni tak percaya aku ni perempuan tulen dia masih mengatakan yang aku ni pondan. Fitnah aku gila-gila, dahlah tu melayu islam pulaa tu. Buruk betul perangai. Kenapa sampai nak judge orang sampai macam tu sekali apa hak dia. Tapi aku tak kisah orang nak cakap apa kat aku hanya Allah SWT sahaja tau siapa aku pondan ke tak?? Kalau aku pondan aku tak pakai tudung, bodoh!. Ada ke pondan pakai tudung?? Pada kamu yang pernah chat dengan orang ni kat Yahoo Messenger hati-hatilah jangan sampai dia fitnah kamu pula. Info : aqua tu perkataan dari cina, tapi bukan dengan ejaan aqua sebenarnya "Ah Gua" tapi bila dengar bunyi aqua. Ah Gua dalam bahasa melayu "Pondan". Tapi Aqua pula singkatan untuk zodiak aquarius serupa juga capricorn singkatannya capri, sagitarius singkatannya sagi dan seterusnya. Ingat aku bodoh sangat ke! Aku ramai kawan cina aku tahulah. Orang melayu ni semua nk tiru cakap orang asing tapi maksud tak tau, main cakap sahaja bila dah jadi macam tu serupa bodoh macam lembulah. Silap-silap orang asing atau bangsa lain sebut perkataan untuk mengutuk, dia pula gelak macam orang gila sekali dengan sebut perkataan tu walhal dia tak tau orang tu sebut perkataan tu untuk dia...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)