Anak Murid Pukul Pengajar

Pukul 9 pagi, aku buat kerja sambil tu tengok anak murid aku buat kerja alas kaki dan straw. Aku ternampak Razi buat salah dan tak ikut apa yang aku ajar semalam. Jadi aku pergi kat dia dan tegur bukan buat macam tu, semalam aku dah ajar bila aku tanya faham tapi masih buat benda yang sama. Entah macam mana dia bengang kat aku sebab tegur dia dan tak boleh terima teguran terus nak mengamuk tolak kerja alas kaki siap cakap apa dia buat semua tak betul, taula apa yang dia nak buat. Lepas tu, cara dia bukak balik kain yang dia dah pasang tu kasar, risau juga aku jadi macam hari tu takut dengan jaring-jaring sekali koyak. Bila dia dah mula kurang ajar, aku pun apa lagi rampas alas kaki letak tengah meja tak payah bagi dia buat kerja. Aku dah mula bising kat dia, entah macam mana dia hentak meja 2,3 kali suruh aku diam dengan mata merah menangis. Bila dia dah terpekik-pekik macam tu aku diam untuk beberapa saat. Lepas tu, aku bersuara lagi, dengan tak semena-mena terus dia datang dekat aku dan...Pang! Pergh!! pedih pipi aku Allah SWT sahaja yang tahu. Dia dah berani menampar aku sebagai guru dia. Terdiam aku beberapa saat, aku usap pipi. Aku pergi kat cermin, merah pipi aku. Panas hati aku memang tengah membara tapi aku cuba sabarkan diri. Aku suruh dia berdiri, dia tak nak. Aku suruh dia duduk kerusi depan, pun dia tak berganjak masih duduk tempat dia dan pandang aku dengan mata merah. Akhirnya aku suruh duduk belakang tukar tempat dengan Solehah. Mulanya dia tak bangun, aku suruh Solehah duduk tempat dia dan suruh dia duduk belakang barula nak bergerak. Biar dia duduk depan, aku bagi sebulan dia tak payah buat kerja langsung baru padan muka dia! Aku telefon Cik Esah bagitahu kelakuan si Razi yang dah kurang ajar. Cik Esah kata Razi ada mengadu semalam aku marah dia, apa yang dia buat semua tak kena. Bukan aku nak marah, dah dia buat kerja tak nak ikut arahan. Budak lain ok sahaja, dia sahaja yang memandai sendiri. Kita suruh buat A, dia buat B. Kita suruh buat B dia buat C. Lagipun contoh alas kaki aku dah bagi, ikut sahajala! Cik Esah minta maaf kat aku bagi pihak Razi dan akan nasihatkan dia, tapi berat benar hati aku nak maafkan. Sakit tau pipi aku ni...Lepas bagitahu mak dia, aku cakap dengan dia kalau aku bagitahu Cikgu Zainal habisla dia kena surat amaran, silap-silap kena berhenti. Sebab sebelum ni dia pernah kena surat amaran kes bergaduh dengan Ting kat kelas atas masa nak buat kerja straw. Aku tanya dia, nak kena berhenti ker? Tau pula diam. Tak naklah tu, tapi dengan cikgu buat perangai!! Umur dah 40 tahun pun perangai macam budak-budak. Tak berubah-rubah! Aku cakapla kalau pipi aku ni lebam, aku nak saman dia dan buat report polis balai polis dengan rumah aku bukan jauh pun (ni cakap olok-olok sahaja bagi dia takut). Lepas tu, aku cakap dengan dia, mulai tahun depan hari jadi dia aku tak ingin buat, hadiah tak ada, duit raya pun tak ada (yang ini aku serius). Aku kalau budak yang aku dah meluat macam Ting, Gary, Am tu dan yang terbaru dia pula memang kirim salam la. Kalau buat pun ala kadar saja tapi hadiah tak ada. Razi ni dia memang jenis macam tu, jenis dia kalau buat kerja nak tunjuk rajin (kata cik zainal), buat kerja ikut suka dia cara nak buat tak nak dengar arahan guru. Bila kita tanya faham? faham, esok buat lagi dan bila dah buat salah kat orang tak tau nak minta maaf ke apa. Macam solehah, dia tau salah dia dah buat aku marah dia minta maaf. Aku tak pernah pukul dia sepanjang aku mengajar kat bengkel, setakat marah tu adalah. Ini baru pertama kali anak murid pukul aku yang lain cume mengamuk, bising-bising kat aku sahaja. Bila aku suruh kerja luar tak mahu, kata nak kerja apa? Kaki dan tangan masalah. Bila aku cakap nanti aku carikan kerja yang mudah, mula buat muka tak senang duduk cakap mak tak bagila apa. Orang nak bagi dia hidup berdikari tak mahu. Sebenarnya mak dia bagi sahaja cuma dia tak nak kerja luar lebih suka kerja kat bengkel. Lepas tu senangla nak penampor aku lagi! geram pula aku!! sehari suntuk aku tak tegur dia. Pandang muka dia pun aku tak mahu, biar dia rasa!! Aku ingat nak tarik balik jawatan dia sebagai penolong kelas, bagi kat Teoh Pei Ji. Penolong kelas apa penampor cikgu?!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)