Hari Untuk Bersuka Ria

Aku bangun pukul 11 pagi terus basuh baju yang dah tinggi menggunung dalam baldi. Aku bajet pukul 1 tengahari dah boleh bersiap untuk shopping dan menonton wayang hari ni. Sementara tunggu baju di basuh, aku siapkan Islamic Quote dulu dan main game. Masa nak basuh baju trip ke 2, mesin basuh buat hal pula. Adoii sakit betulla! Bila dah buat hal makin lambatla jawapnya aku boleh bersiap. Sudahla wayang mula pukul 4.15 petang. Aku ingat kalau tak sempat tengok pukul 6.30 petang, itulah paling lewat pun. Kalau ibu dan ayah tak ada kat rumah bolehlah aku tengok malam. Habis basuh baju pukul 2 petang, sidai baju bagai dah 2.30 petang. Memang tak sempatla, pukul 3 petang baru aku bersiap mandi bagai. Siap sahaja terus shopping. Bulan ni aku shopping kat Rapid pula. Mujur tak banyak barang nak beli. Lepas shopping, aku balik rumah hantar barang dan terus pergi bengkel sekejap. Lepas pergi bengkel, terus pergi makan dekat Sunlight Cafe. Dah lama aku tak pergi makan kat sana. Jam dah pukul 5.30 petang, masih sempat aku beli tiket wayang (itupun kalau tak kena beratur panjang). Sampai Aeon Manjung dah pukul 5.45 petang terus aku pergi beli tiket wayang cerita seram 'Sinister 2' pukul 6.30 petang. Sementara ada lagi setengah jam aku pergi Popular beli buku crosstitich yang aku tengok minggu lepas. Terus aku sambar 2 buku, bukan senang nak dapat buku corak crosstitich. Selain buku crosstitch, buku komik Lawak Kampus Jilid 20 dan Magis Manis Coklat (Ice Shadow). Selesai beli buku, simpan buku dulu kat bonet motor aku. Pukul 6.30 petang terus aku masuk wayang, tak ramai orang pun yang nak tengok cerita ni bagus juga. Aku suka orang tak ramai, konon boleh buat suka hati hehehehehe. Cerita Sinister 2 ni, tak adala seram sangat tapi bolehla...bahagian ngeri sahaja aku tak boleh nak tengok, seram siot. Mujur aku tak beli Popcorn, kalau tak tak dan nak makan muntah terus huhuhuhu. Pukul 8.15 malam, baru aku balik. Itu pun aku rush, takut ayah ada kat rumah habis aku.



Dua-dua ni komik kegemaran aku. Setiap bulan mesti beli kat Popular
(yang Lawak Kampus tula)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)