Mengemas Bundle
Pukul 9.30 pagi, aku mula mengemas kat kawasan jualan bundle. Alang-alang Husna ada dan tak buat apa-apa kerja, ada faedahnya dia menolong aku daripada melopong tak tentu hala. Aku cukup tak suka bila anak murid aku datang bengkel, melopong tak buat kerja. Kalau tak ada kerja, aku akan pastikan mereka buat kerja lain seperti membantu rakan memotong kain, membantu cikgu. Berbalik hal tadi, aku minta Husna melipat t-shirt dan letak dalam kotak. Dan aku pula, menguruskan bahagian pakaian-pakaian bundle yang bersangkut. Hari Jumaat mnggu lepas, aku dan pelatih perempuan sibuk mengemas bundle juga tapi baru suku siap itu pun baru dapat 3 kotak. Sebenarnya, Cik Zainal yang nak kurangkan bahagian jualan bundle sebab nak bagi lapang sikit kat depan. Semua baju t-shirt lelaki dan perempuan aku bagi Husna lipat. Dan mana yang koyak dan kotor, aku buang sahaja. Mula-mula buat bahagian pakaian lelaki, lepas tu bahagian perempuan pula. Habis t-shirt, aku setelkan bahagian baju kurung pula. Memang penat gilala, non-stop dari pagi bawa ke tengahari. Sampai sakit kaki aku dibuatnya. Masa makan tengahari, aku dah penat gila. Sempat tidur atas tilam kejap. Mana taknya tidur malam tak lena itu pun pukul 5 pagi baru tidur. Pukul 2 petang, aku suruh semua budak perempuan mengemas seluar lelaki kat rak pula. Pukul 2.30 petang, Husna dah siap kerja dia aku suruh dia mandi pula badan mesti dah melekit. Menyesal aku tak bawa baju salin kalau tau macam ni punya melekit. Budak perempuan yang lain aku siap pesan dah yang hari Jumaat ni sesi mengemas lagi dan bawa baju salin. Kalau mengemas, aku memang suruh mereka bawa baju salin untuk mandi tak adalah melekit dan gatal-gatal badan.
Ulasan