Lepak Di Bengkel

Aku datang bengkel sahaja, Cik Zainal dah datang. Awal pula orang tua ni datang bengkel. Oh! aku aku ingat hari ni dia ada jemputan kenduri kahwin nak balik pukul 10 pagi katanya semalam. Aku sahajala tak ke mana-mana. Cik Zainal dapat jemputan kenduri kahwin anak En. Khairuddin (bapa Kairunnisa) tapi...aku tak ada pula di jemputnya. Hari minggu rasa malas aku nak buat kerja, jadi aku layan youtube sahaja. Masa semakin berlalu, aku tengok jam dah pukul 11 pagi. Aih, orang tua ni bila pula nak balik. Kata semalam pukul 10 pagi nak cabut. Ah lantak diala. Pukul 12 tengahari barula Cik Zainal balik. Tinggallah aku terkontang-kanting kat bengkel. Macam biasa aku malas nak balik, jadi aku lepak sahajala di bengkel. Pukul 1 tengahari, aku tutup bengkel terus aku bentang tilam dan tidur. Mengantuk sangatla pula. Bajet nak bangun pukul 2 petang, sekali terbangun pukul 3 petang. Nak bangun rasa berat sahaja mata ni, mengantuk gila. Akhirnya pukul 4 lebih baru bangun. Layan laptop kejap dalam 1 jam, terus kemas nak balik. Sebelum baluk aku nak santap dulu, dari pagi aku tak makan apa-apa. Lapar pula, perut dah berbunyi ni. Aku pergi makan katr Strawberry Cafe, lama tak makan kat situ. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)