Hantar Flyers Di Manjung Lama
Hari ni hujan pula, pagi-pagi dah hujan. Ayah ajak naik kereta. Hari ni aku kena hantar flyers kat kawasan Manjung lama. En. Zainal suruh katanya hantar flyers kat area Econsave tak dapat sambutan tu yang nak cuba tukar tempat lain pula. Sampai sahaja bengkel, Ting Hong Aun pula turun macam biasa 'kacau' aku tak sempat nak letak punggung. Ting bagitahu yang En. Zainal excident tadi. Terus aku tanya dia "betul ke?" Kata En. Zainal "tak adalah". Sudahnya Ting kena bising dengan aku, pagi-pagi dah kecoh sakit hati betul. Pukul 9.15 pagi, aku briefing kejap dengan pelatih kelas kraf, Ting Hong Aun dan Ngooi Yong Chiang. Pukul 9.30 pagi, En. Zainal pula nak keluar kejap nak hantar straw bagai. Lepas tu yang pasal Excident tu bukan dia yang excident tapi orang lain motor langgar motor betul-betul depan mata dia. Kejadian kat area Sitiawan. Alas kaki aku dah siap cuma tali ikat tepi sahaja tak buat lagi, aku suruh Adibah buat. Dan Solehah sambung jahit anak patung yang koyak. Teoh Pei Ji pula tak datang kalau tak aku bawa dia sekali pergi Manjung lama ikut aku, Ting dan Chiang hantar flyers. Pukul 10 pagi, baru kami gerak pergi Manjung lama En. Zainal hantarkan. Dia berhentikan kami kat depan Rapid lama. Lepas tu, kami pergi kat kedai-kedai area Stesen Bas Manjung dulu. Banyak kedai tak buka lagi, dah masuk 1, 2 lorong flyers masih banyak tengok jam dah pukul 11 pagi En. Zainal pula nak ambil pukul 12 tengahari. Akhirnya, suruh Ting dan Chiang letak flyers kat kereta atau motor sahaja. Sakit kaki jugalah aku dibuatnya mana taknya jalan kaki dah satu hal, penat lagi. Ting dan Chiang tak apalah tak puasa boleh minum, akulah sakit. Selesai pergi kat area Rapid lama pula untuk setengah lagi flyers. Sebelum tu aku telefon En. Zainal yang balik lambat sikit sebab baru nak hantar kat area Rapid lama. Itu pun kat area Stesen Bas Manjung ada lagi 1, 2 lorong tak sempat pergi takut flyers tak cukup untuk kat area Rapid lama. Pukul 12.30 tengahari baru kami selesai itu pun ada baki sikit flyers, aku ingat nak hantar kat area Econsave sahaja. Kami tunggu En. Zainal kat Rapid lama, sempat aku belanja Chiang air aku suruh Ting dan Chiang beli sendiri kat dalam Rapid. Aku tak boleh masuk sebab kami bawa beg jadi aku tolong jaga beg mereka. En. Zainal sampai sahaja terus kami balik. Lega sikit, kaki aku dah sakit sangat. Rehat secukup-cukupnya. Aku berharap dapatlah sambutan jualan amal kali ni. Kalau tak sia-sia berjalan jauh dengan kaki sakit + penat :(
Ulasan