Sambutan Jualan Amal
Aku bersyukur sangat pada Allah SWT dari mula jualan amal raya hari selasa sampai sekarang ada juga pelanggan beli pakaian bundle walaupun tak ramai. Alhamdulillah...aku jual murah-murah sahaja. Semua baju-baju,baju kurung, tudung dan seluar aku jual dengan harga RM 1 sahaja. Bukan apa nak perabiskan stok yang melambak kat bahagian belakang. Biar pelanggan borong sebanyak-banyaknya dan niat aku juga cuma satu nak membantu pelatih OKU aku. Bulan lepas aku buat jualan amal buku terpakai tak mendapat sambutan langsung. Seminggu tak ada pelanggan. Susah hati juga aku masa tu. Tapi untuk this month memang aku plan habis punya nak jual baju kurung dan pakaian lain juga sempena menyambut bulan Ramadhan dan Syawal tak lama lagi. Disebabkan dah ada pelanggan nak membeli aku jadi bersemangat nak menjual. Berkat usaha aku dan takkan patah semangat. Dari pagi sampai petang memang aku sibuk. Dai aktiviti kebersihan sampailah persediaan untuk jualan amal. Memang penat jugalah. Aku tak minta tolong Teoh Pei Ji dan Khairunnisa, semua aku buat sendiri. Nak harapkan mereka sampai ke sudah pun tak habis. Apa-apa pun, aku berterima kasih kepada mereka yang sudi datang ke bengkel untuk membeli dan memborong pakaian bundle. Terima kasih banya-banyak.
Ulasan