Pelik Atau Aku Yang Tak Tahu Sebenarnya?

Semasa aku hantar flyers dengan pelatih aku di Manjung lama aku tertanya-tanya. Bukan apa aku nampak kebanyakan kedai mamak buka setengah pintu. Yang bukan islam aku tak kisah mereka makan. Yang aku nampak ada juga orang melayu pergi beli makanan kat mamak. Tak puasa ke? Tak malu agaknya. Orang lain pun penat, letih. Dan yang menjadi persoalan aku di sini adalah "Kenapa Kedai Mamak Boleh Buka Setengah Pintu Atau Buka Pintu Seluas-luas Alam, Sedangkan Kedai Melayu Mesti Kena Tutup?". Bukan ke Mamak tu muslim beragama islam juga. Yang tak puasa tu, apa pihak berkuasa buat? Tak ambil tindakan ke? Ada juga aku nampak perempuan makan kat kedai makan mereka tutup setengah pintu. Aku paham mereka perempuan boleh tak puasa disebabkan hal tertentu tapi kot ya pun nak makan tutuplah pintu bagi habis atau pun makan sorok-sorok. Kalau aku, pelatih perempuan aku yang tak puasa sebab period nak makan kat bengkel tu boleh tapi makan sorok-sorok jangan tunjuk kat kawan-kawan yang puasa. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)