Mesyuarat PIBG
Ikutkan rasa malas sangat nak pergi mesyuarat PIBG. Puasa dah 1 hal. Sampai bengkel aku buat-buat lambat lepak bawah dulu dan aku siapkan RPH. Dalam pukul 9.45 pagi baru aku naik atas. Aku ingatkan ramai ibu bapa dah sampai rupanya baru En. Imran sahaja yang sampai. Sementara En. Zainal dan En. Imran berbual sempat aku aku baca novel inggeris. Masa En. Zainal turun bawah jumpa dengan ejen Pos Takaful Etika, En.Imran tanya aku pasal tanaman cili Ibu. Lepas tu adajuga aku mengadu kat dia yang aku ada bagi pendapat dan tujuan untuk buat aktiviti tanaman sayuran di bengkel. Dia pun tak boleh nak cakap apa sebab En. Khaw tak bagi. Agak dalam 15 minit menunggu baru ibu bapa datang. Mula-mula sesi ceramah dan penerangan dari staff ejen Pos Takaful Etika kepada ibu bapa. Rupanya hanya untuk kematian sahaja, siapa yang nak sertai kena bayar lagi RM 5 jumlah RM 60 untuk pelatih. Duit insuran pelatih yang tahun lepas En. Firdaus bagi masih ada dalam simpanan aku. Dah tak larat aku nak pegang duit banyak-banya. Selesai penerangan dari mereka, bangkit isu-isu semasa pula pasal jualan amal di Persatuan Kebajikan Orang Cacat Manjung (PKOCM) pada 23 julai 2016 (Sabtu). En. Imran meminta jasa baik ibubapa kalau nak derma pakaian boleh hantar ke bengkel. Dan yang terakhir, En. Zainal minta pendapat ibu bapa atau bertanyakan tentang perkembangan anak mereka di bengkel. En. Zainal tanya kat mak Razi, kata Mak Cik Esah kalau boleh anak dia tu jangan di marah-marahlah sebab Razi asyik mengadu kat dia pasal aku marah Razi, halau dia bagai (walau tak sebut nama tapi aku tau dia tuju kat aku). Kata Mak Cik Esah lagi, Razi kalau kerja yang dia tak suka buat dia tak nak buat macam menjahit. Dalam hati aku kata, macam mana tak suka masa orang lain buat kerja menjahit mesin dia tidur, bila tegur marah melawan balik. Si Yana dan Khairunnisa pun tak tau menjahit tapi buat juga sekadar cucuk pin pada kain, iron kain kerja-kerja yang simple sangat. Bukan aku suruh dia jahit kain pakai mesin yang tu dah sah-sah dia tak tahu. Konon kata Mak Cik Esah dia tak naklah Razi buat macam dulu (aku penah kena tampar dengan Razi sampai bengkak pipi). Dan En. Zainal kata Razi sekarang dibawah jagaan dia. Lepas tu Mak Liyana pun ada tanya pasal pelatih kena buat jahitan. Aku ada cakap dengan En. Imran sendiri memang ada buat jahitan mesin untuk pelatih kraf tapi bagi yang tak tau menjahit aku bagi kerja yang simple-simple sahaja, kalau aku tak ajar pelatih buat jahitan tak gunalah 2 minggu aku pergi kursus jahitan kat Bengkel Ipoh sana. Takkan nak harap aku seorang yang jahit mesin, mamposlah aku macam tu! Diaorang kena fikir sikit tenaga pengajar dua orang, nak harap yang dah tua tu apa pun tak tau. Selain tu aku cakap macam tu biar Mak Cik Esah tu tersedar sikit, ingat aku suka-suka nak ajar anak dia menjahit. Bila aku cakap macam tu dengan En. Imran, En. Zainal cepat-cepat mencelah agaknya tak nak bagi situasi bertambah panas. Lepas tu dia tanya Mak Teoh Pei Ji pula, orang tua ni memang macam sengaja nak ibu bapa bagitahu yang aku ada buat salah dengan anak mereka. Sakit hati betul aku!! Lepas dah habis giliran Mak Teoh Pei Ji, ayah pula menyampuk. Ini lagi satu masalah ayah kata dengan pelatih OKU tak boleh marah-marah, tengking-tengking apatah lagi pukul. Kemudian katanya lagi, cikgu kena datang awal ke bengkel sebab tak ada nanti ibu bapa complain dan tertunggu-tunggu. Yang aku hairan, bila datang awal, ibu bapa hantar anak lambat, bila datang lambat hantar anak awal pula. Itu pun masa cakap macam 'aim' kat aku seorang. Macam aku seorang tenaga pengajar kat bengkel! Yang aku peliknya dengan ayah aku tu, habis kat rumah yang di tampar-tampar Shah apa hal pula?! Tengking budak tu tak apa pula?! Siap libas dengan tali pingganglah, hangerlah ingat aku ni buta ke?! Ayah aku ni cakap tak serupa bikin, depan ibu bapa nak tunjuk baik. Belakang ibu bapa pelatih kutuk kaw-kaw, kata mereka macam-macam. Hari ni sahaja meeting semua pakat 'aim' aku. Benci betul aku! Terus tak ada mood aku. Ibu bapa bengkel Sitiawan kebanyakan jenis tak berfikiran terbuka untuk anak-anak mereka, buat macam ni salah buat macam tu salah.
Ulasan