Ain Nak Buat Group Whatsapp

Pukul 10 malam, Ain whatsapp aku pakai nombor baru dan tanya yang aku ada tak group ex-student SMK TLDM. Aku sempat tanya dia apa cerita sekarang? Aku ada tanya khabar mak dia. Kata Ain, dia ingat nak buat group ex-student SMK TLDM dan ada tanya pendapat kat Syafiq. Aku tanya dia Syafiq jawab ke? Kalau tak silap aku dulu ada dah orang buat group tu tapi aku keluar group. Ain tanya kenapa? Syafiq pun tak bagi respon lagi. Aku apalagi mengadulah kata aku text macam tak ada orang nak layan lepas tu diaorang sembang pasal suami/isteri dan anak masing-masing. Aku jadi bosan. Macam orang lain tak ada laki/bini dan anak pula. Aku tak taulah kalau Ain buka group tu macam mana pula. Dia siap tanya pendapat aku nak letak apa nama group nanti. Kalau boleh hanya budak-budak kelas kami saja. Ok juga kalau untuk kelas kami sahaja tak payah campur dengan budak kelas lain. Aku cadang geng budak 4KM 5KM. Itu cadangan aku saja, aku tanya pula cadangan Ain macam mana? Ain boleh lupa pula yang kelas kami dulu kelas Sastera. Si Ain dah mula bengang pasal Syafiq ni kejap tenggelam kejap timbul. Aku cakaplah biasalah sibuk kot, diakan kerja bomba. Ain ada minta nombor telefon kawan-kawan kami yang lain. Junaida? Anisa? Aku cakap tak ada cuma ada nombor telefon dia sahaja. Kalau nak nombor telefon diaorang kena contact dan cari balik diaorng dalam facebook, mana tau terserempak ke. Aku pun kadang-kadang bersembang dengan Jue dalam chat facebook sampai lupa minta nombor telefon dia. Kawan kami yang lagi seorang, Intan tak tau ghaib ke mana. Entah dia ada facebook ke tidak tu yang aku tau dia sekarang duduk kat Muar itu saja aku tau. Memang betul-betul lost contact dengan Intan sebab nombor telefon pun tak ada. Haih...rindu pula dengan kawan-kawan rapat masa zaman sekolah menengah dulu. Dah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan. :(

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)