Soalan Peribadi (Bahagian 32)
Bolehkah Anda Mengingati Memori Saat Kegembiraan Dan Ketakutan Di Zaman Kanak-Kanak Anda? ^_^
- Ya, boleh. Saat gembira bila bermain dengan kawan-kawan sampai tak ingat dunia. Saat takut bila dibuli kawan baik sendiri.
Adakah Anda Mempunyai Apa-Apa Penyesalan Dalam Hidup? ^_^
- Ya, ada.
Adakah Anda Suka Membuat Orang Lain Tersenyum? ^_^
- Semestinya ya.
Adakah Anda Menyifatkan Zaman Kanak-Kanak Anda Adalah Satu Kegembiraan? ^_^
- Ya.
Pernahkah Anda Duduk Di Tepi Telefon Sepanjang Malam Menanti Seseorang Menelifon Anda? ^_^
- Pernah tapi tak adalah sampai sepanjang malam.
Adakah Anda Tahu Bagaimana Hendak Memandu? Jika Ya, Apakah Jenis Kereta Yang Boleh Anda Pandu? ^_^
- Setakat ni aku tau pandu motor sahaja. Kalau kereta tak berapa mahir dan kalau boleh aku nak pandu kereta jenis auto.
Adakah Anda Mempunyai Rutin Latihan Senaman? Apakah Ia? ^_^
- Tak rajin bersenam. Jarang. Kalau bersenam buat yang ringan-ringan sahaja.
Adakah Anda Masih Mempunyai Perasaan Pada Bekas Kekasih? ^_^
- Tak lagi. Berdosa tau simpan perasaan pada seseorang yang dah di'miliki' :)
Meja : Tersusun Atau Berselerak? ^_^
- Tersusun. Rimas kalau meja berselerak.
Adakah Anda Percaya Cinta Sebenar? ^_^
- Ya, percaya. Cinta sebenar adalah cinta kepada Allah SWT dan Rasul.:)
Ulasan