Buang Kucing Jiran
Semalam aku terdengar bunyi anak kucing kat bilik ibu belakang. Hari ni aku bagitahu ibu. Entah macam mana malam, tengah aku sedap tidur ibu panggil. Ibu cakap ada kucing nak masuk nak curi ayam KFC yang baru beli dan berak atas cadar katil. Ibu dah geram sangat nak tangkap kucing tu lepas tu nak buang. Pada mulanya tak dapat nak cari tak tau dia menyorok kat mana entah. Ibu ajak pergi bilik dia yang kat belakang nak ambil anaknya. Selongkar punya selongkar dapat 2 ekor anak kucing, bukan main garang lagi nak ambik dia. Lepas tu, ibu dapat tangkap si ibu kucing pula. Terus bawa masuk kucing dalam kereta dan buang kat Pasar Tani Manjung. Bukan nak kata kami kejam kat kucing. Kami pun pencinta kucing tapi bayangkan kalau kucing jiran masuk rumah berak, kencing dan beranak kat dalam rumah kita apa perasaan? Kalau kucing berak kencing luar rumah tak apa lagi. Ni bukan kali pertama dah banyak kali terjadi. Jiran-jiran aku yang bela kucing tak reti nak jaga ke?! >:( Itu dah satu masalah, yang keduanya ayah aku pun satu hal juga tidur suka buka pintu alasan panaslah apalah. Bila dah pintu terbuka kucing senanglah masuk, yang dianya bukan sedar pun tidur mati. Dicakap nanti tau nak marah maki bagai. Bilik ibu yang belakang tu penuh dengan najis kucing. Aku nak masuk pun jadi geli. Fed up aku macam ni! Pukul 11 malam, entah macam mana aku macam terdengar suara anak kucing lagi. Aku fikir itu khayalan aku saja jadi abaikan.
Ulasan