Teruja Layan Movie - Kong : Skull Island

Hari ni aku layan movie kat TGV cinema Manjung. Movie paling excited aku nak tengok sangat. Ramai orang cakap cerita ni best gila. Tengok trailer dia pun aku dah tau cerita ni memang best. Sebab dulu cerita King Kong pun best. Lepas berurusan dengan En. Leong terus aku bergegas keluar. Aku pergi cucuk duit dulu, beli gula-gula woods terus ke Aeon. Sampai Aeon kat kaunter aku pakai  2 free ticket 1 aku ambik cerita Kong - Skull Island dan 1 lagi Power Rangers khamis depan. Lepas beli Popcorn bagai tak sampai  5 minit dah boleh masuk. Mula sahaja cerita tu tak payah cakap memang best gila, teruja sangat. Tak sangka Samuel L. Jackson main watak jahat. "That thing killed my man!" Pergh! aku paling suka part masa king kong lawan dengan biawak besar. Habis tepat pukul 6 petang mula pukul 4 petang tadi. Memang puas hati aku bagi 5 bintang dan tak sabar nak tengok Power Rangers pula. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)