Emosi Ke Laut

Dah 2 hari berturut aku tak langsung whatsapp dan call dari Hairee. Cuma pukul 1 pagi, aku whatsapp dia kejap pun pasal nak minta kad bank aku yang dia ambil masa hari isnin sebab aku nak buat pengurusan gaji budak bengkel payah kad bank aku tak ada. Itu hari cakap selasa nak bagi. Aku siap perli dia kata dah kenyang ke makan duit orang? Aku cakap dah awal-awal kurang 1 sen duit aku memang aku tak kan halalkan, tak berkat makan duit orang. Makan duit anak yatim pun dah berdosa besar inikan pula makan duit budak-budak OKU ni. Hairee balas whatsapp aku, dia kata yang dia bukan nak bergaduh dia dah serahkan bukti semua kat mahkamah. Hari jumaat ni nak jumpa aku dan dia tak tahu kenapa aku marah? Dia nak bagi aku masa untuk rileks sekejap, bukannya marah-marah dia lepas tu senang suruh aku rehat. Aku kata tak payah asyik nak tunjuk muka, datang buat aku sakit hati saja buat apa. Geram pula aku dengan dia. Bertekak dengan dia tambah lagi sakit hati. Cakap bukan main senang. Semalam aku dah ambil lappy kesayangan aku kat Computer Parade, dah siap rupanya bukan tahu nak call aku ke apa. Sebab selalu dah siap diaorang akan call. Rasa lega bila dah bayar duit untuk lappy aku. Senanglah sikit aku nak buat kerja. Aku ingat kalau Hairee tak bagi juga kad aku terpaksa buat kad baru, payah aku nak buat kerja macam ni. Betul-betul menyusahkan. Semalaman aku tak boleh tidur memikirkan kad bank aku, risau ya amat. Itupun pukul 4 pagi baru aku tidur. Hari ni aku tak buat kerja, hanya layan kampung chat (masa tengah sakit hati dengan Hairee saja aku layan ni), Facebook dan blog. Pukul 4 petang, aku pergi CC nak print out kerja aku sambil-sambil boleh download movie. Kat CC, Hairee whatsapp aku tanya dah ok ke? Dia tak nak whatsapp atau call sebab nak bagi aku bertenang dulu. Katanya esok dia datang nak ajak aku makan tengahari sekali. Aku cakap tak ada selera...demam. Dia tanya nak tengok wayang tak? Aku cakap no need. Balas pun acuh tak acuh saja, malas nak melayan dia. Lepas tu suruh aku rehat. Tergerak aku nak tengok duit aku dalam BSN internet, terkejut bukan kepalang aku. Lagi aku mula risau dan tak tentu arah. Sampai rumah aku whatsapp Hairee aku cakap kat dia kenapa duit aku berkurang dalam akaun BSN?? Makan duit aku apa?! Hairee kata bank ada masalah sistem. Hairee suruh aku tengok duit esok sebab dia dah tanya pihak bank dah ok. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)