Layan Wayang Lagi Dengan Hairee
Aku pergi kerja awal hari ni pukul 7.45 pagi dah gerak ke bengkel sebab Hairee dah janji nak sarap sama-sama dengan aku kat kedai mamak. Sampai bengkel aku whatsapp dan call Hairee tapi dia tak balas langsung. Ni mesti tidur lagi ataupun dah pergi kerja. Dah pukul 8.30 pagi tak jawab-jawab, sakit hati pula aku. Berderet aku text dia, bengang punya pasal. Disebabkan dia mungkir janji aku mula mengantuk gila. Lepas berurusan dengan En. Munisamy dan Penyelia, aku keluar kejap pergi kedai fotostat. Lepas tu jumpa penyelia kejap dan terus aku ke belakang...tidur. Mata aku dah tak boleh tahan mengantuk. Pukul 12 tengahari, Hairee datang bengkel cari aku. Dia minta maaf sambil usap-usap kepala aku alasannya tertidur. Aku dah mengantuk macam ni baru nak tunjuk muka dengan laparnya. Hairee minta charger kat aku battery hf dia dah low. Lepas tu dia tanya aku kat mana bengkel motor yang paling dekat kat kawasan ni? Nak service motor dia ada masalah sikit. Dia minta aku tunjukkan. Tapi sebelum tu dia ada bagi aku helmet baru khas untuk aku. Helmet bukan calang-calang, sesuai naik motor besar. Itu kalau jual RM1k dapat kata Hairee. Dia suruh aku pakai bila keluar naik motor dengan dia sahaja. Asalnya helmet tu kata Hairee bahan bukti dia beli RM200.
Berbalik tunjuk jalan ke bengkel motor tadi, aku ingat dia suruh aku ikut dia ke bengkel motor rupanya suruh tunjuk arah jalan saja. Hari ni Hairee tunjuk motor besar dia kat aku kaler hijau tuuu...*0* Aku tanya dia dah makan ke? Dia kata belum lagi dan ajak aku makan tengahari kat SJS lepas balik dari bengkel motor. Aku ingat nak ushar hf Hairee kebetulan hf dia tinggalkan tengah cas. Baru nak buka dalam ada 'password' pula, potong betul...Pukul 1.30 petang, baru dia balik. Kami pergi kedai makan SJS naik motor, buat pertama kali aku naik motor besar jenis ni. Helmet aku Hairee pakaikan ketat tu tak payah cakaplah. Seat belakang pun tinggi, rasa kelakar pula aku naik. Segan pun ada. Sampai kat SJS, Hairee nak pergi beli rokok dia lupa nak beli tadi. Sementara tunggu dia datang, aku sempat ambil gambar helmet baru aku boleh tunjuk kat Ain dan gambar selfie aku. Sebelum nak makan, Hairee tiba-tiba tegur seluar aku terlondeh. Pergh! malu gila Allah sahaja yang tau. Aku terdiam dia tegur aku. Sebelum ni pun dia ada tegur juga pasa hal ni. Nak makan terus jadi tak ada selera tu pun gagahkan diri makan sudahnya makanan aku tak habis. Hairee tanya aku marah ke? Aku cakaplah tak adalah mana ada walhal dalam hati rasa nak menjerit saja. Hairee cakap lepas ni dia tak naklah tegur aku lagi, mungkin dia tau yang sebenarnya aku marah atau merajuk. Lepas tu dia tukar topik cerita pasal motor besar dia. Hairee nak ajak aku tengok wayang lagi hari ni, aku ada bagitahu dia pagi tadi aku dah tengok black phanter kt TGV Cinema website. Paling awal pukul 1.15 tengahari. Aku cadang pukul 12 tengahari keluar makan kat Aeon, tengok wayang lepas tu dalam pukul 3 petang balik bengkel. Dah dia pula membuta tak ingat nak pergi macam mana? Terdiam pula dia. Aku cakap yang aku nak tengok Tom Rider pukul 4.30 petang. Pukul 4 petang, aku dah siap kemas. Pukul 4.15 petang, baru kami nak gerak pergi Aeon. Kami pergi asing-asing. Hairee ikut aku dari belakang tapi bila dia terlaju bawa motor dia akan bagi aku jalan depan dulu. Biasala motor skuter cabuk aku mana boleh lawan dengan motor besar dia tu, lagipun dia tak tahu sangat jalan nak ke Aeon. Sampai Aeon. Hairee suruh aku naik dulu beli tiket. Aku tak nak, nak pergi sama-sama. Hairee kata dia nak merokok dulu. Lepas dia merokok dan simpan helmet mahal dia tu kat locker baru boleh pergi beli tiket wayang. Hari ni biar dia pula beli popcorn. aku suruh dia belikan. Aku nak air saja tak nak popcorn. Aku tanya dia esok cuti lagi ke? Dia kata esok dia kena kerja. Lepas tu bising tak berhenti membebel macam bertih jagung. Masa tengok wayang pun sama juga macam semalam hf tak pernah lepas. Aku rasa macam nak rampas hf dia buang jauh-jauh baru puas hati >:( Lepas tengok wayang, aku nak ke tandas bila aku dah selesai tunggu si Hairee kat tepi orang jual cover hf. Bila Hairee keluar aku tengok saja dia asyik belek hf ke hulur hilir sana sini. Sampai aku depan mata pun boleh tak nampak. Agak beberapa minit baru dia perasan aku, dia ingat aku kat dalam tandas lagi. Lepas tu salahkan aku pula, lain kali jangan diam dah keluar bagitahu. Itulah sibuk dengan hf girlfriend depan mata pun tak nampak. Hairee bawa aku pergi Popular, dia cakap aku nak buku apa ambil saja. Sebab semalam aku dah mengadu kat dia yang aku nak ke Popular sebenarnya. Dah dia suruh ambil saja aku ambillah 5 buah buku, 2 komik 3 novel semua RM130 lebih. Lepas tu Hairee ajak aku pergi Kaiso Japan pula shopping kat sana sebab ada barang dia nak beli. Hairee kata barang kat sini murah semua RM5 dan suruh aku ambil apa saja aku nak. Aku ushar juga barang kat situ macam tak ada yang menarik pun. Aku cakap dengan Hairee tak ada barang yang aku berkenan kalau ada pun aku dah ada barang tu kat rumah. Hairee mula bising kata aku tak suka shopping bagai, Bukan aku tak suka shopping masalah tak ada yang aku berkenan, aku kalau shopping bukan barang perkakas-perkakas punya. Aku shopping standard sikit macam seluar ke baju ke tudung ke kain ela ke, barang-barang pakaian. Lepas tu Hairee boleh perli aku kata shopping seluar tapi pakai seluar pun terlondeh. Terus aku tersentap dan terdiam. Dia beli beg untuk letak duit syiling tiba nak bayar orang jaga kaunter pula tak ada terus tak jadi bayar, padan muka. Aku suruh panggil budak kaunter tak nak kalut sangat nak cepat bagai. Lepas tu dia tanya aku nak pergi mana lagi? Aku cakap nak beli air Cool Blog. Sementara aku tunggu air siap, Hairee pergi kedai jual barang anime. Sempat lagi dia main mesin tikam figura anime. Benda macam ni pun minat ke? Macam budak-budak...bosan aku. Hairee bagi aku 1 figura anime kamen rider, aku tak minatlah kumpul barang budak-budak ni. Lepas tu Hairee ada tunjuk figura yang dia dah kumpul kat cermin koleksi figura kat kedai tu. Aku tengok pun acuh tak acuh saja. Hairee perasan aku macam tak tunjukkan minat. Hairee mula bising lagi kat aku, kata apa yang aku nak semua dia ikut tapi bila dia nak dan minat tak ada pun nak tunjuk minat dan ikut. Lepas tu dia ungkit balik pasal seluar aku yang terlondeh tadi tu. Aku diam saja sepanjang dia membebel. Katanya lagi, dia suruh aku fikir sendiri dan dia bukannya nak marah. Hairee juga ada tanya aku tak ada tali pinggang ke? atau tak suka pakai tali pinggang? Dalam hati aku cakap apa ingat orang pakai seluar jeans ke pergi kerja? Aku pakai seluar slack ok, mana ada untuk lilit tali pinggang. Masa nak balik memang aku tarik muka habislah, dia seorang saja macam orang tak ada perasaan berseringai macam apa entah. Ini kali pertama Hairee marah aku depan public, aku malu. Hairee pesan sampai rumah bagitahu, aku buat bodoh saja. Sampai kat satu simpang nak masuk Rapid baru, aku tengok Hairee ikut aku dari belakang lepas tu suruh aku berhenti tepi jalan kejap. Dah kenapa pula ni? Dia tanya jalan dia nak balik. Aku tunjukkan saja jalan. Lepas dah tunjuk jalan dia pula jalan depan aku, aku tengok dia dah salah jalan. Lain aku tunjuk lain pula dia ikut. Lantaklah situ, padan muka!! Aku buat bodoh juga sebab aku ikut jalan belakang. Hairee ikut aku lagi dan berhenti tepi jalan tanya aku kat mana? Sempat aku cubit dia, geram punya pasal. Aku suruh dia ikut aku dari belakang. Aku tengok jam dah pukul 7.15 petang, kena cepat ni. Bila aku dah tunjuk jalan yang betul baru dia faham dan tahu jalan dah. Dia suruh aku balik dulu. Sikit pun aku tak pandang dia. Masa dalam perjalanan balik aku tak tahan sakit hati apa yang Hairee cakap, aku menangis sepuas-puas hati atas motor. Ini kalau kena langgar memang malangla nasib aku. Sampai rumah, dalam bilik sambung menangis lagi. Aku whatsapp Hairee cakap dah sampai saja. Hairee kata dia pun dah sampai dan tanya kenapa muka aku masam saja? Dia minta maaf kalau dia marah. Aku apalagi hentamla dia. Hari ni dengan semalam keluar dengan dia betul-betul buat aku terasa hati, spoil habis. Hairee kata dia cuma cakap apa yang dia rasa saja, dia ikut semua mana aku nak pergi tapi bila dia minta sesuatu aku buat tak tahu saja. Habis tak fikir aku punya rasa? Aku tak puas hati dengan dia pun aku diam saja, eh bukan jenis aku ok nak marah orang depan public. Dia tanya yang dia marah sebab apa? dia suruh aku tenangkan diri dulu. Sakit pula hati aku ni, kalau dia depan aku mau kena pukul atau penampar dengan aku. Hairee betul-betul dah berubah tak macam first and second date dulu. Hairee janji dengan aku dia akan berubah dan minta maaf. Aku tak nak layan perasaan sangat terus aku mandi dan solat maghrib dan isyak. Dalam solat, sempat aku menangis lagi atas tikar sejadah. Jadi tak kusyuk pula solat aku. Masa tula nak ingat Allah sebab dah lama tak menghadap tuhan. Yang paling terkesan dan buat air mata aku mengalir laju bila mana aku rindu gurau senda dengan ibu, teringatkan ayah. Dah nak sebulan aku tak bertegur sapa dengan ibu. Ya allah! Ampunilah dosa-dosa aku...Lepas solat aku membaca sekejap komik yang beli tadi kat Popular. Pukul 10 malam aku dah tidur mengantuk gila. Iphone aku letak dalam laci bilik aku, aku tak nak layan 1 pun call atau mesej dari Hairee.
Helmet baru aku.


Ulasan