Shopping Sakan Dengan BF
Pukul 11 pagi. aku ingat nak keluar beli sarap kejap. Laparlah pula, nak tunggu si Hairee entah pukul berapa dia nak sampai. Elok nak bersiap keluar terdengar pula motor macam aku biasa dengar, rupanya Hairee datang. Apalagi mengelupur aku berlari ke belakang nak pakai tudung. Hairee cari aku tanya kat budak kelas. Aku dah kelam kabut kat belakang pakai tudung bagai :P Hairee pergi kat belakang, sempat dia kacau aku. Geram pula rasa, orang tengah nak pakai tudung dia boleh kacau aku pula. Aku cakap dengan Hairee nak keluar sarap sebenarnya, kebetulan dia pun tak sarap lagi alang-alang ajak aku keluar sarap sama-sama. Hairee sebenarnya baru balik dari Ipoh ada mesyuarat, pukul 8 pagi bertolak dari Ipoh katanya. Sempat buat live rakaman video atas motor bagai. Dia check in lagi kat Tropicana Inn Hotel. Masa kami tengah sarap, Hairee sempat cerita dengan aku yang kawan dia kerja JPJ kena tangkap dengan SPRM sebab terima rasuah RM50. Kata Hairee, kawan dia kena penjara 20 tahun. Dasyat betul...Lepas sarap, aku ajak Hairee temankan aku pergi Econsave kejap sebab beli fail untuk bengkel. Pukul 11.30 pagi, kami ke Econsave. Aku beli fail, sempat beli yang lain juga itu pun Hairee nak belanja. Aku ambil buku latihan, berkenan pula aku dengan buku tu sebab cover buku tu menarik. Sesuai kalau buat diari. Hairee pun beli barang dia juga. Selain buku latihan, aku ambil juga coklat cadbury yang besar semalam dah teringin sangat nak makan coklat. Setel beli barang baru balik bengkel naik motor besar dengan Hairee lagi. Pukul 12 tengahari, Hairee ambil hf dia tengah cas. Aku cas balik hf Asus aku. Sebelum dia balik hotel sempat aku ingatkan dia pergi solat jumaat. Petang, aku check kat TGV cinema website nak tengok cerita apa yang best lagi. Hairee nak ajak aku tengok wayang lagi hari ni. Aku tengok TGV cinema website cerita Pasific Rim : Uprising, macam best cerita ni ala-ala transformers. Aku sempat whatsapp Hairee nak tengok cerita tu tapi hari ni atau esok? Kalau nak tengok hari ni pukul 4.05 petang, kalau esok 1.30 petang. Kalau nak tengok hari ni aku minta penyelia balik awal dalam 3.45 petang. Kata Hairee, tengok wayang esok sajalah hari ni jalan-jalan saja kat Aeon. Pukul 3 petang, Ting pula call ajak aku keluar esok sebab dia tak kerja dan tak ada pergi mana-mana. Ini pun satu hal pula, bila aku nak keluar beli barang dia pula kerja bila aku tak keluar beli barang sibuk ajak keluar. Dah tu esok aku ada dating dengan si Hairee lagi. Aku cakap minggu depan saja hari Isnin atau Rabu beli air kotak dah habis dalam peti ais. Aku mengadu kat Hairee, dia pun macam tak ambil port apa aku bagitahu. Agaknya dia sakit hati kot bila ada orang lain ajak aku keluar. Pukul 3.30 petang, aku nampak Hairee macam dah keluar. Pukul 4 petang, terus aku pergi Aeon. Sampai Aeon, Hairee ajak pergi makan sebab dia pun dah lapar. Kami pergi kat food court macam tak banyak pilihan lepas tu dia ajak makan kat tempat lain. Aku ajak dia makan kat Chicken Rice Shop, Hairee kata dia dah lama sangat tak makan kat situ tak tau nak pesan. Jadi dia suruh aku pesan memandangkan aku dah biasa makan kat situ. Aku pesan yang set punya untuk 2 orang. Masa tunggu makanan sampai, Hairee masih dengan hf dia juga. Aku saja macam orang bodoh tak tau nak buat apa. Hairee tengok aku, dia tanya aku kenapa? Apa masalah? Kalau ada masalah bagitahu, katanya masalah kat tempat kerja dia boleh selesaikan inikan pula masalah gf sendiri. Aku diam...masalah bukan pada aku tapi pada dia yang tak reti nak ajak gf sendiri berkomunikasi dan beri perhatian. Bila makanan dah sampai banyak makanan terhidang atas meja, inila pertama kali aku makan dengan Hairee dengan cara macam ni. Aku jadi segan pula nak makan...Aku tengok Hairee makan bukan main berselera, betul-betul macam orang lapar. Hairee memang jenis kuat makan, tapi bila teringat kata-kata Ain hari tu nak tergelak pun ada. Kata Ain, lelaki yang kuat makan ni dia jenis tak kedekut siap puji aku ni beruntung. Hairee tengok pinggan aku kosong tak ada lauk, dia tegur kenapa tak ambil lauk? Tadi aku juga yang pesan. Hairee tak suka tengok pinggan aku kosong. Dia siap ambilkan lauk letak dalam pinggan aku, katanya barulah ada warna warni sikit. Aku mulalah mengada-ngada dengan dia kata yang aku nak diet tak nak makan banyak. Hairee tak bagi aku diet, katanya dia tak diet sihat saja. Lepas makan, kami pergi ke kedai pakaian yang jual murah RM 8 ke atas. Hairee kata kalau nak ambillah tapi dalam bajet RM100 saja. Aku pun pilihlah baju t-shirt. Aku ambil 2 helai lengan pendek, 2 helai lengan panjang. T-shirt aku dah bersepah kat rumah, kena pilih mana yang dah tak elok dan tak sesuai lagi. Hairee pula sibuk pilih short pant, lepas tu cuba kat fitting room. Selesai pilih pakaian masing-masing, Hairee yang bayarkan. Hairee kata tadi nak pergi kedai jam nak betulkan jam dia rosak. Sebelum tu dia ada tanya nak beli apa lagi? Aku baru teringat nak beli minyak wangi, tak beli-beli pun lagi. Dia ajak pergi kedai minyak wangi dulu, aku pula ajak dia pergi kedai jam dulu sebab kedai tu dekat saja nanti dah betulkan baru pergi kedai minyak wangi yang kat hujung. Hairee degil nak juga pergi kedai minyak wangi, aku malas nak melayan ikutkan saja. Kami pergi kedai SASA, harga minyak wangi kat situ memang mahal dan berjenama. Hairee panggil pekerja situ minta tolong carikan minyak wangi untuk aku yang baunya lembut dan tak terlalu kuat. Bila pekerja tu dah jumpa minyak wangi yang sesuai dengan kehendak aku, dah cuba bau minyak wangi tu terus aku ambil. Sempat aku bertanyakan minyak wangi jenama Britney la, Jennifer Lopez la. Pekerja tu kata tak ada jenama tu. Aku tanya minyak wangi Calvin Klein (CK), pekerja tu kata ada tapi botol dia besar dan bau pun aku tak berapa suka. Minyak wangi tu unisex lelaki perempuan boleh pakai. Selesai Hairee membayar. Kami pergi kedai kasut pula, sementara aku tengok kasut Hairee sempat keluar merokok kejap. Aku tengok kedai tu tak banyak pilihan kasut, dan kasut satu pun tak ada yang aku berkenan. Lepas tu baru kami pergi kedai jam, aku suruh Hairee beli saja jam tangan baru G-Shock yang orang lelaki pakai sekarang. Dia kata dah ada. Sementara Hairee sibuk tengok jam tangan dan tunggu pekerja baiki jam tangan dia sempat aku tangkap gambar dia curi-curi he5x...Hairee tanya aku nak jam tangan tak? Jam tangan G-Shock tapi untuk perempuan punya Baby-G. Kitaorang tengok jam tangan tu kat kaca, harga dia tak payah cakaplah RM500 lebih kot. Hairee kata kalau nak ambillah, aku pilih dan bila dah jumpa yang berkenan pekerja tu tunjuk kat aku dan cuba pakai sekali. Memang cantik. Aku pun ambillah, Hairee bayarkan juga. Aku tak terus pakai minta pekerja tu letak dalam kotak. Kebetulan jam tangan Baby-G ada offer, dapatlah kurang sikit. Beli jam tangan tu, dapat lagi satu jam tangan lelaki dengan harga yang murah. Hairee beli jam tangan tu dengan harga RM900.
Selesai saja, kami nak balik Hairee masih tanya lagi ada apa-apa lagi nak beli ke? Sebab hari ni saja boleh beli esok dah tak ada. Aku kata tak ada apa lagi nak beli. Hairee tanya lagi nak pergi Al-Ikhsan tak? Beli kasut? Aduuuhhh...dah banyak sangat dia belanja aku hari ni segan nak minta macam-macam lagi. Dekat RM700-RM800 dia habiskan duit untuk aku. Aku tarik tangan dia ajak balik, geleng kepala tak nak beli apa dah. Tapi aku tengok Al-Ikhsan macam ada offer, kami pergi sekejap saja. Aku cakap dengan Hairee lain kali sajalah. Lepas tu, Hairee ajak lepak kat CC yang selalu aku pergi. Baru pukul 6 petang masih awal lagi. Kebetulan ada kerja aku nak buat juga. Sampai kat CC, PC tempat aku duduk tak boleh guna pendrive. Macam mana nak buat kerja? PC Hairee sebelah aku, sibuk main game. Aku dah bosan tak tau layan apa. Buka facebook, bosan...buka blog, nanti Hairee terbaca...buka youtube, bosan...Sudahnya aku duduk sebelah Hairee tengok dia main game. Pukul 7 petang baru kami balik tapi kali ni Hairee boleh balik sendiri dia dah tau jalan nak balik.
Sempat selfie kejap...heheheheh
Selesai saja, kami nak balik Hairee masih tanya lagi ada apa-apa lagi nak beli ke? Sebab hari ni saja boleh beli esok dah tak ada. Aku kata tak ada apa lagi nak beli. Hairee tanya lagi nak pergi Al-Ikhsan tak? Beli kasut? Aduuuhhh...dah banyak sangat dia belanja aku hari ni segan nak minta macam-macam lagi. Dekat RM700-RM800 dia habiskan duit untuk aku. Aku tarik tangan dia ajak balik, geleng kepala tak nak beli apa dah. Tapi aku tengok Al-Ikhsan macam ada offer, kami pergi sekejap saja. Aku cakap dengan Hairee lain kali sajalah. Lepas tu, Hairee ajak lepak kat CC yang selalu aku pergi. Baru pukul 6 petang masih awal lagi. Kebetulan ada kerja aku nak buat juga. Sampai kat CC, PC tempat aku duduk tak boleh guna pendrive. Macam mana nak buat kerja? PC Hairee sebelah aku, sibuk main game. Aku dah bosan tak tau layan apa. Buka facebook, bosan...buka blog, nanti Hairee terbaca...buka youtube, bosan...Sudahnya aku duduk sebelah Hairee tengok dia main game. Pukul 7 petang baru kami balik tapi kali ni Hairee boleh balik sendiri dia dah tau jalan nak balik.

Ulasan