Hadiah Birthday Aku

Aku ingat nak sorok kad bank kat bengkel, nanti kalau Hairee tanya aku cakap saja ayah aku yang pegang. Dia ni betul-betul menyusahkan aku. Dia call dan whatsapp aku buat bodoh saja, buat silent mode. Macam biasa hari Rabu aku dan anak murid aku sibuk buat aktiviti mengemas, kali ni kat bahagian belakang pula. Semak pula aku tengok pasal fail-fail lama dah bawa turun ke bawah jadi aku nak bagi ada ruang untuk letak fail lama dan susun barang-barang yang lain. Aku minta tolong Chiang dan Megat untuk tolong kami kat bawah, mujur penyelia bagi kebetulan straw pun tak banyak kerja nak buat. Pukul 11.30 pagi, Hairee aku pakai nombor bengkel pula dia suruh aku angkat hf. Bila dia call pakai hf, baru aku angkat. Aku tengah sibuk dengan anak murid itu jam lah nak call. Hairee minta tolong kat aku sangat pinjamkan RM1K, dia terdesak. Kalau tak bagi nanti dia kena buang kerja kalau video tu tersebar. Hairee cakap lepas ni dia takkan contact aku lagi sebab tak nak maruah aku tercalar sebab ada orang ugut nak sebar video bukan-bukan kami. Ini semua dia punya pasallah gatal sangat, kalau dia tak buat benda tak senonoh dengan aku semua ni takkan terjadi. Katanya pukul 2 petang dia datang bagi Iphone kat aku. Puas minta barang aku yang dia beli masa hari jadi aku, baru hari ni dia nak bagi. Pukul 2.30 petang, baru nak datang jumpa aku. Hairee tunjuk Iphone kat aku, cantik  siap dengan casing lagi. Hairee buatkan untuk aku pertukaran simkad aku ke Iphone. Hairee kata simkad aku tak boleh masuk dalam Iphone sebab simkad kena potong lagi bagi saiz kecil baru boleh masuk. Hairee ada juga bagi wire charger Iphone dan ajar aku cara-cara nak guna Iphone dari A-Z. Selain tu, Hairee ada bagi aku jersi. Katanya dia beli kasut dapat jersi dengan harga yang murah. Jersi tu saiz L tapi dia pakai tak muat itu yang bagi aku. Hairee tanya pasal duit aku ada sediakan tak, dia pun dah keluarkan duit sendiri. Aku cakaplah kad tak ada ayah pegang macam mana nak ambil? Sebelum dia datang aku dah sorokkan kad bank aku dalam buku. Dia dah mula bising dan nak mengamuk katanya habis dia datang bengkel takkan semata bagi Iphone saja? Habis hf dicampaknya nasib baik casing. Lepas tu dia belek-belek buku cashbook aku bawah meja pun dicampaknya pula. Hello! tak ada gunanya nak mengamuk yang dia nak tu duit aku. Aku ada hak nak bagi ke tak. Siapa suruh jahil sangat hari tu?? Sendiri cari masalah kita pula yang dia nak susahkan. Aku dah cakap tak payah datang bengkel bagi iphone, dah degil sangat nak datang juga lepas tu nak merungut, mengamuk bagai. Fikirlah sikit! Akhirnya terpaksa mengalah, aku kata kena balik rumah kejap ambik kad bank kad ayah. Sempat suruh aku tukar baju disuruhnya pakai baju jersi yang dia bagi. Aku kata tak sempat dah nak pukul 3 petang dah, lain kali saja. Hairee pula pergi kedai hf nak potongkan simkad aku bagi kecil, dia suruh aku pergi SJS terus. Dia tunggu aku kat sana. Sampai Public Bank Manjung, aku keluarkan RM1K dan terus pergi SJS. Sampai SJS, aku serahkan duit tu kat dia. Hairee ajar aku lagi pasal iphone tu, aku minta dia ajarkan lagi sekali sebab ada yang aku tak berapa nak faham. Pukul 3 petang, Hairee suruh aku balik dulu dianya nak pergi jumpa dan kerjakan mamat yang pedajal kami tu. Lepas tu, dia nak hantarkan aku balik bengkel pula. Sebelum tu, Hairee ada tanya aku nak dia buat apa kat mamat tu? Nak tanam ke? belasah sampai mati ke? Aku cakap janganlah bunuh orang bagi warning dah la. Aku dah mula risaukan Hairee, dia ni menakutkanlah. Sampai bengkel, baru Hairee gerak pergi Econsave. Sempat aku pesan kat dia berhati-hati. Aku cas dulu iphone battery dah low. Aku cari battery hf Asus, hilang pula. Baru teringat mungkin Hairee ada terambil masuk dalam beg dia. Pukul 3.20 petang, Hairee whatsapp. Aku tanya dia pasal battery hf Asus aku, katanya tak ada dalam beg dia. Jenuh aku mencari rupa-rupanya ada dalam hf aku, hampeh betul...buat aku risau saja. Hairee tanya aku ok tak Iphone tu? Kalau ada yang tak tahu, dia suruh aku bagitahu. Aku dah boleh tahu guna sikit Iphone. Masa main whatsapp baru aku sedar emoji tak ada, jenuh aku cari tak ada. Aku tak biasa mesej atau whatsapp tak ada emoji. Aku mengadu kat Hairee, dia suruh aku pergi kat setting jenuh aku buat still macam tu juga. tak ada apa-apa. Hairee cakap esok dia datang lagi betulkan emoji kt Iphone. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)