Sek Agama Pangkalan TLDM Dan Sri Manjung
Aku mula bersekolah agama masa darjah 1. Mula-mula aku sekolah agama di dalam Pangkalan TLDM sampai darjah 3 saja, dekat blok A30 dan A31 tapi kelas aku di blok A30 dan terletak tingkat bawah iaitu tingkat G. Lepas balik dari sekolah rendah, aku terus pergi rumah kawan ibu di A30 kemudian bersiap-siap untuk ke sekolah agama. Petang lepas balik dari sekolah agama, ibu aku ambil. Aku masih ingat lagi masa rehat aku bermain dengan kawan atau lepak dalam kelas. Matapelajaran yang aku tak seronok, bahasa arab, fiqah. Memang susah nak catch up. Dan dekat blok A31, adalah cerita mengenai pokok yang betul-betul tepi jalan raya kecoh kawan aku cakap malam-malam ada nenek kebayan akan duduk bertenggek atas pokok. Sampai ada yang mengaku terjumpa mangkuk yang digunakan oleh si nenek kebayan tu. Aku pun tak tau sejauh mana sesahihannya cerita tu. Pokok tu masih ada sampai sekarang. Masa darjah 4, pindah pulak dekat Sekolah Agama Seri Manjung lama. Aku dengar cerita Blok A30 dan A31 nak dikosongkan sebab nak buat hostel untuk mat navy yang junior. Sekarang sekolah agama yang baru dalam Pangkalan TLDM tak silap aku berdekatan dengan Masjid An-Nur. Sekolah Agama Seri Manjung lama ni terletak betul-betul dalam kawasan surau. Di tingkat atas surau tingkat bawah baru sekolah agama. Kelas ada 6. Dekat sekolah agama Manjung masa tu aku tak ada ramai kawan selain Amalina, kawan baik aku, Yalah mana taknya budak-budak pun terdiri dari budak Sekolah Rendah Seri Manjung. Budak dari Sekolah Rendah Pangkalan TLDM pun boleh kira dengan jari saja. Tetapi masa aku darjah 6 baru ada kawan rapat namanya Syuhada. Dia bersekolah rendah di Seri Manjung. Kami memang sekepala. Setiap hari jumaat aku mesti datang rumah dia pergi sekolah agama sama-sama. Mana taknya setiap hari jumaat aku orang terawal datang, orang lain tak datang lagi. Dia duduk Manjung fasa berapa entah aku pun dah tak ingat tapi nak kenal rumah dia yang mana satu tak susah pun betul-betul tepi jalan raya (sekarang dah jadi laluan nak ke highway). Habis sahaja sekolah darjah 6, terus aku lost contact dengan dia. Dulu aku ada nombor telefon rumah dia tapi dah hilang pula. Sekarang ni pun aku rasa dia dah pindah, sebab aku tengok rumah dia pun dah tak berpenghuni. Kadang-kadang ada jugak cuba cari dia melalui facebook atau laman-laman sosial lain, manala tau terserempak ke. Aku harap dia sihat-sihat selalu walau di mana jua dia berada. Masa aku darjah 6, kecoh pulak ada seorang budak kelas aku berhenti sekolah agama sebabnya termengandung anak kepada bapak tiri. Aku pun tak tau apa jadi dengan kawan sekelas aku tu sekarang nama dia pun aku dah lupa. Pernah terserempak dengan bapa tirinya, menakutkan saja mukanya. Lagipun dia bersekolah agama sekejap saja, dia jual makanan ringan dalam rumah. Kadang-kadang jual nasi lemak. Waktu rehat, aku dah standby beli nasi lemak dia tak pun pergi rumah dia beli jajan kadang-kadang masa balik. Ingat lagi sebelum masuk kelas ada perhimpuan dekat kantin, dekat situlah jugalah tempat rehat. Darjah 6 juga guru kelas aku Ustaz apa entah tak ingat juga namanya. Dia jugak merangkap guru besar sekolah agama. Dia seorang saja guru lelaki. Anak beranak belajar dan mengajar di sekolah agama. Isteri dia pun guru untuk darjah 5. 4 orang anak ustaz sekolah agama yang sama, anak dia bukan calang-calang murid memang pandai dari segi sekolah biasa apatah lagi sekolah agama. Bab pendidikan islam, mengaji pun tak payah cakaplah lebih pandai dari aku. Biasala anak ustaz dan ustazah. Bila masuk waktu asar, semua murid-murid wajib solat berjemaah di surau telekung memang kena bawa sendiri. Aku paling suka bila ambik main air dekat kolah surau tempat ambil air sembahyang, memang seronok sejuk gila rasa macam nak berenang saja. Ingat lagi tulisan jawi aku macam cakar ayam kalau tulisan khat pula selalunya tak jadi. Dulu zaman aku pensel khat nak kena kikis dengan pisau lipat bagi mata dia cantik bila nak tulis nanti. Masa nak kikis tula aku rasa azab betul. Sekarang dah senang tak payah kikis lagi pensel khat dah jadi macam pensel tekan. Ubat pensel pun dah siap bentuknya. Dan yang aku tak boleh lupakan, cara ustaz mengajar masa aku darjah 6 siapa tidur atau tak bagi tumpuan masa tengah belajar atau bercakap dengan kawan dalam kelas dia bersiap sedialah pakai 'bedak' percuma dia akan baling pemadam papan hitam dekat orang tu ataupun baling kapur putih (dulu belajar pakai kapur dan papan hitam tak taulah sekarang macam mana). Siapa yang kena tu habislah melepaklah muka macam tepung gomak ha3x. Aku pun pernah terkena juga, yala mana taknya letih balik sekolah nak pergi sekolah agama pula mengantuk tau ditambah ustaz mengajar aku rasa bosan. Aku jugak ada musuh masa sekolah agama, nama dia Natrah. Asalnya kami berkawan, entah macam mana ada perselisihan faham kami bergaduh lepas tu adik dia masuk campur. Akhirnya dia mengadu dekat mak dia depan-depan aku pula tu. Bengang saja aku! Selain daripada itu, kan masa darjah 6 aku terkena chiken pox jadi aku tak pergi sekolah agama sehingga aku sembuh. Kawan lain dah mula tanya kenapa lama tak datang. Ada seorang budak lelaki ni budak kelas aku jugak duduk Manjung dia yang mula-mula tegur masa aku lepas cuti sakit. Dia ni baik, kadang-kadang selalu tegur aku. Aku senang berkawan dengan dia, lepas tamat sekolah agama pun lost contact juga dengan dia. Entah-entah budak lelaki tu dah kawin apa sekarang tak pun dah pindah macam kawan rapat aku Syuhada, nama dia pun aku dah tak ingat apatah lagi muka dia ingat-ingat lupa. Sekolah agama pun ada ujian dan peperiksaan, macam biasalah keputusannya cukup-cukup makan. Kalau masa balik, biasanya ibu yang ambilkan. Kadang-kadang aku tunggu ibu dekat kawasan sekolah agama atau di taman permainan betul-betul sebelah sekolah agama, sambil tinggu ibu aku main jongkang-jongket ke buaian ke.
Kesimpulannya mesti dah banyak perubahan di Sekolah Agama Seri Manjung, walaupun tak banyak kenangan manis dekat situ. Kalau boleh aku nak cari kawan-kawan Manjung masa sekolah agama dulu.