Hobiku
MEMBACA
Sejak kecik lagi aku dah tanamkan sikap membaca boleh di katakan aku ni ulat bukulah juga. Aku memang pantang nampak buku. Lagipun membacakan satu amalan yang mulia. Aku suka baca Novel, Ujang, Mastika dan Remaja. Selain banyak info-info yang baru atau pengajaran dari sesebuah cerita ia juga dapat mereleasekan tension, menceriakan hidup aku dan yang paling penting boleh di ambil iktibar melalui cerita-cerita dalam sesebuah buku. Dalam bilik aku penuh dengan majalah-majalah dan novel-novel. Boleh di katakan hidup aku tak bermakna tanpa buku. Aku teringin mempunyai sebuah bilik khas untuk simpanan buku bacaan aku.
MELUKIS
Aku minat melukis sejak di sekolah rendah lagi. Animasi pertama yang aku lukis SAILORMOON. Jika di bandingkan lukisan aku dulu dan sekarang dah banyak berubah lebih cantik dari dulu. Kalau kat sekolah dulu ramai kawan-kawan minta aku lukiskan. Bab mewarna guna Colour Water aku lemah sikit tapi kalau guna pensel warna aku mmg hebat. Lukisan aku pun takla sehebat kartunis-kartunis ujang dan ramai kawan-kawan puji kecantikan lukisan aku. Kalau boleh di peringkat pelajaran nak ambik jurusan seni. Tapi apakan daya ibu bapa aku tak sokong sangat kata mereka ambik seni tak ada masa depan.
MENGUMPUL STICKER
Aku suka kumpul sticker. Pelbagai koleksi sticker yang aku ada dari saiz kecil sampaila saiz besar...
CHATTING
Bukan suka-suka aku chat, hanya nak memperluaskan pergaulan antara kawan-kawan lama dan baru. Selain berkawan jugak berbincang topik-topik panas dan menarik (bukan topik tak senonoh ye). Kata orang berkawan biar 1000 bercinta biar 1. Aku ada banyak laman sosial yang aku daftar antaranya Tagged, Yahoo Massenger, Facebook, Netlog, Hi5 dan banyak lagi. Dah ramaila kawan-kawan baru dan lama yang ada sekarang. Kawan-kawan dari antarabangsa pun aku ada, kalau boleh aku nak memperluaskan pergaulan di serata dunia.
MENCIPTA SAJAK
Aku berjinak-jinak mencipta sajak sejak tingkatan 3 terutamanya tentang Cinta banyak karya sajak cinta dah aku cipta. Sampai banyak buku sajak rekaan aku dan tak larat nak baca dah pun ada. Sekarang pun aku dah jarang nak cipta sajak, cipta pun kalau ada masa lapang saje. Sejak putus cinta, lagila jarang aku cipta sajak cinta.
MENULIS DAIRI
Aku suka menulis dairi, buku dairi aku pun dah banyak. Aku kumpul diari dari tahun 2001-2010 banyakkan?? Macam-macam peristiwa aku cerita, tiap-tiap hari aku mesti catat tak kisah peristiwa baik ke buruk ke catat saja. Macam mencatat amalan pulak hehehe tapi bagi akula, menulis diari ni sebenarnya bagus sebenarnya. Contah kalau kita stress sangat-sangat dan ada masalah kita tak tau nak mengadu kat siapa (selain allah) atau malu nak mengadu kat orang, diarila tempat yang terbaik untuk luahkan...suka duka semua tercatat di dalamnya. Walawpun hanya sekeping kertas, bile kite dah luahkan perkara yg berserabot dalam kepala akan jadi tenang. Hanya pengguna diari saja yang faham kebaikannya cume pandai-pandaila kita menjaga dengan baik jangan bagi orang lain baca waima kawan baik sdiri pun sebab ia adalah privasi kita. Kebetulan aku pantang orang baca diari aku dan ada pengalaman diari di ceroboh orang, memang sakit hati sangat-sangat. Sekarang aku dah jarang tulis diari di sebabkan kerja jadi tak ada masa nak tulis dan buku diari aku tak guna sekarang zaman dah canggih aku buat dalam blog atau diari online sendiri.
LAGU KEGEMARAN (GENRE MUZIK)
ROCK METAL - Aku memang suka layan lagu-lagu yang ganas dan bingit habis. Lagu band rock yang pertama aku layan LINKIN PARK. Siap beli kaset lagi masa zaman aku sekolah menengah, aku tak minat lagu-lagu jiwang karat marat ni. Bukan saja membosankan aku malah tak kena dengan jiwa aku. Antara band muzik yang aku minat 3 DAY GRACE, CRADLE OF FILTH, SLIPNOT, BREAKING BENJAMIN, CHRIS DAUGHTRY dan ramai lagi.
R 'N' B - Genre RnB pun aku minat juga layan macam CHRIS BROWN, RIHANNA, BEYONCE, TAIO CRUZ, MARIAH CAREY dan ramai lagi.
HIP HOP - Walaupun aku bukan berjiwa rapper, aku hanya minat muzik dia yang rancak. Boleh menceriakan aku bila layan. Antaranya WIZ KHALIFA, FLO RIDA, PITBULL, EMINEM, LMFAO, MACKLEMORE dan SEAN KINGSTON.
TECHNO - kalau aku layan muzik techno fuh! macam nak dance floor pula...hilang terus tension. Mana taknya, muziknya rancak dan best giler. Antaranya BASSHAUNTER, DJ-DJ TECHNO.
Jadi kesimpulannya muzik kegemaran aku semestinya lagu Inggeris...lagu melayu ada jugak layan tapi kurangla...
SCIENCE FICTION - Yang ada unsur-unsur thriller sikit seperti 2012 dan lain-lain
HORROR / THRILLER - Dulu aku tak berani tengok cerita seram sorang-sorang, mesti nak berteman kalau tak nanti terbawa-bawa dalam mimpi dan asyik terbayang-bayang saje. Tapi sekarang alhamdulillah la dah berani tengok sorang-sorang itu pun masih tutup muka dengan bantal lagi. Aku layan cerita seram dari Hollywood, Japan, Korea dan Thailand.. Bagi aku cerita seram diaorang memang seram gila boleh naik bulu tengkok aku hahaha. APARTMENT 1303, CHUCKY, SAW, FINAL DESTINATION.
FANTASY - MUSEUM AT NIGHT, PIRATE OF CARRIBEAN dan banyak lagi
ACTION - Cerita aksi pun aku minat jugak terutamanya bab gaduh-gaduh...terutama filem Hollywood dan China seperti IRON FIST, WOLVERINE, OLYMPUS HAS FALLEN, WHITE HOUSE DOWN, DIE HARD.
TELENOVELA - Telenovela pertama aku layan citer ROSALINDA...bukan hanya pelakonnya yang cantik dan kacak malah jalan ceritanya pun best. Antara telenovela yang aku dah tengok SECRETO DE AMOR, EMERALD NECLACE dan banyak lagi. Kesimpulannya pulak, ape yang penting jalan cerita mesti best dan dapat menarik perhatian aku...
MAKANAN DAN MINUMAN KEGEMARAN
Yang pastinya masakan ibu aku dan yang mestinya sedap-sedap. Yang pedas dan tak sedap aku tak makan, kalau pedas sikit-sikit tu layanla. Kalau pedas tahap nak bagi aku mati cepat memang tak layan. Aku ni bab makan memilih sikit tapi aku suka makan NASI GORENG PATTAYA, NASI GORENG TOMYAM, NASI GORENG DAGING MERAH, NASI AYAM, BAKSO, MI SUP, KUE TIAW GORENG/SUP dan NASI GORENG CINA. Minuman kegemaran aku MILO, NESLO, HOLICK, MOCHA COFFEE dan WHITE COFFEE. Masa kolej aku layan Teh O saja. Zaman universiti dulu pelajar memang terkenal order air tu sebab murah RM1 saja.
SIARAN RADIO KEGEMARAN
Dulu layan Era.fm, sekarang Era dah tak best akhirnya minat siaran HITZ.FM n HOT.FM. Hitz.fm aku dah lama layan sejak zaman sekolah menengah lagi. Sebab tu kawan-kawan aku terkejut semua lagu Inggeris aku tau dan hafal. Mana taknya asyik layan hitz saja.

Ulasan