IUCTT Twintech


Tamat saja belajar di IKM terus aku dapat tawaran buat diploma pula di Kolej Antarabangsa Universiti Teknologi Twintech, Sri Damansara KL khas untuk pelajar IKM (pinjaman MARA). Pada tarikh 1/11/2006, aku mula mendaftarkan diri untuk kemasukan pelajar baru. Ramai jugala pelajar yang mendaftar dan terserempak pulak dengan kawan masa di IKM, Lumut - Bai, Fad dan Suzie. Banyak barang-barang aku bawa maklumla duduk hostel di Apartment Aman Puri, aku dapat tingkat 7. 1 rumah 8 orang pelajar, 2 bilik untuk orang dan 1 bilik untuk 4 orang bilik tu king size. Mujur aku dah booking bilik untuk 2 orang. Aku tak suka duduk ramai-ramai, nanti macam-macam hal pulak dan yang paling penting tak dapat tumpukan pelajaran. masa aku sampai ke hostel aku telah dibawa oleh seorang warden lelaki, orang tak ada lagi masa aku masuk hostel tu. yang ada pun barang-barang diaorang saja. Kebetulan pulak mula kelas tahun depan bulan 1 tahun 2007. Sehari sebelum 1/1, aku sampai saja terus kemas barang-barang aku. Kemudian sesi perkenalan pulak dengan budak-budak-budak sehostel yang seramai 8 orang termasuk aku - Kak Dila, Kak Ema, Shila, Kak Is, Suzie, Kak Sue dan Za. Aku sebilik dengan Kak Is. Esoknya pulak kitaorang ada orientasi selama 2 hari dan ada sesi pembahagian kelas setiap pelajar dan kelas ada dua iaitu kelas A dan B. Sebab ini adalah kelas prapercubaan campur kursus (Bridging Class).

Bridging



Hostel - aku dah mula kenal perangai budak-budak rumah aku. Yang aku tak boleh lupakan masa krisis masalah budak-budak rumah aku dengan suzie. Kak Sue bertengkar dengan suzie (tak ingat pasal apa entah diorang bergaduh) Kak Dila turut masuk campur. Masa tu aku, aku dalam bilik tengah belajar sambil dengar radio tiba-tiba dengar kecoh kat luar bilik aku. Aku tengok suzie keluar rumah sambil menghempas pintu, macam nak roboh di buatnya. Lepas tu diaorang terus berkerumun kat aku tanya pasal perangai suzie. Aku pun mana tau sangat perangai dia lagipun aku tak rapat dengan suzie walaupun 1 IKM dulu. Lagipun kalau tengok secara luaran suzie, dia tu kira sosial jugala. Maklumla budak KL faham-fahamla kehidupannya macam mana. Sebab tu aku tak banyak tegur dia, diaorang pun boleh fikirla sebelum berkawan dengan suzie tu. Sebab tu aku malas bercampur sangat dengan budak-budak perempuan macam inila jadinya. Aku dengar cerita punca masalah pertengkaran dengan suzie, Kak Dila dan Kak Sue kata suzie buat cerita tak baik kira memburuk-burukkan kawan serumah kat budak-budak kelas dia. Jadi Kak Dila, Kak Sue dan Kak Is terkena jugala apalagi anginla diaorang. Aku ni kira baikla jugak ceh! pendiam tak banyak bergaul sangat dengan diaorang sebab diaorang pun tak sekepala dengan aku jadi banyak buat hal sendiri sahaja dan kadang-kadang belajar sorang-sorang. Pernah juga belajar dengan diaorang tapi belajar dengan diaorang mulut lebih banyak bunyi jadi aku rasa terganggula juga. Satu hari tu aku pernah 'join' belajar sekali dengan Kak Ema, Za dan Shila, kitaorang belajar di tepi kolam yang kebetulan kat apartment kitaorang ada swimming pool. Entah macam mana datangla 2 orang mamat melayu kacau kitaorang tengah belajar. Aku bengang jugak dengan mamat yang kacau kitaorang, apalagi aku pun sound directla. Akhirnya, Kak Ema ajak kitaorang balik sebab aku tengok diaorang macam takut dengan mamat tu. Sampai saja rumah, diaorang mula kecoh pasal mamat tu. Kak Ema kate mamat tu mamat tu macam mabuk minum arak, diaorang pulak macam nak salahkan aku sebab tegur mamat tadi. Tujuan aku nak bagi diaorang blah dan jangan ganggu kitaorang tapi diaorang tak suka silap aku jugak. Sejak dari tula aku serik nak belajar dengan diaorang lebih baik belajar sendiri. Kalau ada kelapangan pernah juga aku mandi swimming pool dengan diaorang tu pun sekali saja entahla aku bukannya rapat sanagt dengan diaorang dan aku rasa boring gila bila dengan diaorang. Diaorang tu pun bukan selalu nak tegur aku apatah lagi nak ajak menyembang. Aku hanya mandi swimming pool dengan Nanie, Iena dan budak-budak rumah dia yang sporting gila saja. 



Kolej/Kelas - Aku dapat kelas A, antara budak-budak serumah yang 1 kelas dengan aku Kak Ema, Shila dan Za. Masa tu belajar yang senang dulu. Selama 6 bulan aku belajar kelas bridging. masa awal bulan aku hanya berkawan dengan Kak Ema, Shila dan Za sebab aku tak banyak dapat kawan baru dalam kelas lagi. Pergi kolej dengan diaorang, balik kolej dengan diaorang, masa rehat pun dengan diaorang jugak tapi tula diaorang ini pula jenis bergaya ala datin dan aku sorang saja yang sempoi gila pergi kolej. Kalau jalan dengan diaorang bila dah bergaya macam tu rasa kekok pun ada. Yang menggelarkan diaorang datin tu budak-budak lelaki kelas kitaorang. Pensyarah paling sporting masa tu Miss Aiza mengajar kitaorang Information Technology (IT). Masa pertengahan bulan aku dah ada kawan sikit, budak-budak lelaki dalam kelas pun aku berkawan jugak. Paling rapat dengan aku masa tu, Luis budak Sabah. Ramai salah sangka aku dengan Luis kapel padahal kitaorang hanya kawan. Bukan nak menggatalla tapi serius cakap kawan dengan budak lelaki best diaorang tak macam kawan perempuan yang suka mengumpat, mengata, bergaya sakan, bila aku lasak-lasak sikit tengok aku pun pelik semacam dan aku selesa berkawan dengan diaorang dengan cara diaorang yang sempoi gila dan sekepala. Aku jugak berkenalan dengan budak-budak Nursing sebab diaorang pun baru masuk kelas aku. Kawan budak Nursing yang rapat dengan aku, Nanie dan Iena. Diaorang datang kebanyakkan dari Kedah. Makin hari aku makin rapat dengan Nanie dan Iena (kebetulan diaorang pun sekepala dengan aku jugak, tu yang best). Kalau masa lapang, aku selalu lepak dan belajar kat rumah diaorang kat tingkat 12. Budak-budak rumah diaorang pun aku berkenalan jugak. Pergi kolej, balik kolej dan rehat pun dengan diaorang dah tak payah aku nak rasa terasing keluar dengan minah2 datin tu. Ayah pulak belikan aku sebuah laptop jenis Dell bestnya! bukan apa senang sikit nak buat assignment tapi aku jarang bawa laptop ke kelas. Aku semakin 'terkenal' di kalangan kawan-kawan dalam kelas aku. Bila tiba presentation kumpulan aku, mulala budak-budak lelaki usik aku bagai hu3x. Masa peperiksaan akhir aku dapat keputusan lulus semua matapelajaran, sukanya! he3x

Ini budak-budak kelas aku lepak kat Podium (Dari kiri Shahir, Daus, Pie, Zizi dan Salim)

Ini pulak suasana kelas kitaorang masa bridging. Tekun habis belajar sambil selfie lagi.

Tahun 1 Semester 1



Hostel - Semester ni kecoh kat apartment aku ada orang pecah masuk rumah nak merompak dan rogol perempuan. Rumah aku tak terkecuali kena, masa tu aku baru balik dari kelas entah macam mana kecoh pasal ada orang masuk rumah kitaorang. Kak Ema dan Shila jadi saksi sebab diaorang nampak ada lelaki yang tak dikenali masuk rumah kitaorang. Mujur aku tak ada masa kejadian. Kalau tak, tak taula apa akan jadi. Kak Ema dan Shila ada buat laporan polis. Lepas 1, 1 masalah pulak timbul Shila hilang kad bank dalam rumah pula tu. Duit dia pun lesap juga, aku pun tak tau cerita sebenarnya dan siapa yang panjang tangan dalam rumah kitaorang. Masalah ni pun diaorang buat laporan polis juga. Aku pun bukan ambil tahu sangat pasal hal-hal diaorang ni. Dan aku juga makin tension dengan Kak Dila, aku tak suka dia sebab kalau dia cakap menyakitkan hati aku saja! Aku pernah kena marah dengan dia sebab aku bukak lagu kuat dari laptop, dia suruh perlahankan tak sempat nak perlahankan dia dah terpekik macam orang gila. Tension punya pasal aku lepak rumah Kak Yana. Budak-budak rumah aku tu dah mula buat hal yang aku sendiri naik meluat ada yang bawa boyfriend masuk rumahla, ada yang tak balik-balik ke hostel ikut boyfriend pergi mana entah sampai keluarga pun dah syak sesuatu dan cari sanggup datang cari anak sampai ke hostel, ada masalah dengan boyfriendla, ada yang tengah mabuk cinta sampai telefon boyfriend lewat malam aku nak tidur pun rasa terganggu, itula inila macam-macam hal. Kalau dah rasa tension duduk rumah sendiri, aku selalu lepak rumah Nanie atau rumah Kak Yana. Pukul 1 atau 2 pagi baru balik rumah aku. Semester ni aku berpuasa tanpa keluarga tapi aku dah biasa dari IKM lagi. Aku berbuka dan sahur dengan budak-budak rumah aku. Sebelum berbuka aku join dengan budak-budak rumah aku beli lauk pauk untuk berbuka dan ada jugak tolong diaorang masak dan buat kuih.



Kolej/Kelas - Aku dah mula masuk semester 1, masa inila masing-masing masuk kelas ikut jurusan yang di ambil. Aku risau jugak takut tak ada kawan, yela aku ingat tak ada perempuan sama jurusan dengan aku. Rupa-rupanya ada seorang saja budak kelas aku jugak masa  bridging, Kak Yana (tua setahun dari aku). Jadi bermula dari itula aku berkawan dengan dia di sebabkan dia satu-satunya budak perempuan dalam kelas aku, kitaorang jadi kawan. Kelas mekanikal ada 3 kelas iaitu kelas A, B dan C, masa mula-mula ramai yang masuk kelas A. Di sebabkan masalah kelas A terlalu padat dengan budak mekanikal dari IKM yang bercampur dengan budak mekanikal dari lepasan SPM jadi pensyarah suruh setengah masuk kelas B lagipun kelas B kosong. Kitaorang yang dari IKM pakat bincang sama-sama dan lepas tu kitaorang ambil kata sepakat yang semua budak-budak dari IKM masuk kelas B. Nak masuk kelas C kebanyakkannya budak mekanikal dari sabah dan sarawak. Dah macam berpuak-puak pulak masuk kelas ha3x. jadi sejak itula aku kenal budak-budak lelaki kelas aku, yang 1 kelas bridging dengan aku tak kisah lagi, yang lain kelas masa bridging mulala tak kenal. Semester ni aku banyak tension dengan budak-budak lelaki terutamanya Hatta dan Najmi. Diaorang suka kacau aku, tak kirala masa belajar ke tak ke, geram pulak dengan perangai diaorang nak melawan tak berani sebab mulut diaorang tu boleh tahan lancangnya. Bila asyik kena kacau muka dah bengang dalam hati menyumpah berbakul-bakul. Dalam masa yang sama, aku syok kat Razi, Abang Shafiq dan Fad. Kawan sekelas aku ni mamat paling hensem gilala pada aku. Tapi aku tau diaorang dah berpunya pun. Sekarang ni pun dah jadi bapak budak dah, ada yang dah selamat suami orang. Semoga berbahagiala diaorang. Berbalik kepada topik asal, aku dan Kak Yana mula berkawan rapat dengan Abang Shafiq dan Abang Shahir. Kitaorang mula berkawan rapat sejak diaorang masuk kumpulan aku dan Kak Yana kalau ada buat assignment atau presentation oleh kumpulan. Nanie pula kadang-kadang aku terserempak juga dia kat podium atau kioks, walaupun berlainan kelas dan jurusan kitaorang masih berkawan baik lagi. Yang Iena pula dah berhenti kolej sebab dia ada gagal masa bridging. Semester ni kitaorang ada buat projek Business Day (Hari Perniagaan) untuk matapelajaran business, Sir Amir. Semua budak-budak kejuruteraan wajib buat perniagaan tak kira perniagaan jenis apa. Kumpulan aku 4 orang dan kitaorang nak meniaga cenderahati (souvenir). Macam-macam dugaan kitaorang tempuh sepanjang nak menyelesaikan presentation untuk projek business day dan menguruskan perniagaan tu. Presentation kitaorang ada banyak yang silap, jadi kena perbetulkan balik. Sanggup kitaorang jumpa tengah-tengah malam, berbincang sama-sama kat McD pula tu yang kebetulan tak jauh dari hostel kitaorang. Masa mula perniagaan pula jualan kitaorang pula kurang laris. Jadi nak bagi habis jualan punya pasal aku dan Kak Yana pergi pejabat-pejabat pensyarah dan kerani jual barang kitaorang yang tak laku tu, sampai auntie cleaner pun kitaorang sapu juga ha3x. Akhirnya habis jugak jualan walaupun ada 2 topi yang tak dapat di jual. modal balik pun tak banyak yang kitaorang dapat. Tapi apa-apa pun alhamdulillah bukan senang nak berniaga, yang yang betul-betul mahir saja yang tau nak pulak yang ambil jurusan perniagaan lagila. Seronok pun terasa jugala dapat lepak-lepak dan jalan-jalan gerai kawan-kawan yang lain. Dan semester ni jugak matapelajarannya pula ada yang senang ada yang susah. Kadang-kadang aku lepas jugak rumah Kak Yana bila peperiksaan belajar sama-sama tapi bila keputusan peperiksaan aku terkejut gila sebab pointer aku bolehla tinggi di banding masa di IKM dulu.


Masa sehari sebelum project Business Day (Gambar atas dari kiri Along dan Pie, Gambar bawah dari kiri Rizal dan Zizi)

Ini gerai kumpulan Rizal. Kumpulan diaorang buat perniagaan karaoke. Yang kawan aku, dua orang ni cuba test suara he3x (Dari kiri Amy dan Uzir)
  
Tahun 1 Semester 2



Hostel - Kak Ema, Shila dan Za dah pindah rumah sebaik saja buka semester baru. Rumah berselerak bagai nak rak. Di sebabkan aku sorang saja baru sampai, aku pun kemaslah rumah macam nak patah pinggang aku. Mana taknya rumah tunggang langgang dah macam sarang penagih. Selang beberapa bulan, Kak Is dan Kak Dila pula pindah rumah tinggallah aku seorang terkontang-kanting. Sebelum diaorang pindah Kak Is dan Kak Dila pernah ajak aku duduk serumah sewa dengan diaorang tapi aku tak naklah. Apa-apa pun aku tak kisah duduk seorang lagi suka sebab duduk dengan diaorang buat sakit hati saja kadang-kadang, nak lagi dengan Kak Dila. Tapi aku telah mendapat arahan dari warden yang aku pun kena pindah juga sebab dengar cerita Apartment Aman Puri kolej dah tak nak guna dan nak pindahkan semua semua pelajar kat Apartment Aman Dua (bersebelahan dengan Apartment Aman Puri). Nak tak nak terpaksalah jugak aku dan Kak Yana keluar dan cari rumah yang pelajarnya sedikit dalam rumah. Nanie pula dah pindah juga sebab jurusan Kejururawatan kena pindah 1 tempat saja. Mujur tak jauh sangat dari tempat aku, kalau jalan kaki ke rumah Nanie pun dalam 15 minit saja. 



Kolej/Kelas - Hatta dah berbaik sikit dengan aku. Si Najmi pula gagal dalam peperiksaan dan terus berhenti kolej, lega tak adala sakit hati aku lagi. Harap muka saja comel tapi perangai hodoh gila!! (Aku pun syok kat dia juga sebenarnya tapi bila dah perangai macam jin afrit batal terus!). Aku, Kak Yana, Abang Shafiq dan Abang Shahir semakin rapat. kalau nak ke mana-mana kat kolej kitaorang berempat inila. umur kitaorang pun seorang setahun lebih muda, Abang Shafir lebih tua dari kitaorang. Di sebabkan aku paling muda di antara 4 orang dan rasa hormat pada yang tua aku bahasakan 'Abang'. Aku juga agak rapat dengan Abang Shafiq, kitaorang macam adik dengan abang tapi dalam diam aku sukakan dia he3x. Kak Yana pula agak rapat dengan Abang Shahir (eloklah tu berpasang-pasangan). Abang Shafiq tu kalau ada masalah selalu mengadu kat aku terutamanya masalah dengan awek dia. Dan apa yang paling penting semester ni juga, kitaorang ada projek untuk matapelajaran 'Project Management' (projek pengurusan). Kali ini semua budak kejuruteraan kena buat projek pengurusan (hanya model kejuruteraan saja) dan presentation. Pensyarah yang menguruskan projek ni, Mr Olugu dan Sir Amir. Dan siapa yang terpilih akan turut serta dalam pameran projek yang kitaorang buat. Apa lagi kumpulan aku bertungkus lumus fikir dan selesaikan projek apa yang nak di buat. Macam biasa kitaorang jumpa tengah-tengah malam jumpa dan berbincang bersama-sama. Akhirnya, kitaorang minta bantuan dari ayah aku yang kebetulan ayah aku tau bab-bab kejuruteraan ni. Lepas saja presentation group aku terpilih untuk final iaitu pameran project management, seronoknya Allah sahaja yang tau. Pameran tu berlangsung 2 hari saja dan masa pameran tu kitaorang agak kelam kabut sikit sebab abang shafiq dan abang shahir lambat datang bawa barang projek kitaorang. Masa juri datang nak tau macam mana processing project kitaorang, abang shafiq banyak terangkan. Oh ya tajuk projek kitaorang ni 'Automated Spraying System'. Tapi kumpulan kitaorang tak menang, bagi yang tak menang kitaorang dapat sijil dan hadiah saguhati saja. alhamdulillah la dari tak dapat masuk final, memang berpuas hati la. Masa final exam pula, keputusan aku sama macam semester 1 juga. Alhamdulillahla berkat belajar dengan kawan-kawan, kalau tak hancurla kena ulang balik pula.


Kalau nak tau ni la Abg Shafiq...Hensem tak???





Ni la projek berkumplan aku 'Automated Spraying System' masa pameran project management. Apa macam gempak tak?

Tahun 2 Semester 1 Dan 2



Hostel - Masa buka semester baru aku dah mula duduk hostel baru kat Apartment Aman Dua. Dahla masa nak cari rumah yang ada sikit orang sikit punya susah, budak-budak rumah lain nak pedajal budak dari Aman Puri yang kena pindah Aman Dua. Contohnya : - orang dalam rumahnya ada tapi bila kitaorang ketuk pintu rumah, diaorang buat-buat rumah macam tak ada orang macam tak nak bagi orang masuk pun ada. Tapi ada yang betul-betul tak ada orang sebab diaorang masih bercuti balik kampung. Aku bernasib baikla budak-budak rumah baru tu cuti balik kampung, aku dapat tingkat 3. Jadi semester ni aku duduk serumah dengan Kak Yana. Aku yang ajak dia duduk serumah dengan aku bukan apa nanti senangla nak belajar sama-sama dan buat kerja. Dan aku dah mula kenal dengan budak-budak rumah tu,  aku duduk bilik king size (4 orang 1 bilik) aku dapat katil bawah. Aku sebilik dengan Kak Yana, Kak Yan dan Dika. Selain kitaorang budak-budak rumah lain Azie (masa aku masuk dia tak ada sebab tengah cuti tangguh semester) dan 2 orang budak rumah 2 adik-beradik (diaorang suka buat hal sendiri, jarang bercampur dengan kitaorang tapi aku tak kisah). Kak Yan duduk Aman Dua pun tak lama sebab dia pindah rumah ikut kawan 1 jurusan dengan dia. Bulan 7 aku ada krisis dengan Kak Yana dan kitaorang dah tak rapat. Sejak krisis dengan Kak Yana, aku rajin lepak dengan kawan-kawan lelaki, belajar sama-sama. Dan kadang-kadang kat hostel aku selal lepak rumah Pie, budak-budak rumah dia pn jenis tak kisah aku datang rumah diaorang lagipun budak-budak rumah Pie semua kawan-kawan aku masa bridging, jadi tak adalah kekok sangat dengan diaorang. Aku datang rumah Pie pun sebab nak belajar dan prepair untuk test dan peperiksaan. Sampai lewat-lewat malam kitaorang pulun belajar sama-sama. Tapi sepanjang aku datang rumah Pie alhamdulillah diaorang tak pernah ambik kesempatan kat aku. Setakat usik-usik tu perkara biasa saja. Nanie pula dah pindah Aman Dua juga, jadi bertambah senangla aku nak lepak rumah dia selalu. Dia duduk blok 3 sama dengan Pie.



Kolej/Kelas - Semester ni kitaorang budak-budak kejuruteraan batch aku kena bergabung dengan kelas lain. Semester ni jugalah banyak memberi cabaran dan tekanan yang maha hebat pada aku. Rasa macam nak tercabut kepala aku dibuatnya, bukan aku sorang saja yang merasainya geng-geng aku pn turut terkena tempiasnya. Bayangkanla 8 matapelajaran dalam masa 6 bulan belajar, tak ke boleh buat aku jadi gila?! Kalau matapelajaran senang tak apala juga, ni susah pula tu. Tu baru tekanan dalam pelajaran belum lagi tekanan dengan budak-budak rumah dan bekas teman lelaki aku lagi. Abang Shafiq pula tak ada semester ni, sedihnya aku dan dengar cerita dari budak-budak kelas aku yang lain dia tak ada duit nak sambung belajar dan tengah kerja dengan ayah dia. Sunyila hari-harik tanpa abang kesayangan huhuhu. Tapi kadang-kadang dia ada telefon aku juga hanya bertanyakan khabar. Dan aku semakin rapat dengan Azizi, Hatta, Pie dan semua kawan-kawan lelaki aku termasuk budak-budak lelaki elektrik. Dan juga disebabkan semester ni gabung maka budak-budak kelas aku bergabung dengan budak-budak diploma mekanikal lepasan SPM. Kalau pergi kioks aku selalu lepak dengan diaorang, aku sorang sahaja perempuan lepak situ dan aku tak kisah diaorang pun sporting, sekepala dengan aku, sempoi dan slumber buat aku selesa lepak dengan budak-budak lelaki. Aku tak pernah kisah apa orang nak cakap dan sedar ada mata-mata yang tak senang dengan aku terutamanya kawan-kawan perempuan yang kenal aku. Matapelajaran pula banyak yang susah terutamanya Fluid, banyak bab fizik, pula tu dapat pensyarah yang garang macam singa mukanya tak pernah senyum. Pensyarah ni suka marah kat budak-budak kelas aku sebab kitaorang ni bukan pandai sangat bab fizik dan lagipun kitaorang lepasan IKM bkn SPM. Sudahlah matapelajaran dia susah, sampai nak bertanya pun kena marah jadi kitaorang terpaksalah belajar dari budak-budak diploma mekanikal lepasan SPM. Dan yang paling kitaorang tak boleh tahan, kalau lambat datang kelas dia akan kunci pintu kelas tak bagi kitaorang masuk. Dia nak kitaorang datang kelas lebih awal dari dia. Aku dan kawan-kawan kadang selalu ponteng kelas dia, tak tahan dengan kerenah pensyarah tu. Aku pun tak taula macam mana dia boleh terlepas jadi pensyarah kat kolej boleh jadi gila pelajar. Kitaorang ada juga buat aduan kat dean tapi dean pun tak boleh nak buat apa sebab pensyarah tu mengajar memang cara dia macam tu. Kelas Pnuematic pula pak arab jadi pensyarah kitaorang. Kelas En. Fuad kitaorang belajar guna Cartia. Kalau IKM aku dah biasa guna Autocad tapi ni lebih advance lagi dan aku pun tak berapa hustler sangat guna Cartia jadi minta pertolongan kawan-kawan aku saja. Dan kitaorang juga tak sempat buat projek guna CNC tapi lab CNC dah tengok dah. Masa nak akhir semester, En. Fuad ada buat lawatan untuk budak-budak kelas aku iaitu lawatan ke Kilang Proton. Memang best gilala dan ada juga sesetengah budak-budak kelas A pergi. Kebetulan bekas pensyarah kitaorang masa semester 2 yang kerja di kilang tu. Dan kebetulan juga, masa pergi lawatan tu terserempak budak-budak dari IKM aku. Budak-budak junior aku tapi pensyarah macam baru sorang pun aku tak kenal kecuali sorang cikgu yang mengajar kelas I-DEAS. Peperiksaan akhir, aku tension ada banya yang aku tak dapat jawap. Aku target Fluid aku gagal sebab soalan susah dan kantoi toyol masa kertas Fluid. Kitaorang budak-budak kejuruteraan juga kena buat projek untuk semester terakhir dan dalam berkumpulan. Aku kumpulan dengan Azizi dan Abang Shahir. Projek ni kitaorang terpaksa korbankan duit pinjaman walaupun tak banyak kos tapi untuk lulus dalam projek ni kenala buat yang terbaik. Disebabkan nak pergi rumah Azizi pun jauh kat Putrajaya, kitaorang hanya jumpa dan aku kena bagi duit saja kat dia. Berbincang pun kat kolej saja. Masa kitaorang buat pembentangan, Azizi sorang saja lepas. Aku dan Abang Shahir tak lulus kena buat balik (redue). Projek sama tapi kitaorang kena ubah lain sikit. Jadi kitaorang terpaksa stayback buat kerja sampai habis, budak-budak lain dah mula kemas barang dan nak balik. Aku pulak sibuk buat projek nak luluskan balik. Akhirnya, kitaorang lulus juga walaupn cukup-cukup makan. Aku tak kisah yang penting aku tak nak gagal dan kena ulang cukupla Fluid aku kena ulang tu pun ramai gagal lagi. Memang risau gila aku pasal Fluid ni, akhirnya aku dapat tau pensyarah tu bagi lulus saja siapa yang gagal. Habis semua baru aku boleh kemas barang aku dan balik Perak. Ada jugak barang-barang aku bagi kat Nanie dan ada tinggalkan sementara, ambil di lain hari. Dah 2 kali aku datang, ambil barang aku kat hostel. 


Kitaorang ambil gambar masa nak tunggu pensyarah. Kitaorang duduk luar sebab kelas kitaorang ada orang pakai. Sambil-sambil tunggu lepakla sekejap.


Ni pula masa kitaorang baru habis buat peperiksaan mesyuarat untuk matapelajaran English. Yang pakai tudung merah tu, pensyarah kitaorang. Sporting tau pensyarah ni.

 
ni pula masa pergi lawatan ke Kilang Proton atau Proton Technology. Memang bestla masa ni. Aku pergi tumpang kereta Hatta (baju oren). Yang baju putih tu pensyarah kitaorang, En. Fuad.
(Dr kiri Yana, aku, Hatta, Salim, Abg Shahir, En Fuad, Zizi, Along n Rizal)

Yg ni gambar budak-budak kelas aku dengan budak-budak kelas A dan pensyarah kitaorang dan Dekan Fakulti (tudung pink). 

Masa ni lepas test temuduga matapelajaran English.
(Dr kiri Abg Shahir, Hatta, Razi n Salim)



Ni la Projek Semester Akhir berkumpulan aku, Robot Arm. Kumpulan aku dengan Azizi dan Abg Shahir.

Konvokesyen 

Agak setahun aku menganggur, bulan Januari 2010 barula konvo. Aku dah rindu sangat dengan kawan-kawan aku dan tak sabar rasanya nak jumpa diaorang. Mesti ramai yang dah kerja, tak macam aku. Aku dapat surat jemputan konvo kat Putrajaya International Convention Centre (PICC), Kuala Lumpur. Sebelum konvo 3, 4 kali aku datang Putrajaya dengan ayah aku sebab nak bagi mahir datang sana. Maklumlah datang dari Perak, kalau tak tau jalan alamat lambat sampai dan sesatla. Selain tu, ayah aku tempah hotel yang dekat jalan nak ke Putrajaya akhirnya kitaorang dapat hotel kat Kajang. Dari kajang ke Putrajaya adala dalam setengah jam sampai. Masa hari konvokesyen ayah dan Iwan saja yang pergi. Pukul 6 pagi lebih dah bertolak pergi Putrajaya. Kat sana tempat cantik-cantik macam tempat orang berada. Sampai sana aku ambil kedatangan dan tangkap gambar, dalam pukul 10 pagi raptai dulu. Aku rasa seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan aku lagi, mula-mula sekali aku dah jumpa Rizal dan Fad. Pukul 2 petang, konvokesyen sebenar. Aku rasa berdebar-debar plak tapi tak apa bukan aku tak biasa naik atas pentas. Lepas ucapan yang berhormat, ada pula persembahan dari jurusan seni muzik. Kemudian pengambilan Ijazah dan Diploma untuk semua graduan. Agak dalam pukul 6 petang lebih baru aku balik, tu pun balik curi-curi sebab konvokesyen tak habis lagi. Ada tinggal beberapa jurusan saja belum naik atas pentas tapi kitaorang dah mula boring. Akhirnya curi-curi balik saja. Yea mana taknya dah nak malam, ayah aku pun nak balik cepat. Sebelum balik perak aku tido rumah bapak saudara di Kuala Selangor.

Akhirnya kitaorang berjaya habis belajar dan konvo kat PICC, Putrajaya. Seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan aku balik, ramai dah berkerjaya tinggal aku terkontang-kantingnyer (Dari Kiri Daus, Zizi, Salim, Kamarul, Fad)

Kawan-kawan aku yang bajet macho hahahaha 
(Dari kiri Pie, Daus, Zizi, Fad, Salim, Madi n Uzir)



Kesimpulannya, banyak kenangan manis dan pahit aku bersama kawan-kawan. Buat semua kawan-kawan aku, "Wei aku rindu kat kauorang masa kolej harap tak ada yang lupakan aku. ok. Aku sentiasa doakan kejayaan kauorang. Dan tak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah yang penah mengajar aku, terima kasih miss dan sir saya sudah berjaya dan segala nasihatmu akan saya ingati sentiasa. .

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)