SRK Pangkalan TLDM
Aku bersekolah rendah dari tahun 1993-1998. Kelas aku pulak 1H, 2H, 3H, 4H, 5J dan 6J (H mewakili warna Hijau, manakala J mewakili warna Jingga tak taula sekarang masih namakan kelas dengan warna atau dah berubah). Masa sekolah rendah aku takla pandai sangat, tak terkenal dan tak aktif pun dalam kesukanan. Masa aku darjah 1, dah mula kawan-kawan ejek aku sebab pengotor, biasala zaman budak-budak kecik apa tau. Nak pulak aku jenis pendiam dalam kelas. Kawan pun tak ramai sangat macam sekarang. Bangunan kelas aku masa darjah satu betul-betul kawasan nak ke kantin dan laluan balik sekolah ikut pintu belakang. Masa darjah 2, gangguan emosi dah mula wujud dalam diri aku sebab rasa dibuli oleh kawan baik sendiri iaitu Amalina (itu cerita dari blog aku yang baru iaitu Friendship Story). Masa itu darjah 2 dah mula belajar sifir 1-12, sifir memang aku tak lepas-lepas. Asyik menghafal saja. Bangunannya pula, ke depan betul-betul nak ke perhimpuan sekolah dan berdepan dengan kelas muzik. Masa darjah 3, aku pula dah pandai ejek kawan lain itu pun ejek dalam hatilah he3x. Ada seorang kawan kelas Amalina budak perempuan namanya Wahida. Hidungnya sebijik macam hidung b***, so aku ejek dia si hidung b*** jahat kan? hu3x. Mula awal persekolahan darjah 3 kalau tak aku masuk kelas 3B (3 Biru), entah macam beberapa orang murid termasuk aku kena pindah masuk kelas 3H pulak. Aku pun dah lupa apa sebab kena tukar kelas, kelas tu dah ramai sangat ke hape entah. Ingat lagi masa tu, aku pakai kotak pensel yang boleh tekan butang keluar tempat pengasah, tekan butang keluar pemadam siap ada kanta pembesar lagi hehehe. Kira kotak pensel masa tu canggihla. Aku seorang saje ada kotak pensel macam tu dalam kelas. Kawan yang lain kagum tengok kotak pensel aku. kadang-kadang tu pembaris aku bukan 'calang-calang' ada biji-biji boleh tonggang terbalik bagai, pembaris lipat la (siapa lahir tahun 80 an tu tahula) :P Lepas tu beberapa bulan kemudian, ada seorang budak lelaki baru masuk nama dia Farhan duduk sebelah meja aku. Pendiam jugak budaknya, kadang-kadang ajak berbual jugak. Kawan aku, Laili namanya suka ejek aku suka farhan. Dalam hati memang ada suka kat dia. Tapi budak farhan tu tak lama belajar di sekolah rendah TLDM hanya beberapa bulan saja atas sebab berpindah ke tempat lain. Aku dapat tau pun sebab aku perasaan yang dia dah banyak hari tak datang kelas dan Laili yang bagitahu. Sekarang budak farhan tu muncul balik bila aku naik tingkatan 4 (yang ini pun aku ada ceritakan di page SMK Pangkalan TLDM). Bangunan masa aku darjah 3 pula, tingkat 2 betul-betul bersebelahan sekolah menengah TLDM. Masa darjah 4, aku takut dengan Cikgu Sabrina (mengajar matematik, subjek yang aku paling lemah dan tak suka). Garang pula tu macam harimau. Aku pernah kena marah dan pembaris besar dan panjang warna kuning Cikgu Sabrina punya habis patah dek hempok meja aku. Bila dah besar ni ada jugak terserempak dia. Bila terserempak aku buat-buat tak kenal tu pun dah 2 kali. Aku paling tak suka cikgu yang garang macam harimau. Kalau tak silap aku Cikgu Sabrina guru kelas aku masa darjah 1-4, aku pun tak berapa ingat. Bangunan masa aku darjah 4 pula, di tengah-tengah dan berdepan dengan perhimpunan sekolah. Manakala, semasa darjah 5 aku masuk kelas 5J masa tu kelas tula yang paling tercorot. Masa tu, kawan-kawan kelas aku semua dari kelas tahun 4H yang lepas cuma cikgu kelas saja dah lain ganti Cikgu Sabrina iaitu Cikgu Hidayanti. Barula dapat cikgu yang ok sikit walaupun garang masih ada. Kalau cikgu tak ada dalam kelas merayapla ke tandasla, kira masa tu dah pandai 'bela ular' :P sambil ke tandas mata merayap tengok budak-budak dari kelas lain, kadang-kadang ushar Amalina dalam kelas (skodengla apa lagi). Masa hujung tahun cuti sekolah pun dah hampir tiba, biasala selalunya cikgu-cikgu memang jarang nampak muka dalam kelas zaman kanak-kanak dan persekolahan kalau tak buat bising dalam kelas tak sah, dah jadi 1 aktiviti pula main dalam kelas jangan cakapla. Aku masa tu merayap ke kelas kawan lain. Selalunya aku merayap kelas Amalina. Ada seorang budak lelaki kelas dia nama Rizduan, orangnya macam sotong. Aku ejek dia pondan. Aku dan Amalina selalu buli dia masa sekolah agama. Darjah 5 juga aku dah pandai membuli kawan, tak taula dah terpengaruh siapa? Amalina ke siapa entah. Tapi mamat ni pun ada ejek aku juga, dia kata aku pendekla. Sama-sama buli, anak pegawai navy dia tu. Datang kelas Amalina saja mulalah mulut dia ejek belakang-belakang aku. Akhirnya, aku sendiri syok kat dia, pun secara diam-diam. Buli membuli masih lagi berjalan dengan lancar sekali cewaaahh! :D Ingat lagi aku, Amalina dan adik aku no 2 selalu buli seorang kakak india masa tu dia darjah 6 ke tingkatan 1 lebih kurangla. Buli dalam bas pula tu kebetulan kakak tu 1 taman betul-betul 1 lorong dengan kami. Kami buli dia pasal badan dia besar, lepas tu dia pula seorang saja india dalam bas sekolah kadang-kadang ada ejek dia. Ada 1 hari tu dia tak tahan dengan kami dan kebetulan adik aku no. 2 ni pedajal dia apalagi dia pergi rumah aku mengadu kat ibu. Sekali nah! memang kena marah kawla adik aku no 2, ibu suruh minta maaf dekat dia. Cuti sekolah akhir tahun, Amalina berpindah ke Perlis ikut mak bapa angkat serta adik angkat dia. Lepas Amalina berpindah baru tak ada kes buli antara kami dengan kakak india tu. Aku berbaik-baik dengan kakak india tu. Bangunan untuk kelas aku darjah 5, betul-betul laluan nak balik sekolah ikut pintu belakang ke 2. Kalau balik lalu situ memang bertembung dengan kakak-kakak dan abang-abang sekolah menengah. Akhir sekali semasa aku darjah 6, aku rapat dengan fatimah kebetulan kami 1 kelas. Dari darjah 5 lagi dah berkawan. Fatimah ni anak ustazah, muka dia pun macam minah arab. Dia tinggal di Taman Emas, Sitiawan (sekarang dengar cerita dari ibu dah pindah kat Air Tawar) dan kebetulan mak dia berkawan dengan ibu aku. Dia baik dengan aku cuma ada sesetengah kawan tak suka berkawan dengan dia. Aku pun tak faham kenapa, mereka kata rambut Fatimah ada kutu, kesian dia kena ejek walhal dia pakai tudung. Aku pun tak tau dari mana mereka dapat cerita rambut Fatimah ada kutu aku. Ikutkan Amalina pun tak bagi aku berkawan rapat dengan Fatimah tu sebab dia cakap Fatimah tu bodohla apalah. Selain daripada itu, Fatimah ni orangnya sopan santun, pendiam dan lemah lembut. Dia juga tak berapa pandai dalam akademi. Lepas masuk tingkatan 1, terus kami lost contact. Dia tak 1 sekolah menengah dengan aku, kalau tak dia masih kawan baik aku sampai sekarang. Dan sampai sekarangla aku tak tau apa cerita dan khabar dia. Dan masa sekolah rendah juga aku free hair, darjah 6 baru berjinak-jinak pakai tudung itu pun ustaz suruh pakai (bukan aku seorang yang kena budak perempuan yang lain pun kena). Masa tu jugalah aku berkenalan dengan Anisa (tak ingat dia dari kelas mana). Dan masa darjah 6 jugalah tahun paling malang dalam hidup aku. Lagi beberapa bulan nak ambik UPSR aku kena chiken pox pula tapi masih ambil paper juga dan ibu yang temankan aku. Dan dalam dewan aku duduk di belakang sekali, berseorangan seolah-olah kena pulau pula. Nak kata malu tu malulah juga tapi nak buat macam mana benda dah jadi. Bangunan untuk darjah 6 kelas aku pula adalah sama kelas masa darjah lima. Lagi 1 dekat kelas aku tu juga memang boleh nampak kelas abang kakak sekolah menengah. Kadang-kadang, tak ada kerja pergi jengah atau curi-curi tengok gelagat abang kakak dalam kelas, masa balik sekolah, masa kat perhimpunan dan masa diaorang rehat.
Ini masa aku (tengah buat peace) darjah 6. Tengah tu cikgu kelas aku, Pn Hidayanti. (dari kiri duduk atas meja : Laili, Cikgu Hidayanti, Akmar, Lydia, Aku, Fatimah ada 2 orang tak sebut sebab tak ingat nama...minta maafla ya he3x)
Inila kawasan sekolah rendah aku. Sebelah bangunan sekolah rendah tula sekolah menengah aku. Teringat kenangan masa sekolah dulu huhuhu
Kesimpulannya, sekolah rendah pun banyak dah perubahan. Anggapla segala kenangan di masa sekolah dan zaman kanak-kanak anda adalah kenangan yang indah. Kenangan itu juga boleh di ceritakan kepada anak cucu kita kelak. Sebab zaman kanak-kanak kita hanya sekali seumur hidup. Jika ada kelapangan, ziarahla ke tempat di mana anda menimba ilmu sehingga anda berjaya ke tahap sekarang. Sekian. Selamat membaca!


