SMK Pangkalan TLDM

Aku mula sekolah menengah pada tahun 1999 - 2003. Kelas 1A2, 2A6, 3A6, 4KM dan  5KM. Masa aku sekolah menengah, sama saja macam sekolah rendah. Tapi adalah ramai sikit kawan itu pun budak-budak kelas aku juga. Aku mulakan cerita semasa di tingkatan 1, biasalah budak sekolah rendah baru nak masuk ke alam sekolah menengah memang berdebar gila masa sesi pendaftaran, nak pula jumpa kawan baru yang baru dikenali. Tapi masa inilah aku jumpa kawan-kawan rapat aku, pertama kali kami bersua dan berkenalan - Anisa, Junaida, Ain dan Intan. Ingat lagi, masa tu pelajar tingkatan 1 - 2 sekolah petang manakala tingkatan 3 - 5 sekolah pagi. Jadi kami yang sekolah petang ni terpaksa tunggu kat tempat laluan papan kenyataan sampai pelajar pagi habis kelas. Bila dah habis kelas, ada sesetengah senior sombong masa mereka balik pandang sebelah mata saja tapi aku tak hairan sangat. Aku di masukkan di kelas pandai 1A2, entah kenapa aku boleh tercampak kat situ sedangkan keputusan UPSR bukan bagus sangat. Anisa, Ain, Intan dan Junaida kelas yang sama 1A6. Best mereka walaupun kami terpisah jauh tapi persahabatan kami tetap di hati cewaahh!:P Tetapi dalam kelas aku pun ada seorang kawan rapat nama dia Ashikin. Dalam kelas apa-apa hal borak dengan dia sajalah. Kalau masa rehat dengan shikin, lepas tu kalau ada masa lepak kelas Ain, Anisa, Intan dan Junaida ajak Shikin sekali. Memang berborak sakan kami. Nak pula masa cikgu tak ada dalam kelas atau hujung tahun persekolahan. Kadang-kadang dalam kelas aku ushar mereka, mana taknya bangunan kelas bersebelahan saja boleh buat "mesyuarat tingkap" he3x. Selain daripada itu, budak lelaki yang bernama Rizduan tu masih ada lagi (kawan buli masa SKP TLDM) 1 kelas dengan kawan rapat aku pula tu. Kalau lepak kelas mereka, ada dia saja mesti tengah sibuk ejek dan mengumpat aku kat kawan dia. Tapi naik tingkatan 1 aku dah tak layan sangat dia, layan kawan rapat aku saja. Sebab dah suka kat si budak Rizduan tu terus tak kacau dia. Dengar kata anak pegawai tu orang kelantan, masa sekolah rendah ada juga terdengar cerita bila dah sekolah menengah nanti dia nak berpindah, tapi apa yang aku tengok macam tak berpindah saja. Masa tingkatan 1 la buat pertama kali aku menyertai aktiviti perkhemahan sekolah di Trong, Perak selama 2 hari. Memang bestlah banyak aktiviti buat dan yang paling best dapat mandi sungai kat situ. Ingat lagi aku, lepas balik dari perkhemahan terus demam panas maklumla sebelum ni tak pernah pun menyertai mana-mana aktiviti dan yang paling mengerikan ayah aku jumpa lintah dalam bekas sabun mandi aku. Entah mana datang aku pun tak tau, gemuk pula tu sebab masa khemah dalam hutan kat sana ada banyak lintah pacat aku pun naik geli. Ketika aku berada di tingkatan 2, aku berasa seronok sebab aku dapat 1 kelas dengan kawan-kawan rapat aku iaitu kelas keterbelakang 2A6 (kelas paling nakal). Tapi Junaida pula pindah ke Taiping tinggallah aku, Anisa, Intan dan Ain tapi kami masih berhubung lagi hingga kini. Dan masa di tingkatan 2 jugalah, aku dan Ain declare sebagai kawan baik dan paling rapat antara keempat-empat kawan rapat aku. Aku yang minta pada mulanya perhubungan itu, kami bukan saja sekepala malah sehati sejiwa. Ke mana saja kami pergi pasti berdua, ingat lagi setiap kali rehat atau ke mana saja kami pasti berpimpin tangan. Kami tak kisah apa orang nak cakap atau pandang serong yang penting persahabatan kami berdasarkan dari hati yang ikhlas dan jujur. Semasa pendaftaran untuk ke tingkatan 2, Rizduan tu kalau tak sama kelas dengan aku. Memang seronok gila masa tu tapi bila dah berhari-hari tak nampak muka dia sejak hari pertama buka sekolah aku dah rasa pelik. Rupa-rupanya dia dah berpindah ke Kelantan, memang betul dia pindah. Agaknya tak ada jodoh nak buat macam mana, dulu bukan main lagi buli membuli. Bila dah tak ada mengelupor kecewa. Di tingkatan 3 pula, masih di kelas yang sama 3A6 dan kawan pun yang sama muka dari tingkatan 2. Masa tu aku dah tak ada masa nak bermain ke, berfoya-foya ke ape ke. Tahun tu memang aku serius sebab nak ambik PMR. Ibu dan ayah dah mula hantar aku kelas tusyen masa aku tingkatan 1 lagi. Memang studyhardla masa tu. cikgu kelas kami cikgu Ridzuan, memang sporting kadang-kadang tu suka buat lawak. Cikgu yang aku tak suka pulak cikgu mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup (KH) (tak ingat pulak aku siapa namanya) dan cikgu mengajar matapelajaran Bahasa Melayu (BM) (cikgu ni suka perli kaw punya sampai muka aku tebal berapa puluh inci aku pun tak tau). Masa tu pernahla kami kena denda kaw sebabnya tak siap kerja sekolah dengan Sir Nazri mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris (BI) semua kena berdiri atas kerusi dan kena rotan kat tapak tangan. Pergh! memang berbirat tangan. Macam mana kami tak siap, sorang pun tak bagi tahu mukasurat mana nak kena buat (tak salah akula). Di tingkatan 3 ni jugalah aku ada konflik dengan Ain dan Yong masa tu dalam penghujung tahun tak silap aku. Yong tu gatal bila nampak lelaki navy jadi dah mempengaruhi si Ain. Nak pula aku ada masalah kecil dengan Ain tapi dia pula memperbesar-besarkan hal. Biasalah budak belum cukup matang lagi tapi...mengaku matang. Pula tu sejak Yong masuk sekelas dengan kami, Ain pun dah mula lebihkan si Yong. Cemburu tu tipulah siapa tak cemburu bila kawan baik sendiri dah macam tak pedulikan kita lagi bila ada orang ketiga chewaaahh:P memang sedihla masa tu. Dah habis peperiksaan PMR, Ain cuba nak berbaik-baik dengan aku pun ada salah faham juga. Akhirnya aku yang minta maaf tu pun minta tolong dari pihak ketiga iaitu Yong. Masa nak dekat peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar PMR, kalau cikgu tak ada dalam kelas kami ambil masa untuk belajar itupun dengan kawan-kawan perempuan yang betul-betul nak ulangkaji yang lain tau main saja. Tapi bila dapat keputusan cukup-cukup makan saja, maklumla tak berapa pandai sangat. Di tingkatan 4 pula aku masuk kelas Kemanusiaan iaitu 4KM, pun kawan-kawan yang sama muka cuma ada beberapa orang sahaja yang dah tukar masuk kelas lain. Tingkatan 4 juga aku dah mula standby untuk peperiksaan SPM tak boleh nak main-main juga. Cikgu kelas pula cikgu cina perempuan, Mrs Tan mengajar Bahasa Inggeris tapi cikgu untuk matapelajaran Bahasa Melayu cikgu yang sama tu yang aku sakit hati tu! pernah sapa yang tak siap kerja dia kena lari 1 perhimpunan sekolah dengan aku sekali kena. Dahla panas terik pula tu! Naik tingkatan 4 pula sibuk nak denda macam tu pula. Mujur matapelajaran pendidikan seni ada, memang kelas kegemaran aku tapi tula Cikgu Lutfi garang sikit. Matapelajaran Tassawur Islam pun best cikgunya pun lagi best kadang-kadang suka bergurau, kalau dia marah nampak macam main-main. Masa ni hubungan aku dan Ain kembali normal dan yang paling aku sedih Ain bagitahu yang dia akan berpindah ke Johor pada pertengahan tahun. Aku cuba untuk kuatkan semangat, masa hari terakhir Ain di sekolah aku luangkan masa sehabis mungkin bersama dia. Keesokannya, Ain jemput datang rumah dia untuk kali terakhir pergi dengan Anisa, Yong. Kami tolonglah apa yang patut, dah siap semua tiba nak gerak aku sempat berpelukan dengan Ain rasa macam tak nak lepaskan saja:( nak menangis aku dibuatnya. Tapi kami masih berhubung sehingga kini. Sejak Ain berpindah ke Johor, aku mula cari pasal dengan Yong. Masa tu aku cukup tak suka dia duduk sebelah aku, bila gaduh Anisa pula jadi orang tengah akhirnya bila fikir-fikir balik aku terus berkawan saja dengan si Yong tu. Mula tingkatan 4 tu, Anisa terpilih jadi pengawas sekolah dan ada 3 orang budak baru iaitu Khairunnisa, Rinda dan Farhan. Budak kelas aku kata Farhan ni artis (kumpulan mana aku pun tak ingat tapi tak popular pun). Bila aku tengok si Farhan tu, baru aku teringat dialah budak Farhan yang 1 kelas dengan aku masa darjah 3 lepas tu baru beberapa bulan dah pindah pula. Aku tengok Farhan sekarang macam tak boleh blah perangai, terus reject tak suka dengan kawan dia. Naik tingkatan 4 ni, budak 1 kelas dengan aku Azira dah mula buli aku pula. Lutfi, Eddy dan geng dia masa aku tingkatan 3 dah mula buli aku dan kawan-kawan aku yang lemah. Yang Azira masa tingkatan 3 buli Intan. Lepas tu aku ada minat kat seseorang ni namanya Muzaffar budak kelas sains a.k.a kelas pandai. Kacak gila, tinggi orangnya, pengawas sekolah, anak panglima TLDM lagi fuh! serba serbi terasa diri ni terlalu kerdil buat dia pula. Asalnya Anisa pun kenal dia sebab menurut cerita Anisa sepupu dia Amy penah bercouple dengan dia lepas tu clash tak ada jodoh kot. Dengar saja cerita pasal si Muzaffar tu berbunga hati aku. Masa tingkatan 5 inilah, aku serius habis. Banyak belajar saja, kalau ada soalan yang tak faham atau tak tahu nak buat banyak tanya cikgu itupun pilih kalau cikgu tu tak garang. Kadang-kadang tanya kawanlah, paling best masa belajar berkumpulan pada hari sabtu. Masa tu sekolah tutup tapi aku, Anisa, Khairunnisa dan Rinda rajin datang sekolah belajar kat kantin. Bila tiba peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar mula berdebar-debar nak masuk kelas adatla tu kan? nak dapat keputusan SPM dahla lambat 3, 4 bulan baru keluar. Terperukla aku dalam rumah, nak kerja luar ibu dan ayah aku tak bagi. Tapi apa-apa pun keputusan hanya paras hidung saja cukup-cukup makan juga. Setiap tahun sekolah menengah mesti ada sambutan Hari Guru, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Sukan Tahunan. Kalau hari guru aku pernah bagi hadiah pada guru yang aku suka, masa tu guru-guru mesti seronok sebab ada anak murid bagi hadiah. Bila sambutan hari raya setiap pelajar kena bawa kuih raya lepas persembahan di perhimpunan sekolah sesi kelas terbuka, buat jamuan dalam kelas dan jemput guru kelas. Memang best gilalah! sebelum balik kemas kelas bagai kalau yang kuih tak habis dalam bekas orang lain jadi mangsa letak kuih raya dalam bekas orang lain sekali dengan serdak-serdak kuih. Tapi kalau ada kuih raya kegemaran aku dan sedap memang aku ambil bawa balik. Memang nakal sikit aku masa tu. Dan bila hari sukan tahunan pula, buat di Stadium TLDM. Aku sentiasa menyokong pasukan rumah Ledang (rumah hijau) walaupun tak pernah masuk acara. Rumah sukan sekolah aku mewakili nama gunung di Malaysia. Dari aku sekolah rendah sampai sekolah menengah masih dengan rumah hijau tak pernah tukar. Kadang-kadang masa hari suka ada juga mat-mat navy buat aktiviti pada hari yang sama. Aku dengan member kamcing aku ushar juga mereka buat aktiviti. 



 Inilah logo sekolah menengah aku.



Papan tanda sekolah pun dah baru sekarang, dulu lain.



Yang ini kalau nak tau inilah kelas seni lukis, matapelajaran kegemaran aku. Masa matapelajaran tu ramai yang minta aku tolong lukiskan ha3x. Sebelah kelas seni tu stor sukan. Kalau masa jasmani nak main bola jaring ke apa ke, ambil saje kat bilik tu tapi mesti ada kebenaran dari cikgu Pendidikan Jasmanilah.



Kelas tingkat 2 dan hujung sekali kelas aku masa tingkatan 3. Kelas paling kecoh he3x



Ini pula perhimpunan sekolah, cantik tak? Ingat lagi, pernah aku kena panggil ke depan dan naik atas stage baca sifir 8 tapi tak hafal sangat dah tu kena cakap depan orang ramai kot termasuk cikgu-cikgu, gagapla aku. Akhirnya pengawas yang berdiri sebelah aku suruh baca sifir 5 barulah selesai. Muka aku pun dah tebal berapa inci pun aku tak tau. Masa tu setiap kali perhimpunan wajib baca sifir sebab sifir ramai yang lemah termasuk aku. 



Kantin sekolah, aku dengan geng-geng aku masa rehat pergilah makan kat kantin.



Ini pulak bangunan blok A. Pondok dekat taman tu masa aku dulu tak dibina lagi. Yang pintu coklat tu Koperasi Sekolah. Kadang-kadang selalu juga lepak situ dengan kawan-kawan. 

Jadi kesimpulannya, sekolah aku banyak yang dah berubah mengikut arus zaman kemodenan. Dulu dan kini sekolah tetap di hati. banyak kenangan manis dan pahit bersama kawan-kawan dulu. Rindunya...

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)