Berbincang Dengan Amy Isu Semalam

Petang, lepas aku bangun tido Amy mesej. Alang-alang dia mesej aku pun nak cakap dengan dia pasal adik dia semalam...aku nak tau ape respon dari dia. Kalau boleh aku nak berbincang dengan dia secara elok. Aku tak nak main terjah, marah-marah tak tentu pasal....

"Bye ada hal nak cakap sikit. Personal. Bye malas nak kecoh-kecoh tapi sakit hati bilA fikir. Bye bukan nak salahkan dia"
"Siapa?"
"Tolong jujur dengan bye. Ada tak orang yang ada hubungan dengan Amy benci Bye? Kalau ada. Suruh cakap depan-depan boleh tak? Bye bukan nak kutuk ke hape ke tapi be professionallah cakap pun."
"Tak adalah. Awat tanya macam tu?
"It's about your sis. Better you checkla you're facebook. Kalau dia tak suka bye, cakap. Tengokla cara dia cakap..."
"Dia buat apa?"
"Eh tu bye tak boleh bagitahu karang amy kata bye tipu sengaja nak cerita buruk about your sis. Better you check sendiri. Ingat tak, masa bye mesej dengan dia mengaku girlfriend amy?
"And then?"
"Then you tell her that she just joke. But for me, No. Cara orang ni cakap macam orang ni terhegeh-hegeh sangat dekat amy. Tergila-gila sangat dekat amy. Dan macam tak suka bye. Kalau ya pun tak boleh cakap direct ke? If tak suka ke hape ke anything about me cakap depan-depan tak sukalah macam ni??"
"Sebab bye suka fikir buruk tentang orang"

Pergh!! aku pula yang kena balikmilkysmile. Memang dasar punya orang, aku memang tak nak gaduh-gaduh dengan dia tapi bila dia dah cakap macam tu Allah SWT sahajala yang tau. Sakit hati lagi tak payah cakapla...

"Ok. Trime kasih bye tau amy sokong adik amy. But bye tak marah. Bagusla adik beradik same sahaja tengok. Lepas ni taubat bye nak layan amy dekat facebook. Hari tu bye dah delete amy dekat friend list tapi amy add bye lagi. Kalau bye tau hari tu adik amy mesej bye tak hingin nak layan tau. Jangan sampai dia 'busuk'kan bye dalam facebook ya..."
"Apa-apala bye"
"Better tak payah kawan kalau orang luar pun tak suka."
"Bye ni kan. Boleh tak jangan fikir bukan-bukan"
"Sudahla. Mengaku sahaja. Bye terasa tau. Tak tau ke nak hormat orang tua? mulut lazer sangat. Bye malas nak kecoh-kecoh lagipun tu adik amy. Kalau bukan kerana adik amy dah lama kena bahan dah."

Terus tak balas mesej, aku tak peduli semua. Lagi bagus dia tak mesej aku buat selama-lamanya, hidup pun aman. Bile aku fikir-fikir, betol ke aku suka fikir buruk pasal orang. Aku rasa tak, mungkin aku fikir buruk pasal dia sebab aku dah tak percaya cakap Amy. Aku tak pernah pun nak fikir buruk pasal orang, tapi dengan Amy aku tak percaya langsung. Sekali orang dah tipu aku buat selama-lamanya aku tak percaya...milkysmile

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)