Malang Nasib Kucingku

Pagi-pagi pukul 10, aku tengok kat dapur adik gemok duduk dalam sangkar kucing. Pelik juga. Aku tanya ibu kenapa adik kena kurung? Menurut cerita ibu, pagi tadi ibu cari adik gemok dan tiba-tiba terdengar adik gemok berbunyi kat rumah sebelah iaitu musuh jiran ketat kami Mak Cik Su. Rupa-rupanya adik gemok termasuk dalam sangkar kucing jiran sebelah. Jadi ibu aku pun cepat-cepat ambik masa tu jiran sebelah rumah tak ada. Dan ibu pun buat keputusan nak kurung adik gemok dan adik putih sekali tak bagi keluar takut jadi apa-apa pula orang sebelah rumah aku buat. Ibu suruh idin ikat tali adik gemok kat leher, sampai kucing tu macam tak selesa dan macam nak tercekik pun ada. Kesian pula aku tengok. Jiran sebelah rumah aku tu memang busuk hati punya orang, dia tak suka ada kucing kat rumah dia. Kucing aku nak lalu sahaja kat depan rumah dia pun tak bagi juga. Bukan kucing tu nak berak ke apa lalu sahaja. Dah nama pun binatang dah tentu tak boleh pikir, bukan macam dia hati busuk dengan makhluk Allah SWT pun tak boleh nak bertolak ansur. Tak ada rasa kasihan langsung pada haiwan bernama kucing ni. Teringat aku dulu ada bela 12 ekor, balik dari kampung semua mati dalam rumah pula tu kes termakan racun. Sampai anak kucing pun ada termakan racun. Tak taula siapa punya kerja jiran sebelah tu atau orang lain atau secara tak sengaja terminum. Wallahualam. Ibu aku cakap Kucing ni haiwan kesayangan Rasulullah. Kenapa benci sangat kat kucing? Sampai nak halau-halau kucing orang, tak bagi kucing lalu depan rumah apatah lagi masuk rumah. Kalaulah diizinkan Allah SWT, kucing boleh bercakap dan tegur jiran aku ni. Agak-agaknya baru nak menyesal apa...

"Insaf-insafla saya kadang-kadang selalu dengar pagi-pagi Mak Cik Su mengaji. Tak guna mengaji kalau sesama makhluk Allah kita nak marah, hina dan sebagainya. Ingat Allah SWT tak suka perbuatan Mak Cik Su ke atas kucing-kucing saya yang tak bersalah ni?? Berubahla Mak Cik Su oiiii, janganlah sakitkan hati keluarga saya lagi. Berdosa kalau kita tak tegur jiran-jiran dan sakitkan hati jiran. Ingatla"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)