Bersedia Untuk Temuduga
Pukul 10 pagi, aku iron baju kurung dan tudung. Sambil-sambil tunggu pukul 12.25 tengahari nak siap, aku layan laptop sekejap. Pukul 12 tengahari, ibu telefon dan suruh aku masak nasik sekejap. Lepas 12.25 tengahari, ibu balik kerja dan suruh masukkan lauk dalam mangkuk walhal aku nak cepat siap-siap kejap lagi mesti ayah balik. Kalau ayah balik tau aku tak siap mahu kena marah pula. Orang tua tu bukannya boleh. Lepas siap tunggu nak pergi temuduga sahaja, sambil tunggu ayah balik aku masukkan lauk dalam mangkuk. Agak dalam dekat 1 jam jugala tunggu ayah ambil iwan dari sekolah. Pukul 1.20 tenghari, dah nak pergi dah adik gemok (kucing) keluar pula duduk bawah kereta ayah. Aduss buat hal pula. Jadi terpaksalah kejar dan tangkap adik gemok dalam keadaan panas terik
. Cairla makeup aku. Pukul 1.30 tengahari baru mula pergi. Sampai Sri Manjung cari punya cari tak jumpa pejabatnya. Tengok alamat betul dah No 8, Block K Tingkat Atas, Fasa 1C. Tapi aku dan ayah aku tengok pintu berkunci macam tak ada orang langsung. Aik! tak kan salah kot
. Jadi aku cuba telefon orang yang telefon semalam tu mujur aku simpan nombor telefon office dia. Jadi aku telefonlah dia, aku cakap dia syarikat apa?? katanya RahimRa SDN BHD. Belakang medan selera tempat bazar ramadhan yang lama. Bawah kedai elektrik. Sebelah pejabat Kangaroo?? Adusss pening...pening
. Jadi usaha mencari masih di teruskan. Cari punya cari akhirnya baru aku jumpa. Banner dia kecil sahaja pejabat dia pula nampak macam pejabat lama tingkat atas. Lagi 10 minit nak pukul 2 petang, ayah ajak minum-minum kat kedai aladen. Masa dalam perjalanan nak pergi restoran tu aku dan ayah tengok banner company tu tengok alamat dia. Rupa-rupanya alamat dia apa tau?? No 8, BLOCK C Tingkat Atas, Fasa 1C. Haram jadah betul!!
. Ayah dah fikir aku yang salah dengar. Salah dengar apa pula orang tu bagi alamat salah aku bukannya pekak lagi pun. Lepas minum, terus naik pejabat bersedia untuk ditemuduga. Mula-mula kena isi borang dulu macam biasa. Aku tengok pejabat tu takla besar mana tapi suasana macam dah lama bertapak sahaja. Pejabat pun ada 3 bilik sahaja. Kat luar pejabat ada 2 biji komputer untuk kakitangan rasanya. Agak dekat setengah jam jugalah isi borang (walhal dah lama siap cuma ada kesilapan sedikit (terisi kat ruang untuk majikan sahaja) nak minta liquid segan, menyesal pula tak bawa alat tulis sendiri tak teringat lngsung)
. Kemudian ada sorang lagi calon temuduga datang perempuan juga. Mesti dia ambik kejuruteraan juga. Di sebabkan aku habis isi borang dulu dan datang dulu jadi akulah kena di temuduga dulu. Berdebar-debar ni. interviewer tu tanya aku macam-macamlah, dan dia terangkan macam mana kerja sebagai Clerk Technical ni. Bila dia terangkan, jadi Clerk Technical ni duduk pejabat kena buat quotation dan banyak main duit / harga sesuatu barang. Lepas tu bawak masuk ke dalam komputer lepas tu ada sebut claim apa entah. Dengar dari keterangan dia macam senang dan mudah sahaja kerja dia. Aku ingat kan ada kena pergi tapak ke apa ke. Lagipun pejabat syarikat tu berkenaan dengan Oil and Gas. Dan dari cara dia cakap macam aku ada harapan aku nak di terima berkerja. Katanya nanti pembantu dia akan ajar aku macam mana ikut format dia. Lepas tu dia tanya gaji berapa nak?? aku pun cakaplah RM1500. Kalau aku minta RM2500 tak logik pula sebab mungkin aku baru kerja. Jadi apa-apa hal nanti dia menghubungi aku semula. Dekat pukul 3 petang baru balik, fuh! lega...

Ulasan