Tak Faham Dengan Lelaki Sekarang
Kamu yang perempuan pernah tak masa chatting jumpa lelaki yang ajak sembang seks, ajak main seks, ajak sembang naughty??
Aku rasa mesti ramai pernah jumpa. Macam aku bukan sekali dua jumpa dah banyak kali jumpa terutamanya dekat Yahoo Messenger. Hari ni sahaja dah 3 orang. Ada mamat ni ajak sembang naughtylah, nak tunjuk b*t**glah, ajak main la. Aku tak paham dengan orang lelaki sekarang?? Boleh tak kamu yang lelaki jelaskan dekat aku kenapa sesetengah dari lelaki macam ni?? Apa mereka ingat perempuan ni tak ada perasaan ke?? Tak ada maruah ke?? Tempat berseronok-seronok?? Aku pantang betul kalau jumpa lelaki macam tu
. Kalau lelaki asyik kondem yang negatif kat perempuan kata perempuan tak tutup auratlah, masuk pula bab-bab agama terutamanya bukan main lagi sembang pom pang
macam nak runtuh dunia. Tapi memang pun tutup aurat tu wajib dalam islam. Dah disahkan pun dalam dalil-dalil Al-Quran. Sekarang aku pula nak kondem lelaki walawpun bukan semua golongn lelaki macam tu. Kot ada berperangai macam tu, mohon sedar diri dan maaf jika terasa. Masa aku letak gambar tak tutup aurat (tak pakai tudung), yang lelaki gila seks ni tadi mula kata nak tunjuk baik, aurat pun tak tutuplah, suruh aku bertaubat dululah macam-macam. Bila aku tutup aurat (pakai tudung) pn, ada orang ajak buat seks juga apa kes?? Yang menyedihkan aku majoriti yang aku jumpa lelaki MELAYU ISLAM berprangai macam ni. Tu dah dikira sedihlah tu, ada lelaki yang mengaku melayu islam tapi...Allah...tak taulah nak cakap
. Ada juga bila aku nasihat masuk bab agama tau pula lelaki ni nak melenting, maki hamun, kata nak jadi ustazah pula, nak ceramah pergi suraulah pergi masijdlah dan sebagainya. Salah ke bagi nasihat untuk kebaikan?? Aku ingat kata ibu aku, bila kita dah nasihatkan seseorang tu atas kejahilannya tapi dia tak nak dengar itu antara dia dengan Allah dan kita yang dah beri nasihat atau teguran dah terlepas dari dosa. Bab kat gambar profil pula tak payah cakaplah porno habis, gambar aurat sendiri pun ada tayang. Hebat sangat ke buat macam tu wahai lelaki??? tertanya-tanya juga aku kenapa tak letak gambar yang nampak muka tuan punya aurat sekali?? kan hebat juga. Nk juga tengok lelaki melayu mana yang hebat sangat ni. Ada pula masa maghrib atau isyak boleh pula ajak sembang seks, tak solat ke mereka ni?? Maksudnya tak ada rasa takut kat Allah SWT. Ada lagi yang menggerunkan aku, ini paling sedih dalam sejarah hidup aku dah 2 kali kot tak silap aku kena
. Lepas aku bagi nasihat bab agama, dia boleh mmpersendekan agama suci kita ISLAM. Mempermain-mainkan agama islam. Astagfirullahalazim beristighfar aku 10 kali. Apa perasaan kamu apabila jumpa orang macam ini?? Aku rasa kalau alim ulamak dengar ni mahu pengsan tak bangun-bangun...
Moral Dari Cerita :
kite tak boleh juga salahkan orang tu macam ni macam itu. Kalau nak bagi nasihat pun bagilah nasihat yang elok-elok. Sama-sama kita muhasabah diri kita, perbetulkan apa yang tidak kena pada diri. Dan selalulah ingat pada Allah SWT. Jaga solat. Kita hidup ni berpandukan agama. Pada mereka yang sebegini bertaubatlah sebelum terlambat. Dunia hanya pinjaman semata-mata. Insaf-insaflah, jangan bertuhankan nafsu syaitan. Kembalilah ke jalan yang diredhai Allah SWT. Sebagai orang islam, selalulah berpesan-pesan untuk mereka yang jahil, jangan dibiarkn begitu sahaja. Kita ada hak utk bsuara. Sekian...
Ulasan