Sakit Hati Dengan Adik Amy

Pukul 9 malam, aku bagi jugala share topup dekat Amy sebab aku pun bosan tak ada benda nak buat. Tunggu punya tunggu sah, memang dia buat hal lagi. Aku dah lali sangat dengan dia. Jadi aku mesej sendiri dekat dia. Lepas tu baru nak balas. Alasannya kali ni adalah

"Sorry. tak perasan...Ni baru terjaga"

Disebabkaan alasan yang tak releven aku pun dah tak ada mood nak mesej dengan dia. Bengang pun ada. Pukul 11.30 malam, aku online facebook, kot-kot ada mesej ke ada orang add ke. Aku pun onla wall status dekat profil Amy yang aku taip hari tu. Apa yang memeranjatkan adik Amy pun ada taip dekat wall status yang sama. Pula tu budak tu siap perli-perli aku. Cara dia cakap macam aku ni tergila-gilakan sangat abang dia. Macam tak suka aku sahaja Ingat aku ni kebulur sangat dekat abang dia agaknya. Kot tak suka pun agak-agaklah ni main perli-perli aku dalam facebook pula tu. Sengaja nak mencetuskan 'controversy', dia perli aku masa balik raya dekat kampung. Aku mesej abg dia, lepas tu dia pula mesej aku sebab kebetulan Amy ni mandi. Dan aku tak tau pula yang mesej aku tu adik dia. Jadi budak tu tanya aku ni siapa?? Jadi aku pun sahaja main-main kata aku ni girlfriend Amy. Lepas tu budak tu banyak tanya aku malas nak jawap. Dari situlah punca jadi terus perli-perli dalam facebook pula. Tension aku!! . Yang Amy pun satu bodoh bagi sangat orang lain pegang handfhone dia. Amy kata adik dia gurau-gurau sahaja nak kenakan aku, gurau-gurau apa kalau sampai tahap perli-perli aku sampai macam tu..gurau cara 'kasar'. Nampak sangat macam tak pandai hormat orang tua, dahla budak lagi sebaya dengan adik angkat aku sahaja 21 tahun. Nak kata sedih tu sedih juga dah orang kata aku macam tu siapa yang tak sakit hati....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)