Soalan Tak Di Duga

Hari ni aku bangun  awal sedikit pukul 9 pagi sebab nak siapkan report yang tak habis lagi. Lepas mandi, tiba-tiba Lai Ling (supervisor aku) telefon aku tanya shift apa hari ni? Aku cakaplah petang. Lepas tu dia suruh pergi Giant ambil punch card dan suruh aku minta tolong kat Kak Puteri, Kak Rose atau Kak Ida tolong ambilkan punch card aku. Aduhhh! Malas gila nak pergi Giant. Dahlah sejak kes aku kat Giant, taubat aku tak nak jejakkan kaki ke sana lagi. Si Lai Ling pun 1 hal, hari tu kata nak pergi ambilkan ni suruh aku pula. Dia suka cakap macam kelinglah! Lepas tu bagi alasan macam taik! . 1 kerja pula aku nak kena pergi sana. Aku minta ayah temankan. Kat Giant, ayah pergi kat tempat jual CD dulu, lepas tu aku cakap dengan ayah nak pergi tandas kejap nak betulkan tali pinggang aku berbelit-belit pula. Aku suruh ayah kat tempat CD. Selesai sahaja betulkan tali pinggang, tengok ayah dah lesap. Mana pula pergi ni??Orang suruh tunggu dia merayap pula. Takkan pergi tandas kot, aku tak perasan pun ayah lalu kat tandas. Lepas tu, aku telefon ayah banyak kali tak diangkatnya. Nampak sangat henfon tertinggal kat rumah. Tension gila aku!! Cari tak jumpa mana pula orang tua ni berjalan? Aku pun tunggulah kat depan kedai CD. Agak dekat 1 jam juga aku melangut tunggu ayah macam orang gila. Baru jumpa, aku nampak ayah dari jauh. Rupa-rupanya ayah tunggu aku kat tandas sebelah kaunter pertanyaan. Orang suruh tunggu tempat lain, tempat lain pula yang ditunggunya. Dahlah aku dah lambat ni, mesti tak sempat nak siapkan report. Mujur ada Kak Puteri terus aku minta tolong dia ambilkan punch card aku. Kak Puteri suruh aku ambil sendiri. Katanya boleh sahaja ambil sendiri kat tempat pak guard. Sebelum aku pergi ambil punch card, aku dan ayah membeli-belah kejap. Lepas tu, baru ambil. Nasib baik security lelaki India yang peramah tu jaga. Kalau security perempuan India tu memang aku cukup tak suka dan kebetulan Hari (pekerja nepal Giant) kesayangan aku tak ada sebab dia cuti. Aku tahu dia cuti hari ni. Kalau tak, dah lama aku cari dan ushar dia lagi. Lepas tu, aku terus balik, sampai rumah pukul 12 tengahari. Memang sempatlah sedikit siapkan report. Entah macam mana masa nak pergi kerja aku tersampai Ceria awal pula pukul 1 tengahari. Sementara tunggu pukul 1.15 petang, aku jalan-jalan kejap kat dalam Ceria sambil cuci mara kat tempat pakaian penghabisan stok. Aku pun pergilah kat kawasan t-shirt lelaki, lepas tu pergi kat baju perempuan pula murah gila RM5-RM8 sehelai. Bila fikir-fikir balik nak save bajet takut lari bajet pula. Aku dah jumpa baju yang aku nak beli jadi aku selitkan kat tepi-tepi dulu nanti ada orang ambil pula melepas aku. Pukul 1.15 tengahari, aku masuk kerja. Sekali aku tengok kat kaunter aku mak aih!! Banyaknya barang 'jalan', lepas tu bersepah pula tu. Masa aku cuti pula banyak barang 'jalan', tak cuti haram tak 'jalan'. Memang kaw-kawlah kan jualan aku. Setelah di tulis barang apa, harga berapa dan kira sekali dapat RM500 lebih. Selalunya aku dapat RM200-RM300 lebih sahaja itu pun pada hujung minggu sahaja dapat cecah angka tersebut. Kalau hari biasa RM100 lebih, kadang-kadang tak sampai RM100 pun. Memang rezeki akulah untuk semalam. Masa rehat, aku makan char kue tiaw. tengah syok-syok nak kopek udang, promoter Follow Me pula datang dengan kawan dia nak makan semeja dengan aku. Siap tegur tudung aku kotor sebab makan char kue tiaw tadi. Aku jadi tak senang, aku tak suka orang tegur-tegur aku macam tu buat malu aku sahaja. Diam sahaja sudahlah! Nak kopek udang pun tak senang. Akhirnya blah cepat-cepat, pergi lepak kat Pustaka An-Nur. Aku basuh tudung aku dengan air botol aku. Masa makan tadi angin kuat, lepas tu terkenalah kuah char kue tiaw tu. Lagipun tudung putihkan cepat kotor, susah nak jaga. Sebab aku malas makan dengan orang mulut macam ni, makan seorang lagi bagus baru privasi sedikit. Malam aku mula bosan bersembang dengan promoter Follow Me. Macam-macam kami sembang termasuklah cerita pasal bekas teman lelaki aku dulu. Yang aku terkejut dia boleh bagi salam walaupun bangsa cina bukan islam. Cuma jawap balik salam sahaja dia tak tahu. dia ada bertanya pada aku...
"Kenapa amoi melayu pakai tudung?" tanya promoter Follow Me yang aku tak berapa ingat namanya.

"Kami islam wajib pakai tudung." kata aku

"Ada amoi melayu pun tak pakai tudung, kenapa? Amoi melayu kalau tak pakai tudung cantik maa. Kalau pakai tudung selupa itu auntie looo. Tak payah pakai laaaa..." ujarnya lagi 

"...................." 
Aku hanya mendiam diri. Diam bukan apa terkejut bila dia berkata begitu. 

"Kenapa olang melayu keluar rumah cium tangan mak bapa?" tanyanya lagi. 

"Mestilah. Itu budaya kami hormat sama orang tua maaa." kataku 

"Kalau dah kahwin suami mahu pergi kerja bini cium tangan suami, kenapa meh?" 

"Kami melayu islam, isteri mau hormat suami maaa." 

"You balik kerja sembahyang juga ka?" 

"Sembahyanglah." 

"Aiyoo tak penat ka? 1 hali berapa kali you sembahyang?" 

"5 kali sehari." 

"Waaa manyak penat wooo. Susah tak jadi olang islam?"

"Tak susah, senang sahaja." 

"Fuyoo, saya tengok macam susah sahaja. Balik kerja lagi mahu sembahyang. 

"……….........." 

Orang bukan Islam biasalah bukan tahu apa-apa mengenai Islam agama kita. Tapi cara dia cakap, boleh mengundang kerosakan akidah dan pemikiran kita sebagai orang Islam. Aku nak menerangkan lebih-lebih tak berapa pandai nak bercakap. Dan ilmu agama pun masih kurang di dada. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)