Bosannya Hidup
Hari ini aku cuti. Pukul 9 pagi, aku ajak ayah shopping kejap kat Tesco sebab ada barang yang aku nak beli. Nak beli faillah, highlightlah, penlah dan selotapelah. Dah macam belajar pula beli barang sekolah walhal kerja sahaja. Lepas membeli-belah, sarapan sekejap kat Medan Selera. Balik dari membeli-belah terus basuh kasut, basuh baju dan basuh motor. TAk cuti kena kerja, cuti pun ‘kerja’ juga. Masa aku nak online, line pula masih tak elok. Dah
dekat 2 bulan lebih line tak elok. Memang gilala celcom ni!
tak ada mood aku nak tulis blog. Mengantuk punya pasal tidur sahajalah
. Pukul 4 lebih petang, baru bangun tidur. Aku bajet petang nanti nak siapkan
report tapi malas pula. Malam sahajalah buat. Pukul 10 malam sempat tengok cerita Edisi Khas kejap.
Lepas tengok TV terus siapkan report.
Ulasan