Sahabat Lamaku

Sampai sahaja Ceria terus aku sapu sampah kat kaunter, tak banyak cakap. Nanti tak sapu nanti orang tua safi tu bising dan kutuk belakang-belakang aku pula. Nak kata aku pemalas, walhal tak ada pun penentuan jadual siapa yang sapu sampah, dia yang beria. Tengah syok aku ‘melabur’, Ain pula mesej. Dalam tandas juga aku main mesej dengan dia. Ain ada cakap dia rindu kat aku. Aku pun rindu gila kat dia. Hujung bulan 7 ni dia balik Lumut sekarang dia kat Johor rumah ibu bapa dia. Terharu aku dia masih anggap aku kawan baik dan sebagai kakak sendiri. Katanya nak bawa anak dia jalan-jalan kat Ceria. Pukul 1.30 petang, aku, Kak Ani dan Abang Wan makan tengahari kat kedai mamak. Sambil-sambil makan sempat main mesej dengan Ain kejap. Katanya lagi kalau jumpa ni entah macam manalah agaknya dia, katanya dia dah gemuk sekarang ni. Gemuk sangat ke?? Berat 57kg. Insyallah kenal lagi kot. Dia pun tak berubah macam dulu. Suka bergurau dengan aku. Lepas tu aku cerita pasal kawan-kawan aku kat Ceria. Aku ada mengadu kat dia yang budak-budak lelaki melayu kat sini sombong. Tak tegur pun, apatah lagi nak sembang dengan aku. Ain ada nasihat kat aku tak boleh senyap sahaja nanti orang kata aku sombong. Ala masa aku kerja kat Giant dan The Store ada sahaja budak-budak lelaki melayu tegur aku. Tak ada hallah. Kat Ceria sapah pun tak ada yang nak tegur kecuali Abang Man tu pun aku yang beranikan diri tegur dia. Dia pula jenis senyum-senyum kambing kat orang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)