Buat Block Di Ceria
Pukul 9.45 pagi, ayah dah
bising sebab aku tak angkat phone masa dia telefon. Kebetulan aku tengah tidur tak sedar. Ala semalam pun aku telefon ayah tak berangkat rupa-rupanya henfon tertinggal kat rumah. Ayah tanya aku yang Econsave tu ada telefon tak? Aku cakapla mana ada dia telefon. Jadi aku cakapla tak naklah kerja kat
Econsave. Kerja promoter ni pun dah sakit kepala ni kan kerja lain. Lagipun gaji pun
oklah juga. Lepas tu aku sambung tidur, pukul 10.30 pagi aku bangun. Lepas mandi aku terus basuh
kain, basuh kasut. Ingat nak basuh motor jugak tapi baldi pula tak ada. Baldi kecil aku
dah guna untuk rendam baju keje putih aku tu. Akhirnya tunggu habiskan basuh baju dululah jawapnya. Sementara tu aku main game kejap. Tengah syok main game dalam pukul 11 pagi, Lai Ling
supervisor aku pula telefon. Katanya dia suruh aku datang Ceria tolong dia dan Ah Yim The
Store susun barang Shurah kat block depan. Datang macam pergi kerjalah tapi tak payah thumbprint datang
kejap sahaja tolong susun barang. Kepala otak dia!
Kata semalam nak buat block. Aku tunggu juga dia datang tapi tak datang. Sebab hari tu 25 hb mula bonanza Shurah kat depan sempena hari raya. Lepas tu nak susun block sekali. Mana tak aku bengang, sudahlah suka cakap macam kambing, minit-minit akhir baru nak bagitau! Kalau dia bagitau semalam, aku dah pergi kerja hari ni minta ganti cuti hari
khamis. Ni tak sudahla hari ni aku cuti mengganggu cuti aku lagi. Sakit jiwa la aku macam ni. Sudahla aku banyak kerja lagi nak buat kerja rumah, basuh kain, basuh kasut, basuh motor, nak
mandi wajib lagi, cuci kipas aku sudah berbulan tak di cuci, susun baju aku lagi
. Mula-mula dia
suruh aku datang pukul 1.30 tengahari sebab auntie tu datang pukul 1 tengahari. Lepas tu supervisor telefon aku lagi suruh
datang sekarang pula, sebab auntie tu sudah datang. Apa lagi kelam kabut aku bersiap. Sampai Ceria
aku tengok block shurah sudah letak tinggal nak susun sahaja. Jadi aku pun tolongla. Lai Ling ada ajar aku buat reben, tak reti buat aku pun buatla cincai-cincai sahaja lantaklah. Dia pun suruh buat cincai-cincai. Kak Ani dan Ja Sing ingat aku kerja hari ni tapi aku cakap datang kejap sahaja tolong. Yang Poh Ie pula suruh aku kerja terus, ni pun aku dah kira kerja. Ah! tak nak aku
minggu lepas dah minta ganti hari ni pun minta ganti lagi. Supervisor aku pun cakap dah minit-minit akhir Agak letihla jugak susun barang-barang. Ah Yim The Store kata mula-mula ni latihan dulu. Nanti lain kali buat sendiri block dia tak payah datang lagi. Wah! Block pun kena buat sendiri?!
Memang kerja kat Ceria ni banyak kerja la. Menyesal pulak buat hal masa kat Giant
dulu nak tukarkan aku kat Tesco entah bilalah gamaknya kalau tak, tak adalah aku letih buat kerja-kerja ni. Tapi entah betul ke tidak supervisor aku tu nak tukarkan aku kat Tesco silap-silap tak jadi cakap dia bukannya betul. Banyak kerja kat Ceria ni, itula nak kena buat ni nak kena buat. Sebelum balik, aku buat tanda harga sekali tapi buat separuh sahajalah. Separuh lagi buat esok malas aku nak buat sampai habis. Pukul 2 petang, baru balik rumah alang-alang beli air 7up
Revive Isotonic Lime Burst Flavour. Kering tekak aku. Sampai rumah sambung buat kerja-kerja aku pula. Pukul 3 petang, ayah, iwan dan idin pergi ambik TV yang lagi 1 baiki pula. Lupa pulak aku nak cerita, kucing aku Puteh selamat bersalin anak 3 ekor comel-comel. Petang, Ain
mesej dia bagitahu 1/8 dia tak jadi balik lumut sebab anak dia tak baik demam lagi. Ingatkan dapatla
jumpa esok ermmmmm tak ada rezeki lagila nampaknya nak jumpa dia, ada juga aku mengadu kat dia masalah petang tadi. Pukul 5 petang, aku mandi wajib. Lepas tu pukul 6.15 petang aku tidur tak ingat
dunia mengantuk gila beb!
Bangun pukul 8.30 malam, tu pun macam berat sahaja mata nak buka. Pukul 10.30 malam, aku siapkan report pulak. Entah sampai pukul berapalah siapnya ni...
Ulasan