Malang Tidak Berbau
Pukul 9.15 pagi, aku bangun tidur. Terlajak bangun pulak ingat nak bangun pukul 9 pagi. Aku tak dengar
jam henfon berbunyi. Jadi 9.30 pagi, bangun terus mandi dan bersiap-siap. Lepas mandi aku telefon ayah sebab aku nak cakap pergi awal sikit alang-alang boleh sarap kejap. telefon tak dapat pulak. Orang tua ni nak pergi Econsave pukul berapa? Ke tak jadi pergi? aku tak kisah kalau tak jadi pergi pun. Sementara tunggu ayah
balik sempat layan Facebook, Virtual Friends dan Tagged kejap. Pukul 10.15 pagi, baru ayah balik. Lepas tu, pukul 10.30
pagi, gerak pergi Econsave. Aku pakai baju t-shirt yang aku beli semalam dekat Ceria. Mujur
padan dengan body aku. Sementara tunggu ayah dekat Econsave ibu pulak telefon tapi tak berapa
jelas dengarnya. Kemudian ibu hantar messege suruh aku masak nasik 5 pot. Ah! Sudah, tu pun kalau sempatla. Ibu kata tak dapat balik sebab ada kursus sampai petang. Dekat Econsave, aku minta
borang kerja kosong sebab ada jawatan kosong keluar dalam paper Metro kata nak pakai ramai
orang. Kata budak kaunter hadiah, yang ada kosong lagi kerani stor. Selepas tu, alang-alang shopping
kejap dengan ayah dekat Econsave. Lepas shopping pergi lunch kejap dekat belakang Billion. Lepas makan tengahari, ayah suruh aku balik dulu tapi entah macam mana memang nasib aku. Aku nak undur,
kaki aku tak sampai nak jejak atas jalan (maklumla aku ni rendah, motor pulak berat jadi tak boleh nak imbang) kalau
sampai pun kena jengkit hujung kaki aku. Entah macam mana tergelincir lalu terjatuh, nyaris-nyaris
nak kena langgar kereta yang lalu dekat belakang aku
. Kalau kena langgar tadi dah arwah dah aku. Lepas tu motor aku jatuh hempap kaki aku pulak. Giler! Sakit kot. Mujur ada india tu
tolong angkatkan motor aku. Terus aku cari ayah dan bagitahu (masa tu ayah belum keluar lagi dari
kedai makan). Sudahla sakit kaki, ayah marah aku pula
. Tak guna punya bapa!! Bukan nak kesian dekat anak sendiri!
Kesian dekat motor aku manalah tau ada rosak ke calar balar ke dekat motor aku. Malu gila pun ada. Sampai rumah aku tengok beg shopping habis basah dalam
bonet motor aku. Bonet basah, minyak motor tumpah sikit. Orang tua tu boleh tanya
aku air apa yang tumpah? Walhal dah terang lagi jelas aku pegang air tin Revive yang dah
terbuka. Aku buka nak minum masa dekat Econsave lepas tu letak dekat bakul motor ayah. Masa nak
balik dari makan tengahari, aku ambik dan letak dalam beg plastik shopping dalam bonet motor jadi
tumpahlah. Aku tengok kaki aku bengkak siot! Dua bengkak pulak tu. Ingat nak minta
MC tapi aku gagahkan diri jugak pergi kerja. Sebelum pergi kerja sempat taip diary dekat lappy kejap. Pukul
12.35 tengahari, baru siap-siap pergi kerja sampainya tetap awal. Pukul 1.05 tengahari, baru sampai. Sebelum aku
nak ke pintu belakang terserempak dengan budak sekolah sekelas aku keluar dengan awek dia masa
rehat kot. Sempat lagi dating, bukan lawa mana pun awek dia. Dahla sombong!! Dahla buat-buat tak kenal aku. Malas nak ambik port, aku pun buat-buat tak kenal juga. Masuk sahaja kerja 1.30 tengahari, terus buat report dan periksa barang yang dah jalan. Sebelum masuk kerja, budiman supervisor Ceria tegur
aku tanya duduk mana? Naik apa? motor parking mana? Masa dia tengah topup barang pad perempuan dia
bagi aku pad soft night dan katanya tu sampel percuma. Pukul 5 petang, tengah syok-syok tulis
diary Poh Lan Safi panggil aku. Minta aku tolong urutkan. Jadi aku pun urutla bahu dan
pinggangnya. Dia mengadu kat aku sakit bahu. Masa rehat aku ingat nak makan kat sebelah dan nak order nasi goreng. Pelayan tu kata tak ada minta kue tiaw goreng pun tak ada. Budak tu
kata yang goreng-goreng tak ada. Akhirnya aku blah terus pergi kedai Top 2 kat depan Billion. Beli
gula-gula kopiko dan keropok ikan. Masa nak balik tiba-tiba Lai ling telefon dia suruh aku buat
apa entah, tersekat-sekat talian tak jelas. Sampai Ceria, aku telefon dia balik dia suruh aku cari
kotak kat dalam store 5 kotak lepas tu isi syampu susu kambing Tracia 1 kotak 12
syampu. Giler! Tak tau ke aku tengah rehat ni?
Nak aku buat sekarang pulak. Lepas rehat aku
minta tolong kat budak Follow Me tanya dia kat mana nak ambik kotak kosang. Tak sampai berapa minit Lai Ling datang ajar aku buat stock cut. Lepas tu, suruh aku tukar block dari Tracia
ke Shurah. Memang gilala aku mengemas, menyusun letih siot! Dahla aku tak reti susun.
Susun pun cincai boncai. Separuh sajer aku susun yang lain aku tak ada mood nak susun. Tengah sibuk susun Shurah kat block, Kak Puteri pula datang dengan suami dia. Sembang-sembang kejap ada terbuka cerita pasal kes aku hari tu sebab Kak Puteri tanya kenapa sampai GM tegur aku?
Aku pun ceritala dari A-Z. Akhirnya Kak Puteri kata aku lurus bendul pula. Terasa aku,
ayat memang makan dalamla kan
. Dia kata kenapa aku tak tipu si GM tu kata ada pelanggan guna
sampai tumpah lepas tu nak lap bla bla bla. Nak elak dari buat salah baik menipu. Kalau aku
dah cuak tak terfikirnya nak menipu orang. Sudahlah begitu
malu pula dengan pelanggan pasal kes barang pewangi shurah tak ada less sebenarnya tapi aku buat
less. Malunya tapi aku minta maafla kat pelanggan india tu mujur dia dan budak cashier tak marah
aku. Aku rasa memang tension giler!!
Lagipun benda dah jadi, redha sahaja. Lepas tu aku tanya kat Poh Lan Safi pasal pewangi tu
aku keliru gilala. Kata Poh Lan harga pewangi memang dah offer tapi Kak Gee tak tukar.
Panggil Budiman dia kata harga tu dari dulu memang tak tukar. Jadi Poh Lan suruh aku pergi buat
harga offer yang baru. Masa aku nak pergi buat harga baru, aku masuk bilik promoter untuk buat
harga, pergilah kat atas seorang minah minta tolong dia buatkan. Aku tengok perempuan tu macam aku kenal. Baru aku
teringat dialah awek kawan sekelas aku yang sombong tu! Ooo…awek dia kerja kerani buat harga
. Aku ingat balik nanti nak lepak Esplanade, Lumut tapi balik dah pukul
10.30 malam. Esplanade dahla gelap ada sarang maksiat jadi apa-apa kat aku susah pula.
Ulasan