Dia Rupanya....
Tengahari tengok syok aku layan movie kat komputer bengkel, ada orang datang pula. Mujur aku pakai anak tudung. Ada 2 orang perempuan datang, nak jumpa En. Zainal. Aku pun sarunglah tudung, panggil En. Zainal. Bila En. Zainal jumpa, mereka terus duduk bersembang. Rupa-rupa itulah Puan Hayati datang nak jemput kami dari bengkel untuk menghadiri perkahwinan anak sulungnya yang pertama bulan 1 tahun depan. Pada mulanya Puan Hayati bagi 2 kad jemputan satu aku punya dan satu En. Zainal punya. Lepas tu dia suruh kami jemput pelatih bengkel sekali. En. Zainal minta kad jemputan untuk pelatih. Yalah takkan nak cakap pakai mulut sahaja, nanti apa kata ibubapa pelatih pula kan. Masa En. Zainal dan Puan Hayati bersembang, aku ada terpandang teman Puan Hati lagi seorang tu. Aku pun tengoklah dia. Aik! Apasal aku macam kenal sahaja. OMG! Anisa ke?! Bekas kawan rapat 1 sekolah. Aku fikir mak cik manalah tadi. Baru aku perasan, sebab tadi pun aku lebih banyak pandang Puan Hayati. Masa datang tadi tak silap aku dia pakai cermin mata. Nampak gayanya dia dah tahulah aku kerja mana. Ah! lantaklah ada aku kisah?! Dia kerja dengan JKM ke? Kerja kerajaan? Hebat. Nasib baik juga aku tak berurusan dengan JKM selalunya En. Zainal yang menguruskannya. Kalau tak, terserempak dia sahajalah. Dia tak bercakap masa datang. Kadang-kadang ada juga dia mencelah.
Ulasan