Latihan Memandu Motorsikal
Pukul 8 pagi, aku pergi sekolah memandu untuk jalani latihan memandu motorsikal. Mula-mula, tenaga pengajar bagi sedikit penerangan. Sebelum tu, aku diberi kertas untuk di baca dan ketika ujian dengan JPJ kertas tu kena bawa sekali. Selepas penerangan, tenaga pengajar tu minta 5 orang dulu untuk di ajar tapi yang aku tengok 10 orang sekaligus. Lain suruh lain jadinya. Tinggal aku terkontang-kanting. Ayah suruh aku ambil motor satu. Masa nak hidupkan tulah sakit, sudahlah motornya berat. 2x ganda lagi berat dari skuter aku. Dah hidupkan enjin, aku mula jalankan motor dan buat latihan. Tenaga pengajar dah mengajar pelatih sampai laluan angka 8, aku baru naik atas titi. Tak guna betul! Dahlah aku seorang sahaja perempuan. Buat bodoh sahajalah. Sampai kat atas jalan raya (dalam sekolah memandu) baru dapat ikut tenaga pengajar dan pelatih yang lain. Lepas tenaga pengajar dah ajar, dia suruh kami buat latihan di mana kena buat selama 9 1/2 jam . Pusingan ke 2, aku tengok orang depan aku macam mana dia buat aku ikut sebab tadi aku dah terlepas. Tapi ada yang bagi isyarat dan bunyikan hon. Ada yang main jalan isyarat tak ada, hon sahaja ada. Tak sampai 1 jam baru 45 minit pelatih lain dah berhenti ada yang rehat, ada yang balik. Ayah suruh aku tanya kat apek kaunter latihan dah habis ke? Apek tu kata belum habis suka hati nak berlatih sampai berapa jam janji cukup 9 1/2 jam. Ayah suruh aku berlatih lagi sejam lagi. Kali ni ayah aku yang ajarkan. Bahagian laluan di atas titi aku ok, alhamdulillah tak pernah jatuh sepanjang berlatih. Aku bajet titi aku tak boleh lepas. Laluan kon, aku ok. Brek kecemasan, ok juga. Laluan jalan tak rata aku sakit, asyik tak lepas sahaja. Laluan angka 8, aku lepas. Selekoh tajam pun sama. Yang kat atas jalan raya aku rasa tak ada masalah, cuma isyarat tangan aku tak berapa pasti betul ke tak aku buat. Sebab masa aku buat latihan hari tu terlepas dan tak ada cikgu yang ajarkan.
Ulasan