Bincang Soal Yuran Makan 2016
En. Zainal datang hari ni. Elok aku datang kerja tak sampai 5 minit dia pula datang. Datang awal sangat, macam dah tak menyabor. Sudahlah aku sibuk nak print memo yuran dan payslip gaji pelatih. Mujur aku dah siapkan semalam, kalau tak dah satu hal pula. Aku ada tanya kenapa bahagian belakang ni bersepah? Tak dijawab pula orang tua tu. Lepas tu, aku ada panggil dia nak bagi surat yuran makan yang aku terima semalam pun buat tak dijawabnya. Aik! baru cuti 4 hari dah pekak ke?! Cuba aku yang 'pekak', mau 1 dunia nak diruntuhkannya. Stress betul aku dengan orang tua ni! Bila dah macam tu terpaksa aku bagi sendiri secara formal. Lepas tu, baru kami berbincang soal isu yuran makan yang terbaru. En. Zainal kata duit makan tak masuk dalam akaun bengkel sebab makan tak masak sini hanya pakai katering. Jadi pendapat dia, mungkin kos penyelenggaraan dan kenderaan yang kena naik. Dan duit yuran makan pun kena naik juga dari RM 60 ke RM 65. Pasal sekarang nasi dan lauk sehari RM 3 memang tak dapatlah jadi dia letak sehari RM 3.5. Yang naikkan duit makan, aku yang cadangkan ikukan dia tak nak naikkan duit makan. Sebab kalau kumpul adalah dapat RM 900 sebulan duit makan. Tapi disebabkan memikirkan aktiviti lain pun menggunakan duit makan pelatih aku takut tak cukup sahaja seperti jamuan hari jadi dan sebagainya. Kalau tak cukup untuk sebarang majlis untuk pelatih, tak akan ada atau tak banyaklah aktiviti di bengkel lagi. Memberi effect juga tu. Masalah...masalah. Agak dalam 1 jam juga berbincang. Dia telefon Mr Khaw, pengerusi bengkel untuk kepastian. Kata En. Khaw, ikut sahaja dulu yuran dengan harga baru iaitu RM 120, yuran lama RM 60.
Ulasan