Layan Cerita Ip Man 3
Sebelum pergi kerja, aku pesan dengan ayah tak payah belikan makanan sebab hari ni aku nak makan kat Aeon lepas tu boleh terus pergi tengok wayang. Dah 2 hari berturut-turut ayah belikan makanan dan temankan aku di bengkel walaupun tak sampai setengah jam. Risaukan aku seorang diri di bengkel. Sempat aku main game online. Tengah sedap main game online, En Zainal pula datang. Potong betul! Dia bagi aku cek yang En. Munisamy bagi katanya bank tak terima sebab ada kesalahan kat cek tu. Bila aku tengok rupanya salah kat perkataan harga. Kebetulan dia pula, nak buat kerja print akaun makanan. Semalam dia ada suruh aku buat agenda untuk mesyuarat tergempar PIBG pada tahun baru nanti. En. Imran semalam bersetuju nak buat mesyuarat untuk membincangkan kenaikan yuran pada tahun 2016 yang bakal tiba. Pukul 11 pagi, ibubapa pelatih baru datang pula bincangkan soal kemasukan anak lelaki dia, Syafiq Idzham. Masa En. Zainal berbincang dengan ibubapa pelatih sempat lagi aku sambung main game online senyap-senyap:P Mujur laptop aku terletak arah bertentangan dengan mereka. Lepas tu, baru En. Zainal sibuk menelifon ibubapa pelatih berkenaan mesyuarat tergempar. Pukul 4.30 petang, baru aku sibuk bersiap-siap mandi bagai dan ada bawa baju salin. Mula-mula ingat nak makan kat Aeon tapi bila fikir-fikir balik mesti ramai orang dahlah musim dalam musim cuti sekolah. Kedai-kedai dan restoran mesti penuh punyalah. Akhirnya aku makan di Strawberry Cafe sahaja. Lepas tu, baru bergerak pergi Aeon. Aku bercadang nak tengok 'Alvin And The Chipmunks' tapi bila tengok cerita 'Ip Man 3' dah keluar rasa nak tengok juga cerita tu. Tapi tula risau takut tak ada seni kata melayu. Dahlah cerita cina pula tu. Aku tanya budak kaunter tiket dan katanya dia pun tak pasti tapi ada juga melayu pergi tengok. Tawakkal sahajalah beli jugalah tiket untuk cerita Ip Man 3. Maklumlah pertama kali aku nak tengok cerita cina kat panggung wayang. Aku memang minat gila cerita Ip Man ni. Bila dah mula, alhamdulillah nasib baik ada seni kata. Memang enjoy habislah aku tengok cerita ni.
Ulasan