Layan Diri Di Musim Cuti

Pukul 2 petang, aku dan ayah pergi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyelesaikan masalah BR1M 2016. Semalam aku dapat surat mengatakan yang kena buat permohonan baru sedangkan minggu lepas aku dah kemaskini secara online. Adik aku yang nombor 2 pun dapat surat yang sama. Adik aku yang bongsu sahaja belum dapat surat. Sampai di LHDN, fuh! ramai gila orang datang. Bersesak-sesak bagai. Beratur pun sampai luar terkeluar dari pintu masuk. Aku pun beraturlah, nak buat macam mana. Entah macam mana ayah panggil aku di kesesakan orang ramai. Aku pun pergilah, ayah terus tanya pasal kes aku dan adik aku dapat surat. Kakitangan tu tolong periksakan. Alhamdulillah, kakitangan tu kata aku dan adik aku punya dah kemaskini dan tak ada masalah. Tak payah nak mohon-mohon lagi. Tanpa buang masa, aku dan ayah terus balik. Tak tahan aku. Aku pelik kenapa mereka ni tak kemaskini atau daftar secara online sahaja kan senang. Kata ayah, tak semua orang ada komputer nak buat online. Aih! entahlah. Pukul 3.15 petang, aku bersiap nak pergi tengok wayang cerita 'Star Wars: The Force Awakens'. Bajet nak pergi pergi pukul 2 petang, cerita untuk pukul 4 tapi disebabkan kena pergi LHDN tu punya pasal pergi lambat sikit. Mujur ada untuk pukul 4.45 petang. Lepas siap terus gerak pergi Aeon tapi sebelum beli tiket wayang aku pergi makan dulu kat Chicken Rice Shop. Lepas makan, terus pergi beli tiket bagai dan masuk panggung. Bolehlah cerita 'Star Wars: The Force Awakens' tu. Aku ni bukan peminat cerita tu tapi disebabkan tengok macam best sahaja itu yang aku tengok. Cerita ni kalau tengok dari Star Wars 1 sampai terbaru ni mesti paham kot. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)