Balik Ke Johor
Pukul 9 pagi dah bertolak ke Johor. Sepanjang perjalanan jalan tak sesak sangat. Di sebabkan aku tak boleh berpuasa lagi, sempat makan meggi cup kat Kuala Selangor beli kat Petronas. Itu pun masa nak letak air panas kat Petronas, segan gila rasa macam ada orang tengok pula. Ayah suruh aku telefon mak long, 2,3 kali telefon tak berangkat. Telefon mak su, dia pula tak tau mak long tak ada datang rumah dia. Pukul 12 tengahari, barulah mak long telefon katanya dia keluar beli barang. Mak long kata kalau nak berbuka kat rumah memang tak ada apa nak dimasaknya. Kalau nak juga masak apa yang ada sahajalah. Akhirnya kata ayah, kami berbuka kat luar sahaja ni sampai Muar mungkin dalam pukul 7 atau 8 malam. Dekat RnR Seremban, macam biasa berhenti kejap ayah nak tidur dan berehat. Masuk ni dah 3 kali berhenti, mujur jalan highway setakat ni tak sesak masih berjalan dengan lancar. Mak long telefon lagi, kali ni mak long tanya nak balik mana Bakri ke Jorak. Aku cakaplah Bakri. Mak long kata Mak su dah masak untuk berbuka dengan kami. Laa...dah salah faham pula. Mak long pun dah masak akhirnya ayah sendiri cakap dengan mak long, berbuka di rumah mak long lepas isyak terus gerak pergi Jorak rumah mak su. Drive punya drive, pukul 6 petang dah sampai Tangkak tak sangka sempat pula maklumlah jalan tak sesak. Sempat beli air katira madu untuk berbuka nanti dan kuih muih. Sampai sahaja rumah mak long, rehat sekejap sementara nak tunggu berbuka. Kat Johor berbuka awal 7.25 petang dah boleh berbuka. Lepas berbuka, pergi rumah Pak andak sekeluarga kebetulan cucunya ada sekali. Lepas Isyak, pergi Jorak pula tidur rumah pak su dan mak su malam ni. Syok betul tidur rumah pak su, ada air cond, Astro pun ada. Aku lagi suka pergi rumah pak su. Pak su pun jenis tak kisah.
Ulasan