Dua Hari Sebelum Hari Raya
Seronok juga dapat balik rumah mak su dan pak su aku di Jorak. Pukul 9 pagi, aku ikut ayah dan mak long pergi beli barang dapur untuk persiapan raya nanti. Mula-mula kami pergi pasar tani Muar, pergh sepanjang jalan nak ke pasar tani jem gila. Biasalah cuti raya masing-masing sibuk cari shopping. Kekadang lemas pula aku. Masa nak cari parking, lori-lori yang hantar barang ke pasar tani buat hal menyebabkan orang nak masuk ke kawasan parking tak boleh nak masuk. Boleh pula park kat tengah jalan. Ada juga pegawai JPJ kat situ suruh bagi laluan pada kenderaan lain. Alhamdulillah lah dapat juga parking. Macam-macam barang yang nak dibeli mak long dan ayah. Sementara mak long membeli sempat juga ayah telefon mak uteh dan pak itam aku. Tahun ni macam tahun-tahun lepas adik-beradik ayah yang duduk Perlis dan Selangor tak balik. Abang sidi (abang sedara, anak mak long) pula tak balik dari Sabah, kata mak long minggu depan baru balik. Berbalik cerita kat pasar tani tadi, dah puas membeli singgah Econsave Muar pula pun sama bersepah manusia kat dalam. Bab parking usahlah, sama juga macam kat pasar tani. Agak nak masuk tengahari, baru balik itu pun kat Jorak singgah kejap tepi jalan beli ayam 2 ekor. Beli ayam pakai duit aku sebab ayah takut duit tak cukup. Tak apalah sekali sekali keluarkan duit sendiri untuk makan keluarga. Aku ingat sampai rumah mak long bolehlah rehat-rehat sekejap, tengok tv bagai. Sekali ayah aku bising suruh tolong mak long dan mak su, ni yang peleceh kalau balik kampung dengan dia ni tak boleh nak berehat sekejap. Suruh aku tolong, yang dia tolong tengok, menyembang dan lepas tu membuta depan TV. Sakit hati betul aku! Nak tak nak tolonglah. Mak long suruh aku tumbuk kelapa untuk buat kerisik, lepas tu tumbuk kacang tanah goreng pula. Memang lenguh juga tangan menumbuk pakai batu lesung tapi aku gagahkan juga diri mana boleh lembik-lembik. Ayah dan mak long asyiklah cerita pasal sanak saudara. Buka pula cerita lama, mak bapak sedaranya, sepupu sepapatnya, arwah datuknya, arwah atuk sedara bagai. Malam pun kena tolong juga mak su dan mak long kat belakang rumah.
Ulasan