Hari Raya Kedua
Pukul 8 pagi, ayah dah bising suruh aku bangun. Sudahlah nak tidur semalam sikit punya azab, lagi nak marah aku pula. Dia tak apalah letak bantal sahaja lena, selesa tak selesa belakang cerita akulah sakit. Dengan orang ramainya, terpaksa tunggu giliran nak mandi. Sementara tunggu giliran sempat tidur sekejap. Memang mengantuk gilalah. Lepas mandi, aku sarapan dengan sepupu-sepupu aku anak-anak pak uda. Selepas keluarga Tok Su Latif balik, ayah suruh bersiap nak balik Batu Pahat. Sempat aku bagi duit raya kat anak saudara, anak-anak Kak Lin. Agak dalam pukul 12 tengahari, baru sampai Batu Pahat. Semua orang macam biasa masa raya ni sibuk di dapur. Masa itu masak ini, potong itu potong ini. Mak-mak saudara semua pakat usik aku. Tak sangka Cik Yam mak saudara aku balik. Bukan main dia peluk aku, tulah satu-satunya mak saudara kesayangan aku. Tak jemu melayan anak-anak saudaranya baik dari kecik sampai yang dah dewasa, peramah lagi. Idin adik aku yang bongsu balik juga cuti raya ni. Sempat aku tolong mana yang patut. Ayah pula sibuk nak cucu bagai, adik aku no.2 dengan bini dia balik. Aku pelik dengan adik ipar aku tu balik rumah ibu ayah aku duduk rilek tak tolong kat dapur pun aku tengok. Balik kampung pun macam tu juga, sibuk dengan anak saja. Laki bini sama saja, memerap sahaja dalam bilik kalau turun pun tengok TV layan anak yang setahun lebih tu. Orang lain pun kawin juga tapi tak adalah macam tu. Petang, tengok cerita hindustan 'Bajrangi Bhaijaan' rata-rata adik-adik sepupu dan mak-mak saudara aku termasuk ibu tak tengok lagi cerita ni. Aku seorang saja dah tengok, mana taknya download kat internet. Maka akulah yang jadi penceritanya bila mak saudara tanya. Malam, ibu ajak aku ke rumah Pak Uda Manap sebab ada buat makan barbeque. Rupanya yang duk masak tengahari tadi lauknya nak di bawa ke sana patutlah dan nak celebrate hari jadi Pak Uda Manap. Aku dan Tok Jah naik kereta dengan Cik Yam dan Cik Din. Sampai rumah Pak Uda Manap, sempat jumpa along (anak Pak Uda Manap) dan anaknya. Lepas tu makan, ibu asyik melayan anak menantu dengan cucu dia saja. Aku dah jadi macam tunggul pula. Nak buat apa pun tak tau. Akhirnya aku duduk seorang diri sambil main henfon. Idin pula makan dengan sepupu-sepupu dia 1 meja. Meja dah penuh mujur ada 1 meja kosong, Azrul dan Azri duduk dengan aku. Sempat berborak dengan si Azrul. Lepas makan, ada acara potong kek pula. Lepas makan kek makan ais krim pula. Hari ni ada buat barbeque daging kambing. Ada juga acara cabutan bertuah. Agak dalam pukul 11 malam, aku, atok Cik Yam dan Cik Din balik rumah. Yang lain pakat balik lambat, aku lama-lama kat sana pun boring juga bukan ada orang nak melayan aku pun. Sampai rumah atok, layan movie dulu sebelum tidur.
Ulasan