Hari Raya Ketiga
Pukul 1 pagi, masa tengah layan movie Cik As pergi kat Atok Jah bagi duit. Lepas tu, Atok Jah tanya 'Ni duit apa?" banyak kali tanya Cik As buat tak layan dan katanya kalau tak nak duit tu sedekah kat surau saja. Lepas tu tiba-tiba macam marah kata ambil saja duit tu dengan suarak serak-serak basah macam nak menangis. Atok Jah keluar depan rumah tanya dengan Cik Yam kata luar. Dalam pukul 2 pagi, baru aku tidur dah mengantuk sangat. Pukul 9 pagi, aku dah bangun. Dah selesai mandi semua, sarap nasi lemak ntah sapa buat tak tau. Lepas sembahayang jumaat, Ibu ajak aku pergi beraya rumah saudara-mara kat Jorak, Muar. Masa tengah bersiap aku terdengar ibu cakap yang Cik As buat masalah dengan Atok Jah ibu minta adik beradiknya pulaukan dia. Dari pagi anak beranak tu tak turun-turun. Patut dari semalam aku jarang nampak muka Cik As, Cik Am dan anak-anaknya. Rupanya ada masalah disebaliknya. Bila dengar macam tu terus aku mengadu kat ibu pasal kejadian 1 pagi tadi. Sementara tunggu yang lain bersiap untuk pergi beraya, ayah panggil pula. Ayah suruh aku kemas dan bersiap nak balik. Ah sudah...balik apa benda aku bersiap nak pergi ikut ibu beraya. Kata ayah, kalau nak ikut ibu balik ikutlah kalau nak ikut ayah balik kemas beg. Adooi aku dah mula pening dengan perangai orang tua tu, bukan ke semalam kata nak bawa adik aku no.2 dengan anak bini dia pergi Muar. Aku ni dah penat-penat bersiap ikut ibu beraya alih-alih macam ni pula. Ayah aku ni jenis bila dah tukar plan, tak nak bagitahu. Lepas tu tak tau nak berbincang dulu ke apa ke. Hari tu plan lain ni dah lain pula. Aku fikir duduk Batu Pahat sampai Sabtu dan Ahad pagi balik Perak. Sebab aku dengar dia cakap dengan mak long dan mak su macam tu. Sakit jiwa aku! Terus aku pergi kat ibu, mengadu. Ibu cakap, balik dengan ibu dan Idin manakala adik aku no. 2 tu dengan anak bini dia balik dengan ayah dan Shah. Sebab barang ibu banyak nak letak kat belakang takut tak muat kereta ibu bukan besar kereta kancil saja. Balik perak hari esok. Ibu bising juga dengan perangai ayah tu. Yang adik aku no.2 pula dah macam angin semacam tak nak naik dengan ayah nak balik naik bas. Yang dia pula hari Sabtu dah mula kerja, patut memasing nak balik esok. Ibu juga kata adik aku no. 2 cakap ayah tu macam nak tak nak sahaja hantar dia balik kejap nak hantar kejap tak nak hantar. Ayah tu sebenarnya beria nak bawa adik aku dengan anak bini dia ke Muar pasal nak menunjuk cucu kat mak long, mak su dan pak su. Maklumlah diaorang jarang balik Johor. Akhirnya ibu jumpa diaorang bincang kat luar. Aku ambil baju yang nak pakai hari ni dan esok sahaja, yang lain aku letak dalam kereta ayah. Senang cerita. Lepas 1, 1 masalah timbul hari jumaat nilah ada saja yang tak kena. Selesai diaorang bergerak ke Muar, dalam kereta macam-macam aku dan ibu cerita pasal ayah. Sepanjang perjalanan nak ke Jorak, jam gila. Sampai Jorak, Muar kami pergi rumah saudara mara termasuk melawat sepupu Atok Jah yang kemalangan. Sepupu atok tu bilal surau. Akhir sekali beraya rumah pak su dan mak su, datang-datang mak long dan mak su tengah sibuk masak kat dapur. Sementara tunggu dan makan dulu kuih-kuih raya, sempat lagi buka cerita pasal Cik As sekeluarga. Aku yang jadi 'saksi' turut terkena, semua pakat tengok aku dan tanya. Pukul 8 malam, baru makan beramai-ramai. Aku 'serve' adik-adik sepupu aku. Dalam pukul 10 malam, baru balik ibu pula dah mula rasa nak demam.
Keluarga aku sebelah ibu memang sporting habis bila bergambar nak pula bila dah bercampur dengan adik-adik sepupu. Memang seronok dan enjoylah :P





Ulasan