Sehari Sebelum Hari Raya
Bangun pagi aku nak cas henfon aku yang dah low. nak cari soket kat rumah pak su sikit punya payah. Last-last aku cas pakai extention stand fan punya. Apa nak buat. Hari ni tolong mak su dan mak long basuh bekas-bekas kotor lepas tu masukkan beras dalam sarung ketupat. Yang tu ayah aku sendiri ajarkan. Aku ingatkan ayah tau mengayam juga. Kalau ibu aku tau menganyam, Aku tengok mak long mengayam macam senang saja, sekali buat dah pening kepala tang mana nak masuk. Kata mak long dulu masa arwah atok ada, dia sendiri tengok atok buat lepas tu dia cuba buat sendiri lama-lama baru boleh buat. Lepas letak beras dalam sarung ketupat, aku kira lima ketupat bagi kat ayah dan ayah ikat. Selesai semua terus ayah pasang periuk besar untuk masukkan ketupat yang dah siap di ikat. Semalam teruk aku bebel dengan ayah depan mak long dan mak su yang aku tak pandai nak buat kerja-kerja masak ni. Ayah bab nak buka aib anak sendiri memang no 1. Lepas isi beras dalam sarung ketupat, isi beras pulut dalam ketupat palas pula. Yang ni aku bolehlah sikit-sikit, sempat tengok cara mak long dan mak su aku buat. Masuk petang memang letih gila, tidurlah sekejap. Dalam pukul 5 petang, tiba-tiba Amy PDK telefon pula dia tanya aku surat apa yang di hantar kat pejabat UMNO. Aku cakaplah Cik Zainal yang hantar surat tu nak minta sama-sama menghadiri jamuan hari raya dengan pelatih bengkel yang dihadiri oleh MB Dato Zambri. Amy telefon Cik Zainal tak angkat-angkat orang tua tu. Dia minta aku senaraikan nama pelatih dan bagi kat dia dengan segera, terus aku telefon Cik Zainal bagitahu mujur orang tua tu angkat telefon. Menyusahkan betul! Malam, aku dan Shah ikut mak long dan pak long shopping raya beli kuih raya kat Agro Jorak. Macam-macam kuih raya ada termasuk kerepek-kerepek. Sempat aku beli sebotol kuih raya untuk jamuan hari raya kat bengkel nanti. Minggu lepas dah beli kuih almond london kat Kak Yan. Ni beli lagi sebotol kat Muar. Selesai pergi bandar muar pula, mak long nak cari kuih raya kat sana pula dan beli handbag raya katanya. Dalam perjalanan ibu telefon pula, tanya Amy PDK ada telefon ker? Aku cakaplah ada dan aku pun ceritala dari A-Z. Rupa-rupanya kata ibu, Sabtu ni ada buat jamuan hari raya kat dewan Majlis Perbandaran Manjung. Awal gila buat, kata ibu lagi memang nak buat awal sebab MB nak sambut menantu dia sekali. Patutlah, aku tak dapat datanglah jawabnya sebab masih kat kampung lagi, ibu ahli jawatankuasa PDK pun tak dapat datang juga. Terpaksalah En. Zainal uruskan seorang diri. Jalan nak ke bandar Muar masih sesak gila macam semalam. Orang sibuk keluar shopping atau balik kampung di malam sebelum raya ni. Balik dalam pukul 11 malam, terus aku tolong pak su isi kuih-kuih raya yang baru beli tadi dalam balang. Lepas tu susun atas meja. Barulah boleh rehat balik. Tak taulah apa aktiviti untuk esok pula, kata ayah pak uda sekeluarga dari JB nak datang tidur semalam kat rumah mak su. Memang riuhlah rumah jawabnya.
Ulasan