Ayah Minta Tolong
Pukul 4 petang, ayah datang bengkel minta tolong aku hantarkan dia ke Stesen Bas Manjung. Esok dia dengan Shah nak balik kampung. Balik Sabtu ni. Lepas balik kerja terus pergi kebun. Nampak ibu terus aku bagitahu yang ayah nak balik kampung esok minta aku hantarkan ke stesen bas. Ibu ingat aku bonceng ayah. Mesti ayah nak bawa motor aku hantar aku dulu ke stesen baru ambil Shah kat rumah bawa ke stesen bas lepas tu aku ambil motor terus pergi kerja. Kata ibu dah 1 kerja pula ulang alik, memang pun. Kata ibu lagi, tak payah, telefon saja uncle teksi belakang rumah suruh dia ambil pergi sana baru RM10. Malam lepas solat isyak dan baca al-quran, aku cakap dengan ayah naik teksi. Tak sempat aku habis cakap melenting orang tua tu. Minta tolong hantar pun tak boleh, katanya dia hantar aku sana sini nak minta hantar ke stesen bas pun tak boleh. Sakit hati gila aku terus ke rumah sebelah. Aku bukannya tak nak hantar, esok aku kerja lepas tu nak hantar dia 2, 3 kali ulang alik fikirlah sikit! Kalau aku ada kereta tak hairanlah nak hantar dia kat mana pun, masalahnya aku bawa motor. Naik teksi sekali pergi sahaja cuma bayar RM10 tu saja, tak ada duit aku boleh bayarlah. Kedekut cakap kedekut!! Perabiskan minyak motor aku bukan main lagi, kalau dia bayar topup minyak tak apalah juga, Ni minyak 2T pun aku beli sendiri itu pun nak pakai aku punya!! Dah susah tau pula minta tolong aku, tu mesyuarat PIBG hari tu bukan main hentam aku. Sokong orang tua keparat tu!! Lepas tu suka nak ungkit-ungkit. Orang yang suka mengungkit ni pada aku jenis orang yang tak ikhlas nak bantu. Ikutkan hati aku pun tak ingin dia hantar aku pergi ipohlah pergi sanalah pergi sinilah, biar aku pergi sendiri naik motor pun motorlah. Apa aku peduli yang penting tak adalah kes mengungkit macam ni. Apa nak jadi, jadilah. Payahlah bapa aku ni! Aku menangis sepuas hati sempat menjahit sarung kotak tisu dan menonton TV. Ibu pula tidur. Tak ada cerita aku naik atas melalui rumah ibu, aku tak nak tengok orang tua tu. Pergi bilik aku tengok movie dalam pendrive lagi bagus. Pukul 12 tengah malam, aku dengar macam ada orang kat dapur. Rupa-rupanya ibu tengah ambil lauk makan. Aku mengadu kat ibu pasal ayah. Ibu pun bukan suka dengan perangai ayah tu.
Ulasan