Jawapan Dari Pihak Kedua
Elok menyembang dengan ibu, tiba-tiba ibu bagitahu hari tu dia ada terserempak dengan Amy dengan kawan dia kat Caravan. Ibu cerita yang En. Zainal kutuk dia masa kes jamuan hari raya hari tu. Kata Amy memang dia sebagai pengelola jemput pusat OKU untuk sambut hari raya dengan Menteri Besar tapi dia kena jemput yang di bawah kerajaan dulu macam PDK atau mana-mana sekolah pendidikan khas kerajaan. Kalau ada kosong baru dia panggil pusat-pusat OKU dari NGO pula. Lagipun dia hanya mengikut arahan dari orang atasan, bukan boleh main suka-suka sahaja. Kau dengar tu orang tua?!! Lain kali jangan dengar dari sebelah pihak atau buat andaian ikut kepala otak kau saja!! Nasiblah tahun depan kalau dia tak jemput bengkel sekali. kalau kau mohon dapat alhamdulillah lah dibuatnya permohonan ditolak atau tak dijemput jangan nak salahkan orang lain. Tengok diri tu sendiri!! Ibu cakap kat Amy yang aku stress kerja dengan orang tua tu sampai darah tinggi naik buat check kat Hospital Pantai JB hari tu sampai 138. Amy pun terkejut sebab katanya tinggi tu. Ibu kata dia ada minta tplong Amy kalau ada jawatan kosong kat MPM bagitahu. Katanya bulan depan baru ada.
Ulasan