Bila Ibu Balik...Aku pun...
Pagi-pagi Shah dah memekik. Dengar dia cakap ayah tampar dia kat telinga. Baru semalam dia cakap dengan aku kat mesyuarat dengan budak OKU ni jangan pukullah, marah bagai, ni dia hentam Shah apa kes pula?! Dia tampar budak tu kat telinga boleh berdarah tau silap-silap boleh pekak. Hari ni ibu balik dari Kuala Kangsar. Hari Jumaat ibu dah gerak pergi sana sebab semalam ibu dapat pingat PJK dari Sultan Perak, Sultan Nazrin di Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak. Bestnya dapat jumpa sultan. Hari tu masa perasmian Taska Semangat Maju Ipoh, permaisuri datang. Alhamdulillah dapatlah tengok permaisuri, tapi sultan saja belum lagi. Aku nak ikut ibu pula tak bagi kebetulan semalam aku ada mesyaurat PIBG. Pergi pun menyakitkan hati aku buat apa!! Baik aku ponteng ikut ibu lagi bagus. Aku bajet ingat pagi ni nak sarapanlah kat luar. Baru nak bersiap-siap ibu telefon tanya dah sarapan ke belum? Ibu ajak sarapan kat luar. Dah sampai rupanya. Nasib baik aku dah mandi tinggal nak siap saja. Lepas siap, ibu dah tunggu depan rumah teruk kami gerak. Ibu tanya macam mana dengan mesyuarat semalam. Apa lagi aku pun tak banyak cakap ceritalah dari A-Z. Aku juga ada cerita yang ayah ada tampar Shah kat telinga. Bab PDK tu aku cakap dengan ibu ada ke patut En. Zainal kata pihak PDK tak ada pun panggil bengkel untuk buat lawatan. Tak ke bodoh, buatlah surat permohonan nak buat lawatan ke PDK apahal pula PDK yang nak kena jemput datang ke tempat dia buat lawatan. Kata bangang kang marah! Ibu pun cakap benda yang sama buatlah surat permohonan. Sampai di kedai makan sebelah Shell Manjung, sementara tunggu makanan sambung lagi pula. Bab Amy pula, yang kes jamuan raya dengan Menteri Besar hari tu. En. Zainal kata Amy tu pengelola untuk panggil mana-mana pusat OKU untuk sambut sama-sama dengan Menteri Besar. Amy tau ada pusat OKU bengkel tapi dia tak panggil. Siap mengata lagi si Amy tu yang dia jemput orang dia (Kerajaan) dan kenalan-kenalan dia saja. Ibu cakap memanglah dia jemput PDK sebab PDK di bawah kerajaan dan kata ibu lagi nanti dia jumpa Amy dia nak cakap. Lepas tu kata orang tua gampang tu lagi, Amy berhenti bengkel sebab dia terasa hati dengan pihak ahli jawatankuasa bengkel, En. Muni. Aku cakap dengan ibu si Amy tu bukan saja terasa dengan ahli jawatankuasa bengkel dengan En. Zainal tu pun dia tak puas hati. Bukan Amy tak pernah cerita dengan aku pasal dia. Bayangkan, Kau (En. Zainal) dah buat dia terasa hati, lepas tu dengan muka tak tau malu kau nak minta tolong dia untuk budak OKU bengkel sambut jamuan dengan Menteri Besar semata-mata nak dapat duit raya untuk budak OKU. Bila budak OKU yang sepatutnya hadir tapi tak dapat hadir hanya 4,5 orang sahaja hadir tiba-tiba kau letak anak kau yang normal untuk ambil duit raya kat Menteri Besar sedangkan itu duit untuk budak OKU saja. Apa kejadah kau ni?!!! Mohon meninggal. Aku cakap macam tu dengan ibu. Ibu pun bengang juga. Kata ibu nasib baik tak datang mesyuarat PIBG semalam kalau tak memang kena hentam orang tua tu. Sebab semalam semua hentam aku, yang ketuanya orang tua gampang tulah. Macam-macam lagi aku cerita kat ibu. Ibu suruh aku berhenti dah banyak kali ibu suruh aku berhenti dari bengkel tu dan cari kerja lain. Bukan aku tak nak, memikirkan kena bayar RM 3k dengan sijil perguruan tak dapat lagi. Persatuan ni betul-betul menyusahkan pekerjanya!
Semasa Ibu (baju pink) menghadap sultan untuk ambil pingat PJK



Ulasan