Pelatih Merajuk

Masa makan tengahari Am tiba-tiba kata tak nak solat dan makan. Aku tanya kenapa? Katanya cikgu Zainal marah dia. Aku tanya kenapa pula dia marah? Dia cakap pun aku kurang faham, dia suruh aku tanya kat Solehah. Sebelum orang tua tu sampai dari ambil makan, aku tanyalah si Solehah kat atas. Kata Solehah, Am marah Husna pasal dia nampak Husna cakap-cakap dengan Shah kira kes cemburulah (biasalah budak OKU). Sampai menangis si Husna tu. Lepas tu, orang tua tu marahlah si Am tu sampai kena kurung dalam tandas. Sampai merajuk budak tu dikerjakan, tak nak solat dan makan. Nak solat kat rumah katanya. Orang tua, kau pun pakailah otak sikit anak pun melayan jantan juga. Sebelum marah anak orang kau tegur anak kau sikit, dah tau Am macam tu kau bagi anak kau layan dia buat apa, bengap?! Itu kalau aku yang marah budak dan denda sebab buat Shah, bukan budak yang buat Shah yang kena tapi aku dan Shah pula yang disalahkannya. Kes anak dia tau pula kau nak menghukum anak orang! Jenuh aku pujuk si Am naik makan kalau tak nak solat, takut nanti dia juga yang lapar. Akhirnya aku give up, ajak dia main congkak sajalah. Bila orang tua sial tu balik, di suruhnya Chiang turun panggilkan si Am, pun Am tak nak naik juga. Aku pun dengan sakit hati dengan orang jenis tak paham bahasa naik atas cakap yang Am tak nak naik dah puas pujuk. Paksa budak tak apa pula, kalau kita paksa dia tau pula nak marah. Aku cuba pujuk Am lagi, aku kata kalau tak nak solat tak apa makan dulu lepas makan kang sambung main congkak (pujuk ala-ala budak tadika, marah kang kita pula yang kena juga)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)